Carian

Antara Sekolah Persendirian atau Sekolah Kerajaan?

 Assalamualaikum dan hai.

Hujung tahun 2020 semakin menghampiri. Perasan tak, kita rasa 2020 ni masih baru lagi? Dengan pandemik Covid-19, banyak benda yang di  luar jangkaan berlaku. Banyak perancangan terbantut dan banyak perubahan yang berlaku. Salah satu daripadanya ialah berlalunya masa dengan pantas.

Dan aku pun baru tersentak masa bulan Mei hari tu. Sebabnya pihak tadika dah mula hantar notis untuk kami ibu bapa kepada anak-anak umur 6 tahun submit borang-borang dan surat berkaitan kepada sekolah yang kami pilih. Masa tu aku tidaklah kelam kabut sangat sebab aku memang dah hantar kepada sekolah sejak tahun lepas lagi. Maklumlah, mak mertua guru besar sekolah rendah. So, dia yang selalu hantar peringatan untuk jangan lupa daftarkan Wildan. Hehe.

Sebenarnya, kami ada perancangan untuk hantarkan Wildan ke sekolah persendirian (sekolah private). Malah aku dah buat survey serta bajet sekali. Cuma bila tahun semakin menghampiri, banyak pertimbangan yang kami perlu lakukan dari segi kewangan, masa dan tempat.

sekolag private atau sekolah kerajaan

Akhirnya, kami sepakat untuk hantarkan sahaja Wildan ke sekolah kerajaan iaitu sekolah biasa.

Kenapa nak sangat hantar sekolah persendirian?

Aku pasti setiap orang ada alasan masing-masing kenapa mereka pilih sekolah tertentu untuk anak-anak. Sebagai mak ayah semestinya kita nak berikan yang terbaik untuk anak-anak. 

Bagi aku, aku lebih mahukan sekolah persendirian sebab aku nak hantar anak sekolah yang tak menilai kepandaian sekadar pada berapa banyak bilangan A atau siapa yang lebih tua dialah lebih pandai dan matang. Dan aku memang dah ada senarai sekolah-sekolah yang aku nak daftarkan anak.

Cuma, buat masa sekarang, keutamaan kami sekeluarga adalah untuk bagi semua orang selesa. Tak nak seorang sahaja selesa. Semua perlu selesa dan bahagia. Ini yang aku pegang. Sebagai rakyat marhaen yang berjuang hari-hari untuk teruskan kehidupan, nak hantar sekolah persendirian bukan satu kepentingan.

Dah tu, tadi nak yang terbaik untuk anak. Apa yang lebih penting dari pendidikan?

Sejak Wildan masuk 5 tahun lagi banyak percaturan dan perbincangan demi perbincangan. Sama ada melibatkan Ummi mahupun Ibu. Dua-dua tenaga pengajar. Dua-dua juga seorang ibu 

Baru-baru ni aku tersedar ada satu perkara yang jauh lebih penting daripada pendidikan.

MINAT DAN SEMANGAT DALAM MENUNTUT ILMU

Masa tu Ummi cakap 'anak Ummi semua sekolah biasa. Ummi memang tak mampu untuk hantar sekolah private'

Nampak ayat kosong kan? Tapi sebenarnya aku faham ada maksud lebih tersirat.


Kami empat beradik semuanya sekolah biasa. Belah suami, semua 5 adik beradiknya sekolah biasa juga. Tapi sampai ke hari ini, semuanya masuk universiti (kecuali yang masih sekolah menengah), semuanya dah ada segulung sijil SPM dan masih menuntut untuk sarjana muda, sarjana (akulah tu).

Aku jadi terfikir. Apakah jaminan sekolah terbaik mampu berikan pendidikan terbaik untuk anak-anak? Sebenarnya tak ada. Mana-mana sekolah pun tidak mampu berikan jaminan. Sehebat mana jaminan mereka, semuanya akan berbalik pada individu tersebut. Sejauh mana dia berminat dan bersemangat dalam menuntut ilmu.

Jawapan aku dapat terus on the spot. 

Tak kira ke mana aku hantar anak sekolah, kuncinya aku kena pastikan mereka minat dan bersemangat dalam menuntut ilmu. Sebab inilah yang akan buatkan mereka tak jemu dan tak merasa penat dalam menuntut ilmu.

Dan benda ini perlu bermula dari rumah. Perlu bermula dari persekitaran yang baik. Bagi aku, awal-awal persekolahan kita bagi mereka yang terbaik. Along the way mereka akan membesar dan mula ada cara berfikir mereka. Paling penting adalah peringkat awal kita membentuk sebab pada peringkat awal mereka membesar, kita masih bersama mereka. Kita masih tempat rujukan utama mereka. So, pupuk dari awal dari rumah. Bukan tunggu dah sekolah baru nak push anak.

Bila difikir-fikir balik, salah satu faktor yang buatkan aku bersetuju untuk sambung master dulu pun adalah sebab minat dan semangat. Walaupun aku macam blur-blur sebab dah hampir 4 tahun tinggalkan dunia degree, dah hampir 4 tahun hidup berfokuskan kepada uruskan rumah sahaja, aku rasa tak rugi kalau aku ambil langkah untuk tambah ilmu dan pengalaman. 

Aku sambung master bukan sebab nak kerja. Lebih kepada nak 'explore' lagi ilmu-ilmu yang aku tak tahu. Susah? Memang susah tapi dah separuh jalan pun dan bermacam-macam benda rupanya aku belajar dalam tak sedar. Dan secara tak langsung aku bagi semangat pada anak-anak yang belajar tidak ada hentinya.

So, mana lebih bagus?

Sekolah persendirian ke sekolah kerajaan?

Dua-dua pun bagus. Bergantung kepada matlamat dan misi kita. Bagi aku, sekolah teruk mana, sekolah bagus mana, selagi mana satu satu individu masih bersemangat dan tidak berhenti menuntut ilmu, insyaAllah akan ada hasilnya.

Maaflah kalau yang datang membaca cari jawapan sekolah mana bagus antara sekolah persendirian dengan sekolah kerajaan. Aku jumpa jawapan ini baru sahaja dan aku rasa wajar untuk aku kongsikan supaya kita semua hentikan stigma membandingkan sekolah.

Jika ada benda yang korang nak komen, silakan komen.

Lagi ramai yang berikan pendapat, lagi banyak buah fikiran yang boleh kita timbangi.


Terima kasih sudi baca!


Tiada ulasan

Komen