Carian

Cov-Eid 2020 : Berbeza Tetapi Bermakna

Assalamualaikum dah hai!

Alhamdulillah dah selamat kita semua menempuhi hampir 70 hari PKP bersama Ramadan dan akhirnya Syawal telah tiba!

Kita berkurung sejak sebelum masuk Ramadan, sepanjang Ramadan dan akhirnya beraya juga dalam PKP. Satu pengalaman yang sangat sangat luar biasa. Bagi aku yang baru hidup 28 tahun, inilah kali pertama beraya begini. Sama juga buat Ummi dan Baba yang sudah hidup 52 tahun pun merasakan inilah pengalaman pertama mereka.

Tahun ini, ramai yang berkongsi pengalaman beraya di rumah dari seawal pagi, solat raya, khutbah raya dan akhirnya berakhir dengan sesi raya secara atas talian melalui panggilan video. Sangat lain dari biasa.

Apa yang berbeza tapi bermakna untuk raya Cov-Eid 2020 ni?




1. Ramadan yang lengkap bersama keluarga sepanjang 30 hari. 
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, dengan semua bekerja, memang akan ada masanya meja makan tak cukup korum. Macam aku, suami sentiasa sibuk. Kadang memang balik lewat. Cuma sejak PKP ni, dia tak ke mana-mana sebab pejabat tak buka. So lengkaplah Ramadan kami 30 hari bersama keluarga.

2. Persiapan raya yang seadaanya. 
Biasanya hujung Ramadan dah mula sibuk ke mall atau ke butik-butik untuk mencari baju raya. Tapi tahun ini, kami memilih untuk memakai baju yang ada sahaja. Lagipun baju raya tahun-tahun sebelum ni ada je yang pakai baru sekali sahaja. Apa salahnya dipakai semula. Pesan Nabi pun pakai pakaian yang terbaik. Tak perlu yang baru pun.

3. Solat Raya Aidilfitri di rumah. 
Rata-rata netizen ramai yang berkongsi gambar masing-masing solat raya di rumah. Paling mendapat sambutan ialah khutbah yang dibacakan oleh ketua keluarga. Maklumlah masjid dan surah masih lagi tidak dibenarkan buka bagi mengelakkan kluster baru muncul. Tapi ini sangat bermakna sebab semua orang tak berkejaran untuk menunaikan solat, taklah mengantuk semasa khutbah (eh?) dan akhirnya terus bersiap di rumah tanpa berlarian balik rumah.

Setakat ini, ini antara 3 perkara yang aku rasakan sangat bermakna untuk Cov-Eid 2020 kali ini. Ibrah dan pengajaran disebalik berlakunya wabak Covid-19 ini. Kalau kita memandang pada sudut baiknya, sebenarnya ada banyak juga pengajaran yang dapat kita belajar. Namun, tak lupa ada juga sisi yang menyedihkan akibat berlakunya Covid-19 ini.

Antaranya, tiadalah kunjungan saudara mara dan tiadalah berkumpul beramai-ramai di rumah atuk nenek untuk beraya.

Makcik aku datang rumah sampai sekadar di hadapan pagar. Dia mahu melawat ahli keluarga tetapi dia juga mahu mengelakkan berlakunya penyebaran. Kami semua hormat pada permintaan dia. Faham dengan situasi sekarang. Cuma terasa sayu sebab tidak lagi dapat bersalaman, tidak ada lagi sesi berborak sambil update cerita semasa sanak saudara. Datang bersua muka, bertanya khabar selama lebih kurang 5 -10 minit dan sudah beransur pulang. Hari raya pun berlalu begitu sahaja.

Satu pengajaran besar yang Allah berikan adalah untuk kita menghargai setiap momen yang kita ada untuk meluangkan bersama sanak saudara. Yelah, kalau sebelum ni kita rasa rimas kalau berjumpa dengan sanak saudara, ingatlah kalau Allah nak tarik nikmat itu, boleh sangat.

Kita sama-sama doakan agar wabak Covid-19 akan beransur berkurangan dan akhirnya kita semua dapat menjalankan aktiviti seperti biasa tanpa rasa risau. Dan semoga kita semua dapat mengekalkan silaturrahim walaupun di saat-saat yang perit seperti sekarang.


Apa-apa pun, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!
Terima kasih sudi membaca.

Jangan lupa komen pengalaman Cov-Eid 2020 korang. Nak tahu juga masing-masing punya pengalaman.

Tiada ulasan

Komen