Carian

#SLMscLife EP2 : Mendaftar Sebagai Pelajar Pascasiswazah

Assalamualaikum dan hai!

Baca tajuk pun dah tahu nak cerita pasal apa kan? Yes, semestinya nak bercerita tentang bagaimana aku boleh 'terjebak' mendaftar sebagai pelajar siswazah. Sebenarnya perancangan untuk sambung belajar memang dah lama ada. Cuma terbantut-bantut sebab aku nak susun dulu kehidupan dengan baik. Nak pula dah ada anak dan komitmen makin lama makin bertambah. Kita susun satu-satu dulu.

Keputusan untuk sambung belajar ni berkali-kali juga difikirkan. Dari sejak graduate (tahun 2015) lagi memang dah tercari-cari program dan tempat untuk sambung. Setiap 6 bulan mesti akan tengok kursus-kursus dan universiti yang ada untuk program Master secara online. Sambil mencari tu, mencari juga dana-dana mana-mana untuk biasiswa juga. Sambung belajar bukan percuma okay.

slmsclife , daftar pascasiswazah, postgraduate


Asalnya nak ambil Postgraduate Certificate in Education ataupun nak sambung Master in Mathematic sahaja. Sebab nak target jadi cikgu sekolah. Yes, nak jadi sikgu sekolah. Tak berminat sangat nak jadi pensyarah. Hehe.

So, macam mana boleh akhirnya bermula juga perjalanan sambung master?

Ceritanya, my Ummi adalah seorang pensyarah di sebuah universiti awam Malaysia. Dia juga selalu bagi galakkan untuk sambung. Dia selalu bagi iklan-iklan pensyarah lain yang tengah mencari pelajar untuk dilantik sebagai pembantu penyelidik (untuk graduan sama ada Sarjana atau PhD). Mula-mula ada satu projek nano-engineering. Tak berapa berkenan sangat. Kemudian datang satu iklan projek berkaitan dengan medical engineering. Tajuk dia menarik perhatian sebab melibatkan matematik, masalah kesihatan wanita dan programming. Walaupun aku bukanlah minat sangat programming, tapi dulu masa zaman degree banyak belajar programming juga. Haha.

Maka bermulah berurusan dengan pensyarah pada hujung bulan Mac 2019. Dia cadangkan untuk jadi research assistant bermula pertengahan April 2019. Nanti bulan September 2019 boleh daftar sebagai pelajar dan dia boleh lantik sebagai graduate research assistant (GRA).

Sebenarnya masa pergi jumpa pensyarah, Wildan tengah demam campak. Masa tu memang explain dekat dia situasi semasa. Memang minta lantikan pembantu penyelidik tu mula lewat sikit. Rezeki Allah bagi, pensyarah aku seorang yang sangat memahami. Bukan setakat itu je, kerja-kerja aku kebanyakkan aku boleh buat dari rumah sahaja sebab hanya perlukan programming. Tak perlukan bahan-bahan lain selain daripada ada perisian Matlab dan ada internet.

Masa tu sebenarnya kami suami isteri dah mula buat kira-kira kalau hantar dua orang anak ke tadika. Aku pula masih menggagau mencari taska untuk Mukhlis. Buntu nak hantar tadika Wildan atau ambil taska lain. Bila pensyarah kata tak perlu datang universiti setiap hari, aku bersyukur sangat sangat. Yang tinggal aku kena kuat semangat untuk buat kerja dari rumah. (Doakan aku tetap kuat semangat sampai habis!)

Pada aku, tempoh dalam lebih kurang 5 bulan dari April ke September adalah tempoh untuk aku 'jump-start' mod belajar. Yelah, dari tahun 2015 sampai 2019 kerja aku sibuk hal rumah dan hal bisnes online yang suam-suam kuku. Haha. Segala ilmu zaman degree kena ketuk sikit supaya keluar balik. Aku mula mencari artikel yang berkaitan, semua arahan pensyarah aku buat.

Pendaftaran pelajar sarjana.

Masuk bulan Jun, pensyarah minta aku mula buat permohonan pendaftaran secara online. Sebab untuk buat pendaftaran aku kena hantarkan sekali cadangan kajian sekali. Dan biasanya untuk pihak universiti beri maklum balas permohonan makan masa 2-3 bulan juga. Masa tu, aku baca artikel pun masih blur, satu habuk tak faham. Satu artikel dekat 5 6 kali baca baru boleh faham isi artikel. Nak buat cadangan kajian? Memang rasa tak mampu. Tapi pensyarah aku banyak tolong. Dia bagi guideline. Tinggal aku baca, cari isi penting dan tulis.

Pertengahan Julai dapat email dari pihak universiti mengatakan aku berjaya untuk mendaftar sebagai pelajar dan aku perlu siapkan semua borang-borang sebelum mendaftar bulan 9 nanti. Masa ni, aku masih berkira lagi sebab fulus bukan cukup sangat. Bulan-bulan dengan anak sekolah lagi. Tapi suami aku sangat supportive. Dia kata insyaAllah boleh cukup. Memang gigih juga kami kumpul duit. Dengan aku dapat kerja part time buat tutor sekejap dekat UniKL MIAT untuk pelajar pre-russian. Ulang alik lah dari Cheras ke Dengkil. Haha. Memang rasa macam orang buat kerja tak ingat dunia. Yelah, dengan bisnes online yang aku taknak hentikan lagi.

Masuk bulan September, bermulalah perjalanan aku sebagai pelajar sarjana dalam bidang kejuruteraan juga. Banyak sebenarnya benda aku kena belajar. Nak pula pasal dunia penyelidikan. Alhamdulillah semua orang sangat sangat supportive dari suami kepada anak-anak, keluarga aku dan keluarga mertua.

Tak lama lagi semester satu dah nak habis. Nak kata sekarang dah banyak progress, aku pun tak pasti. Doakan aku boleh buat banyak progress dan cepat-cepat boleh tulis. Nak pula dalam bahasa Melayu.

Terima kasih korang sudi baca!
Sesiapa yang tengah belajar Master atupun dah habis, sudikanlah share tips dan nasihat untuk newbie ni.



Tiada ulasan

Komen