Looking for something?

4 perkara penting sebelum terlafaznya akad

Assalamualaikum dan hai!

Okay, sebenarnya post ni aku nak buat sempena hari ulangtahun perkahwinan yang keenam, 17 Ogos 2019 yang lalu. Baru 6 tahun kami ni.

Cumanya, aku kecoh-kecoh siapkan artikel untuk Master, kecoh-kecoh juga balik kampung. Agak huru hara dan memang tak sempat nak menaip. Tak lupa juga ada beberapa draft yang tak proofread dan letak gambar. So, aku siapkan semuanya dulu dan barulah mula menaip semula.

Tajuk untuk entri kali ni, macam-macam tajuk singgah dalam kepala. Sekali masa aku mula menaip, laju je tangan aku menulis "Sebelum terlafaznya akad". Kalau sesiapa yang layan drama 'Setelah Terlafaznya Akad' mesti perasan. Haha. Tak ada niat pun nak ubah tajuk drama tu.

Aku cuma nak kongsikan sikit persiapan sebelum berkahwin. Dan maksud aku persiapan ni, bukan persiapan dari segi hantaran ke pelamin atau mekap semua tu. Aku nak bercerita persiapan mental terutamanya untuk jangka masa panjang.

persiapan sebelum berkahwin



Bagi kawan-kawan sekeliling, kebanyakkannya tahu yang kami suami isteri kenal taklah lama mana. Kenal adalah 2 tahun. Sebenarnya tak sampai pun dua tahun. Mula kenal hujung tahun 2010, lepas tu renggang sekejap dan rapat semula hujung tahun 2011. Kira bukanlah kenal sangat pun. Haha.

Masa buat keputusan untuk kahwin, yang banyak serius sebenarnya incik suami. Aku taklah banyak serius. Banyak rasa macam main-main walaupun aku yang mulakan langkah. Dalam tempoh kami bertunang, banyak benda yang aku clarify (jelaskan) pada dia untuk dia tahu dengan siapa dia berkahwin. Pada aku, sebelum terlafaz akad menjadi suami isteri, sangat-sangat penting untuk kita tahu dengan siapa dan apa yang menanti selepas kita kahwin. Tak bermakna kena kawan lama, dan tak bermakna kena kawan sekejap. Ikutlah masing-masing punya rentak.

Apa perkara-perkara penting untuk kita tahu?

1. Matlamat sebuah perkahwinan

Ini sebenarnya soalan incik suami pada aku masa aku ajak dia kahwin (ye, aku yang ajak kahwin). Dia mesti tak ingat dia pernah tanya. Haha. Tapi soalan dia memang buatkan aku jadi terfikir. Sebab soal kahwin ni bukan untuk sehari sahaja. Idealnya naklah sampai bila-bila dan sampai ke syurga.

So, sebelum kahwin, kita sendiri kena jelas dengan tujuan dan matlamat perkahwinan. Apa yang kita nampak dan bayangkan. Kemudian, kenal pasti apa si dia nakkan dalam sebuah perkahwinan. Kalau dia ada matlamat jangka masa panjang, lagi bagus. Kira seorang yang berpandangan jauh. Ingat, kahwin ni bukan sekadar menghalalkan perhubungan tapi ada tanggungjawab dan perlu ada kata sepakat dalam matlamat yang jelas untuk tempoh yang panjang. Sebagai orang Islam, semestinya matlamatnya untuk membangunkan ummah dan untuk sampai ke syurga bersama-sama.

2. Cita-cita pasangan

Masa dalam tempoh bertunang, aku merupakan aktivis persatuan. Aku juga AJK organisasi setempat. Aku memang aktif. Memang itu minat aku. Aku jarang melekat dalam bilik melainkan musim periksa. Hatta masa tu nak video call dengan orang Malaysia pun susah. Masa tu juga, aku terang-terang bagitahu yang selepas berkahwin pun aku masih mahu aktif begini. Menyertai persatuan, menyertai volunteer. Dalam hal study pun aku pernah sebut sebelum kahwin yang aku ada cita-cita nak sambung master dan buat phd.

Sejujurnya aku takut juga. Takut sebelum kahwin cakap okay, lepas kahwin cakap tak boleh. Huhu. Lepas kahwin, suami aku sangat supportive. Dia yang bagi galakkan terutama waktu aku tengah down. Dia yang bagi aku semangat dan terus-terus 'ketuk' supaya aku tak berhenti. Sikit pun tak menghalang. Sangat bekerjasama. Selepas ada anak pun dia masih tak putus menyokong.

