Carian

Memaparkan catatan dengan label Ramadan. Papar semua catatan

Kemeriahan Buffet Ramadan Cita Rasa Klasik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Kita sudah masuk hari ke enam belas Ramadan. Tinggal lagi empat belas hari sahaja, itupun kalau Ramadan kali ini dapat 30 hari. Kalau 29 hari puasa, tinggal lagi 13 hari sahaja. Dengar cerita negara jiran umumkan raya awal. Hmmm... Bila tinggal kurang 15 hari lagi nak habis Ramadan, aku yakin mungkin ada sesetangah orang dah mula mencari untuk berbuka di luar selain daripada menyediakan masakan sendiri di rumah. Sekali sekala berehat daripada memasak dan menikmati juadah di luar.

Minggu ini, aku berbuka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya Internatio8nal Convention Center). Walaupun Putrajaya tu kira dalam 30 minit sahaja dari rumah, aku baru tahu yang PICC ada buat Buffet Ramadan. Yelah, tempat konvensyen ni aku tak pernah terfikir akan ada sediakan buffet Ramadan. Buffet Ramadan tahun 2023 kali ini, mereka bawa tema Cita Rasa Klasik. Sejajar dengan tema ini, menu Melayu klasik diketengahkan dengan hidangan lebih 250 juadah. Banyak ya pilihan.

Buffet Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Bercakap tentang buffet Ramadan, aku memang suka buffet. Sebab aku suka tengok pilihan makanan dan makan sikit-sikit setiap satu hidangan. Orang kata 'buat ghaso-ghaso'. Masa aku kecil-kecil dulu, ayah memang rajin bawa pergi buffet Ramadan. Kadang-kadang pergi satu keluarga sahaja, kadang-kadang pergi dengan company ayah. Tak lupa, mak aku juga sebagai pensyarah, jabatan dia bekerja juga buat buffet Ramadan. Senang kata, buffet Ramadan ni bukan benda yang asing untuk aku.

Buffet Ramadan Dengan Pemandangan Cantik Tahun 2023!

Alhamdulillah, untuk tahun 2023 kita masih merasa kedatangan Ramadan. Hari ini sudah genap seminggu berpuasa dan semoga semangat awal Ramadan masih ada serta berkekalan sampai penghujung Ramadan.

Untuk Ramadan kali ini, azam terbesar aku adalah untuk kurangkan membeli belah terutama dalam waktu bulan Ramadan. Makanya, masuk sahaja Januari 2023 dah mula misi mencari kain dan menghantar kepada tukang jahit untuk mula jahit. Rezeki tahun ini, kami sekeluarga tempah 2 pasang baju raya setiap seorang. Satu set sedondon dengan keluarga aku, dan satu set lagi sedondon dengan keluarga mertua.

Sebelum ini, biasanya tempah sepasang sahaja dengan keluarga mertua. Sebabnya keluarga mertua memang setiap tahun akan tempah baju. Cuma kali ini, mak aku ambil keputusan nak guna kain ela (hadiah daripada mak saudara aku beberapa tahun lepas) untuk buat baju. Kain ela yang diberi ada hampir 20meter. Jadinya, alang-alang jadikan sahaja baju raya terus.

Itu azam bahagian shopping. Azam lain dalam bulan Ramadan adalah untuk kurangkan makan di luar dan banyakkan masak di rumah. Cuma, aku ni manusia jenis suka makan buffet. Tak kisah bulan Ramadan ke bukan, aku memang gemar pergi buffet. Paling aku suka adalah breakfast buffet. (Lepas tu komplen berat naik).

Kebetulan pula, aku ada jumpa satu dewan baru sekitar kawasan Sungai Ramal yang buat buffet ramadan dengan harga yang pada aku berpatutan dengan hidangan dan tempat. Dewan MZ Fountain Hall. Pernah dengar nama dewan ni? Kalau korang pernah dengar MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall, ini kira adik-beradik diorang. Semuanya di bawah MZ Catering.

Walaupun lokasi MZ Fountain Hall agak secluded, aku suka sebab bebas kesesakkan. Tambahan pula dengan view dewan ini yang sangatlah cantik, memang padan dia duduk special begitu. Buat masa sekarang aku perasan lokasi dalam Google masih belum ada lagi. Kalau cari MZ Garden Hall atau MZ D'Tasik Hall memang akan jumpa. MZ Fountain Hall sahaja belum jumpa.

Buffet Ramadan 2023 Sungai Ramal Selangor

Set Aktiviti Aidilfitri untuk anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Dah seminggu dah rupanya kita beraya. Masih ramai yang memuat naik gambar-gambar raya. Dan ada juga yang baru sempat beraya kerana kesibukan bekerja pada hari raya pertama. Apa-apa pun, SELAMAT HARI RAYA. Kita masih lagi dalam bulan Syawal kan?

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum, kali ini raya kita cuma sehari. Tiada jemputan rumah terbuka, tiada ziarah-menziarahi sampai melimpah rumah, tiada traffik sesak di lebuh-lebuh raya. Kerajaan cuma membenarkan sambutan raya diadakan dengan sehabis sederhana dengan maksima 20 orang dalam satu rumah.


eid printable - aktiviti raya

Jurnal Ramadan [+ FREE Printable]

Assalamualaikum.

Tamatlah sudah musim PRU14 untuk tahun 2018. Berjumpa lagi kita 5 tahun akan datang. Sudah-sudahlah bercerita pasal politik. Kita masuk bab baru pula.

InsyaAllah bulan Ramadan akan mula minggu depan. Doakan kita semua berkesempatan bertemu Ramadan dan diberikan ruang dan keupayaan untuk memanfaatkan bulan Ramadan tahun ini.  Siapa yang belum ganti puasa, cepat habiskan. Yang belum bayar fidyah, bayar jangan tak bayar.

Tahun ini tahun keempat Ramadan sebagai seorang ibu. Dah empat tahun rupanya jadi mak orang. Masih susah nak percaya. Haha. Dahlah tahun ini Ramadan dengan dua hero cilik yang aktif lagi kreatif. Tahun lepas Mukhlis merangkak dan baru start solid, tahun ini dia join Wildan bersama-sama menjadi kreatif di dalam rumah.

Azam tahun ini, bulan Ramadan nak all out. Sebab tahun lepas rasa Ramadan lemau. Dan tahun ni nak cuba buat Jurnal Ramadan atau Ramadan Journal.

Teruskan membaca untuk dapatkan free printable ni.

ramadan journal