Carian

Sesi Persekolahan 2021 Tahun 1 : Minggu Pertama

 Assalamualaikum dan hai semua.

Bulan Januari 2021 kali ini lain macam dari biasa. Pertamanya, dengan pandemik Covid-19 yang masih lagi berlegar. Kita semua masih lagi membiasakan diri dengan norma baru. Keduanya, dengan permulaan sesi persekolahan dalam keadaan PKP yang masih berlangsung.

Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi masa masuk awal tahun 2021 aku ada banyak benda yang nak dicapai dalam tahun 2021 sebab banyak yang tergendala kerana keadaan tahun 2020 banyak yang di luar kawalan. Untuk elakkan keadaan kawal aku, aku cuba susun sehabis baik tahun 2021 dengan lebih baik.

Permulaan 2021 tempoh hari, aku banyak hadiri webinar untuk susun strategi kerjaya, kehidupan dan kewangan sebab maklumlah aku makin tua, anak-anak makin besar dan ilmu aku bukannya banyak mana. Belajar tetap kena belajar. Lebih kurang begitulah.

So, untuk tahun 2021, anak sulung aku secara rasminya akan masuk tahun 1. Debar okay! Teringat masa kali pertama hantar dia tadika 5 tahun. Tapi kali ini debaran lain macam sebab ada Covid-19 yang masih lagi berlegar dan meningkatkan jumlah kes setiap hari. Yelah, masuk sekolah baru, mesti nak jumpa kawan baru, seronok nak main, nak berkawan. Tak sama dengan zaman aku masuk sekolah dulu.

sekolah tahun 1 2021

MINGGU TRANSISI

Aku baru tahu untuk anak tahun 1, ada Minggu Transisi untuk menyesuaikan anak-anak serta menilai perkembangan mereka sebelum sesi persekolan betul-betul berlangsung. Mak mertua aku ada cerita sikit pasal Modul Transisi untuk anak tahun 1. Maklumlah mak mertua kita Guru Besar sekolah. Hehe. So, dia memang agak particular bila cucu nak masuk tahun 1.

Masa kerajaan umumkan PKP bermula 14 Januari, aku macam pening dah. Sekolah operasinya macam mana? Anak-anak tahun 1 yang tak pernah tengok rupa sekolah macam mana? Wildan dah pernah datang sebab aku pernah mengajar kelas tambahan secara volunteer pada tahun 2019. Dia tidaklah kekok tengok sekolah yang ada dua blok bangunan 4 tingkat tu. Tapi dia tak pernah lagi naik sampai 4 tingkat. Jenuh nak oi.

Tiba 20 Januari, tarikh sepatutnya sekolah di buka, sesi online diadakan bagi memperkenalkan guru dan juga taklimat tentang modul transisi. Masa ni memang aku kerah Wildan duduk depan laptop sama-sama. Acah-acah macam kami duduk kat dewan sekolah dengar taklimatlah. Haha. Habis taklimat barulah bagi Wildan rehat.

Oh ya, Wildan aku hantar sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sebelah pagi tu, sesi sekolah agama dah bermula. Rupanya untuk sekolah agama pun ada Minggu Transisi. Tengahari tu pergilah ambil buku modul di sekolah.

Baca juga: Pendaftaran Sekolah Rendah Agama bagi Negeri Selangor

Setakat 3 hari berlangsung 'sesi persekolahan bagi tahun 2021' secara online, aku tak rasa anak-anak sekolah rendah boleh nak terima sangat pembelaran atas talian begini. Ini baru cerita kita yang boleh guna internet dan ada kemampuan untuk ada laptop atau smartphone lebih untuk kegunaan anak hadiri kelas atas talian. Setakat hari ini, Wildan belum ada lagi sesi secara langsung (live session) tapi cikgu ada bagi kerja rumah ringkas. Memang macam latihan ringkas je. Boleh siap dalam 30 minit kalau fokus. Aku set masa 2 jam. Sebab selepas minggu pertama ni akan ada sesi secara langsung selama 2 jam. Tahun lepas, dia kena kelas online sejam sahaja pun dia dah banyak merungut. Aku tak terbayang kalau nak duduk depan laptop dua jam. Adudu.


sekolah tahun 2021

Kita bercakap tentang anak-anak yang membesar. Bagi mereka duduk setempat bukanlah sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi dalam tempoh masa yang lama. Huish seram aku memikirkan. Susah juga kalau kelas online secara 100%. Tapi itulah, apakan daya. Pendidikan adalah sesuatu yang sangat berharga. Pendidikan sangat penting, pada aku wajib sebagai ibu ayah untuk kita sediakan. Kalau mampu nak homeschool, silakan. Kalau tak mampu, institusi pendidikan ada. Cuma dengan keadaan sekarang memang memerlukan kerjasama banyak pihak.

TERINGAT PULA...

Tengah menulis ni aku teringat masa aku sekolah menengah, masa kelas English, cikgu aku ada suruh buat satu inovasi dan ceritakan dalam bahasa Inggeris. Salah satu inovasi kawan aku adalah mencipta TV yang boleh berkomunikasi secara langsung. Senang kata LIVE la sebenarnya. Ini cerita 15 tahun yang lalu, zaman buat LIVE tak popular, internet pun hanya siapa yang mampu sahaja yang ada. 


sekolah tahun 2021

Masa dia tengah bentang, aku terbayang yang dalam masa 20 tahun akan datang, murid murid tak perlu lagi pergi sekolah. Hanya duduk depan TV dan tengok cikgu mengajar. Dan benda ni aku ada tulis dekat Facebook masa mula pendidikan atas talian berkuat kuasa setelah tempoh PKP berlangsung terlalu lama. Dulu aku rasa seronoknya kalau boleh belajar tanpa perlu pergi sekolah sebab aku tak suka bangun pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Hehe. 

Tapi sebenarnya, bila melihat anak-anak aku yang masih kecil dan mengetahui keperluaan perkembangan anak-anak, pembelajaran secara offline juga tetap yang terbaik bagi peringkat umur sehingga 12 tahun. Kalau dah level belia, dewasa, yang dah boleh urus diri sendiri dan masa dengan baik, lain cerita. Ini anak-anak yang masih membesar dan memerlukan perkembangan kemahiran lain untuk teruskan kehidupan. Nak menunjukkan betapa sebenarnya fitrah ini sesuatu yang kita tak boleh nak lawan.  

So, ibu ibu yang lain ada anak kecik, macam korang survive dengan anak yang baru masuk tadika mahupun baru masuk sekolah baru untuk mula beradaptasi dengan sekolah baru?

Tiada ulasan

Komen