So, sepanjang tempoh perkenalan, masa ni lah untuk tahu masing-masing punya impian dan matlamat jangka masa panjang. Terutamanya cita-cita untuk diri sendiri. Of course setiap manusia ada keinginan dan cita-cita sendiri kan?

persediaan sebelum berkahwin
Kami sama-sama habiskan belajar. Masa ni terfikir nak sambung terus tapi sebab rasa perlu susun prioriti, hold dulu. 

3. Jelas dan faham peranan masing-masing

Percaya tak, kami pernah buat sesi soal jawab untuk tahu masing-masing jelas atau tidak tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam rumahtangga. Siap berdiskusi pendapat masing-masing.

Tapi, aku rasa sangat penting untuk kita tahu bakal pasangan kita jelas serta faham dengan tanggungjawab dan peranan. Tahu tapi tak faham sangat berbeza ok. Taknaklah kemudian hari, masing-masing tak jelas, masing-masing ikut adat lama yang tak berapa sihat. Contohnya, lelaki sikit pun tak tolong isteri di dapur dan isteri langsung tak boleh menegur suami bila suami buat salah.

Sejujurnya sebelum kahwin, aku cari lelaki yang boleh diharap. Boleh bantu aku kat rumah, boleh bagi sokongan dan bukan jenis yang diktator. Rupa ke apa semua tu kemudian cerita.
Alhamdulillah, banyak kejutan yang aku dapat sebab incik suami dulu masa bertunang dia memang acuh tak acuh, tapi lepas kahwin, semuanya dia sangat ambil berat. Time mengandung pun dia rajin tolong masakkan.

In fact selepas berkahwin, banyak lagi diskusi berkaitan tanggungjawab dan amanah supaya kami berdua tak lupa dan tak lalai.

4. Sedia menerima perubahan

Dalam sebuah perkahwinan, bersatu dua insan dengan latar belakang yang berbeza. Memang dalam Islam suruh biarlah sekufu. Yes, tetapi tetap akan ada benda baru yang diluar jangkaan dalam rumahtangga. Sekufu bukanlah bermakna sebiji serupa. Akan ada beberapa perbezaan yang melengkapkan antara satu sama lain. Perbezaan yang buatkan kita lebih banyak muhasabah diri.

Berbanding incik suami yang sangat mudah menyesuaikan diri, aku agak susah untuk sesuaikan. Dia terima je seadanya sikap-sikap aku. Macam aku, ada yang tak selesa, aku bagitahu. Awalnya frust bila tak ada perubahan pun. Tapi lama-lama aku terfikir, buat sakit diri sendiri mengharapkan dia berubah. Apa kata terima dia seadanya, tengok semua kebaikan yang dia buat. Yelah, sebelum kahwin masing-masing ada hidup sendiri. Bila dah kahwin, gaya hidup akan bercampur dan berubah ikut zaman. Percayalah satu hari akan jadi sebati kalau kena dengan gaya.

Tak boleh expect bila dah kahwin, kita dah in control. Tak kiralah suami atau isteri. Dua-dua saling melengkapi dan membantu. Dah kahwin kena tahu masing-masing ada tabiat dan perangainya. Bersedia dan cuba lihat dari sudut yang positif. Pasangan kita ni sebenarnya yang melengkapkan kita.

persediaan sebelum kahwin


So, itulah dia 4 perkara yang aku rasa perlu dambil tahu sebelum berkahwin. Aku tak kata kena bercinta berzaman-zaman tapi tak juga tak payah berkenalan langsung. Bersederhana. Tak perlu nak over sangat bercinta dan tak perlu over sampai tak nak berkenalan langsung. Ingat dalam proses sebelum berkahwin ada proses taaruf. Taaruf mana yang patut je ya.

Teringat quote dalam cerita 'Manisnya Cinta'

"Perkahwinan itu satu perjudian"
Somehow aku setuju. Memang selepas kahwin baaaaanyak perubahan yang berlaku. Tapi pada aku yang paling utama ialah persiapan kita sendiri. Bukan pasangan kita, bukan majlis, bukan orang lain. Hati dan jiwa kita kena bersedia dari sudut ilmu, kematangan dan rasional. Susah nak bersedia 100% tetapi boleh diusahakan kan?

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ni.
Harapnya dapat memberi manfaat pada korang.

Thank you sudi baca!

Kalau ada point yang korang rasa penting, boleh komen untuk share ya. Sama-sama kita ambil ilmu.

