Looking for something?

Buffet Ramadan oleh Azam Pandan Sdn Bhd di Dewan Tengku Zara, Bangi

Assalamualaikum.

Hari ni dah genap 7 hari kita berpuasa untuk bulan Ramadan 1440H. Macam mana momentum korang? Harapnya masih kuat dan boleh pecut sampai habis Ramadan lah.

Sempena masuk Ramadan ni, of course baaaanyak buffet Ramadan yang ada. Rezeki aku tahun ni, dapat jemputan ke buffet Ramadan yang disediakan oleh Azam Pandan Sdn. Bhd di Dewan Tengku Zara di Bangi.

Walaupun aku duduk Cheras, Bangi ni bunyinya tak jauh sebab antara masuk KL dengan pergi Bangi, lagi suka pergi Bangi. Hehe. Bila dapat jemputan tu terus bagitahu husband dan dia setuju. Yeay!

Buffet Ramadan 2019 Dewan Tengku Zara


Buffet Ramadan ni dibuka pada setiap Rabu hingga Ahad bermula jam 6.30 petang sampai 9.30 malam. Bermula 8 Mei 2019 sampailah 2 Jun 2019 nanti. Buffet ni berkonsepkan gaya warung (stall concept buffet) yang pilihan makanan terdiri dari makanan klasik Melayu dan beberapa pilihan makanan barat. Ada lebih daripada 150 jenis juadah tau!

Dewan Tengku Zara ni tiga tingkat. Tempat makannya adalah di tingkat dua dan tingkat tiga. Dari pintu masuk, setiap tingkat semuanya ada hidangan makanan yang pelbagai. Like, rambang mata dibuatnya. Tak tahu dah nak mulakan makan apa dulu.

Tingkat bawah sekali, dari pintu masuk lagi dah banyak pilihan makanan yang ada. Dengan kambing golek arabnya, nasi arab, ikan bakar keli, kembung, pari, dan makanan bergoreng seperti pisang, keledek dan sukun goreng. Masuk dalam ada pilihan makanan barat macam 6 pilihan pasta, salad. Ada juga stall buah-buah potong, stall rojak buah (satu meja dengan salad), stall roti john, stall lemang dan ketupat.

Buffet Ramadan 2019 Bangi
Roti John ni masak depan-depan macam kat pasar tau.

Buffet Ramadan 2019 Stall Concept
Meriah gila salad dia. Warna-warna mengancam

Buffet Ramadan 2019 Dewan Tengku Zara
Demi gambar, encik suami susun baik punya.


Naik tingkat dua ada stall nasi ayam, stall me dan laksa, stall soto dan juga stall periuk besar. Stall periuk besar ni ada tiga pilihan sup, bubur lambuk dan gulai kawah. Pergh! Tengok gulai kawah paling mengancam. Bukan setakat ada periuk je, api dipasang perlahan untuk pastikan sup kekal suam. Ada sup tulang, sup daging dan sup ayam. Di tingkat dua juga ada surau. Suraunya puas hati sebab luas.

Buffet Ramadan 2019 Bangi
Nampak tak periuk semua besar-besar?

Buffet Ramadan 2019 Kajang
Ni soto aku ambil. Lupa letak sambal kicap. Haha

Last sekali sampailah ke tingkat tiga yang pilihan makanan laaaagi banyak. Ada nasi dengan deretan lauk yang banyak antaranya Patin Sg Tembeling Masak Tempoyak, Patin Sg Tembeling Masak Steam, 4 Jenis Kerabu, Masak Lemak Ikan Masin, Sotong Sumbat dan baaaanyak lagi jenis makanan yang tak larat nak menaipnya.


Buffet Ramadan 2019 Ikan Patin
Sepanjang-panjang meja tu semua lauk je tau.

Buffet Ramadn 2019 Apam Balik Crunchy
Cendol dengan apam balik crunchy panas-panas.

Boleh tengok pada gambar pamplet aku letak ni tau. Selain lauk pauk yang meriah ni, ada dessert macam agar-agar, puding caramel, puding roti, kuih-kuih tradisional seperti kuih talam,  kek beraneka jenis, chocolate ball, stall apam balik crunchy, stall cendol, stall air minum yang pelbagai jenis.

Masa sampai tu, memang rambang mata. Makan sikit-sikit je dulu. Kononnya lah. Plan nak makan nasi last sekali. Awal-awal ambillah soto, buah, dessert sikit, lemang, puding roti, kek. Anak-anak makan nasi ayam. Suami ambil sup tulang semangkuk. Lepas tu dah sampai part ambil apam balik crunchy, ambil cendol dah. Nasi dah tak muat nak masuk perut. Haha. Acah-acah nak makan sikit je, sekali dah penuh dah masing-masing. Budak-budak ni paling banyak makan agar-agar lah. Sakannya lah makan.

Sorrylah gambar yang kitorang makan tak banyak ambil sebab budak-budak ni sampai je kat meja terus ngap. Haha. Yang sempat ambil ni semua sebab Abahnya banyak tolong.