16 comments

  1. sis huhu suka topik ni! wpon i belom brkahwin ah gtuh tp sy setuju part yg kt kena redha je sikap pasangan sbb klu kt rasa nk ubah dia lg serabut hdup! haha well nobody is oerfect tho even diri kt sendiri pn x kn :) semoga sis dan husband terus bahagia hingga ke syurga amin..

    ReplyDelete
  2. SA doakan semoga jodoh kalian berdua kekal bahagia hingga ke jannah..memang betul bukan senang nak membina keluarga bahagia dan bukan senang nak dapat pasangan yang mempunyai semua ciri- ciri diatas, diawal perkenalan dan perkahwinan memang semua manis..bila sampai satu saat ujian pun tiba..untung siapa yang dapat pasangan yang betul2 bertanggung jawab...

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun perkahwinan. bestnya dah kahwin dan dah ada family !! sy cemburu. sebab belum punya apa2. doakan sy jugak ya bertemu jodoh secepatnya. hihi

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan perkongsian ini. Memang banyak yang perlu kita terima bila melangkah ke alam perkahwinan dan sewajarnya tahu bahawa berkahwin tak semestinya memiliki ye tak.

    ReplyDelete
  5. setuju, banyak benda kita kena consider bila kita nak dirikan rumah tangga. kita bukan lagi hidup sorang tapi kita akan hidup dengan 2 atau 3 4 orang lagi termasuk anak. semuanya kena fikir masak-masak.

    ReplyDelete
  6. Kita setuju empat benda ni. Kena consider both punya cita-cita, matlamat, peranan dan perubahan bukan hanya satu pihak je. Cinta tak mampu nak bayar setroli di supermarket ha gitu.


    Jangan terlalu ikut perasaan, nak halal sangat bagai tapi lain tak jelas baik jangan. Sebab dah byk sgt kes cerai berai. Duduk serumah pun boleh jadi mcm LDR sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. allah. deep sangat semua kat atas ni. kadang kita dah bersedia sepenuhnya. pasangan juga. namun cabaran dalam rumah tangga tak seindah yang kita sangka boleh ditepis senang. moga allah aturkan yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
  8. Anywah seronol baca semua ni. Memang berguna tips no untuk pasangan Yang bakal berkahwin. Bukan setakat ready persiapan je mental pun kena ready jugak kan.

    ReplyDelete
  9. Sweet je. Semoga kekal sampai ke jannah.

    ReplyDelete
  10. Yup betul tu. Sebelum berlakunya akad, kita kena tahu matlamat hidup masing masing dan kita kena mainkan peranan sebagai suami atau isteri. Kita kena tahu peranan masing masing supaya rumahtangga yang dibina aman bahagia

    ReplyDelete
  11. Banyak benda nak fikir kan bila nak kahwin ni. Silap-silap belum kahwin dah bertekak sebab tak sefahaman. Tapi harap sangat sis dapat bakal suami yang memahami dan bertolak ansur.. hihi

    ReplyDelete
  12. penting untuk sama-sama memahami dan kerjsama dan yang paling penting kena hormati satu sama lain. all the best semua

    ReplyDelete
  13. Tetiba teringat zaman saya sendiri sebelum berkahwin. Perbincangan2 yang dibuat. Haha. Jodoh tu rezeki yang besar daripada Allah kan.. Bahagia bila ingat detik detik nak kahwin ni. Thanks share pengalaman.. Yang belum kawen, bakal kawen, kena la baca & hayati..

    ReplyDelete
  14. Agreed. Memang banyak kena bincang sebelum kita setuju melalui bahtera rumahtangga. Kahwin ni daytangnya dengan tanggungjawab bukan hanya dengan nafsu semata-Mata

    ReplyDelete
  15. Tahniah ya dah 6 years dah melayari bahtera perkahwinan... Super agree that persiapan memang perlu ada sebelum kita melangkah ke alam ini... Beserta persefahaman juga sikap tolak-ansur, insyaAllah rumahtangga yang sakinah dan mawaddah akan kita perolehi dengan izinNya...

    ReplyDelete
  16. Wow. Betul3 mcm tajuk drama ni haha. Lama jgk tu kenal 2 tahun. Abam tk kenal sgt wife dulu. 1-2 bulan kenal, tak bercinta. Terus ajak nikah. Memang dh niat tk nak bercinta. Alhamdulillah . Banyak urusan dimudahkn bila kita ikut ajaran islam ni

    ReplyDelete

Let's hear it from you.