Menu Buffet Ramadan 2019 Dewan Tengku Zara
Nah, inilah menu yang ada. Banyak tak banyak.


Untuk buffet Azam Pandan Sdn Bhd dekat Dewan Tengku Zara ni harganya RM55 untuk dewasa dan RM27.50 untuk kanak-kanak. Dan, korang sebenarnya sambil makan sambil menderma sebab setiap RM1 yang dibayar akan didermakan kepada fakir miskin. InsyaAllah mudah-mudahan dalam bulan Ramadan kita dapat sikit buat amal kebajikan kan.

Untuk maklumat lanjut pasal buffet Ramadan ni boleh layari:

Website: www.azampandan.net
Facebook: AzamPandan
Instagram: AzamPandan_Catering

46 comments

  1. yeah nice place for gathering too, and nice meal to dine together. Shall make a date with friends to dine there too, need to ask them first when they are free to go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. since the layout and the place is not crowded.

      Delete
  2. Fuh! Dahlah tengah puasa ni. Baru 12:52 tengah hari. Hahaha dok datang sini tengok makanan , memang menguji sungguh hahaha. Nampak bestnya makanan dia . Menarik sungguh! Nak tryla nanti kalau ada kesempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silaplah tengok makanan waktu tengahari dalam bulan puasa. Kalau sempat pergi try tau.

      Delete
  3. nice food to know it here... the price is super worth . will keep in mind for my family too. next time need catring can consider this also.

    ReplyDelete
    Replies
    1. do consider them! the owner is sooo nice and the food are good to.

      Delete
  4. Dekat dengan rumah.
    Harga murah.
    Juadah banyak.
    Lokasi selesa.

    Makanya Rawlins kena pergi berbuka la kat situ kelak dengan rakan-rakan. Thanks sebab sharing ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Yes,dah dekat, harga murah, makanannya banyak, lokasi sangat selesa wajib pergi sekali. hehe.

      Delete
  5. Banyaknya menu2 untuk buffet ramadan ni. Sangat menyelerakan. Harga buffet ni pun sangat berbaloi kalau p sana. Jauh plak nak p sana.. Apa2 pun selamat berpuasa

    ReplyDelete
  6. Murah betul ni. Makanan yang ada pun nampak menarik. Tempat makan dan tempat hidang makanan pun nampak kemas dan selesa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat makan luas, parking banyak. Makanan banyak. Harga sangat berbaloi.

      Delete
  7. Beruntungnya orang Bangi. Tempat yang selesa, kemas, cantik, food plak super ohsem! Kueh mueh pun aduyai.... Nangis tengok!
    Story akak buat Nina rasa teringin nak pegi buka puasa kat sana. Awat laaaa jauh nun sana. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan nangis Nina. Sabar dulu. Ada tu dekat-dekat Nina tempat best macam ni. Hehe.

      Delete
  8. Menarik plak tengok dihidang dalam periuk besar besar gitu. Pilihan makanan pun cukup banyak tu untuk harga gitu kira murah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidangan dalam periuk macam nilah ada rasa umph nya. Hehe. Yes, makanan sangat banyak. Dahla ada patin, ada kambing lagi.

      Delete
  9. Bangi dekat jela. Memang bolehlah i bawa family makan makan dekat sin . Makanan pun semua nampak sedap sedap dan menyelerakan .Harga pun murah dan berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jangan tak pergi. Sebab sangat berbaloi.

      Delete
  10. First time dengar tempat makan ni. Murah juga harga pakej berbuka puasa yang ditawarkan. And utk penduduk berdekatan blhla datang berbuka disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia berbalo sangat! Ada patin, ada kambing. Choices of food pun baaaanyak.

      Delete
  11. Murah jugak ya kalau berbuka kat sini. Susah nk cr yg murah2 sekarang. Hidangan pun not bad..cuma jauh sikit le kalau sis nk kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kelapangan boleh walk in je kat sini. Hehe. Yes, harga dia sangat berpatutan dengan hidangan yang pelbagi termasuk patin dan kambing

      Delete
  12. wah ada apam balik..menarik..sup tulang lagi..wah..sedap makan sup tulang ni..hirup kuah dia..nyaman tekak..dekorasi pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup pula banyak pilihan. Dalam periuk klasik lagi.

      Delete
  13. wah, makanan dihidangkan dalam periuk ek? klasiknyaa, teringin nak pergi nanti bila free, kalau dekat, dah terjah lepas balik kerja.

    ReplyDelete
  14. Special betul buffet azam pandan ada roti John ni. Selalu kena beli kat bazar Ramadan ke kan. Kali ni dtg buffet dapat rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Surprise juga masa tengok stall roti john ni tapi sangat menarik perhatian. Sebab jarang nak jumpa buffet ada roti john masa on the spot.

      Delete
  15. nampak sedap semua hidangan kat sini, harga pun boleh tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat makan main dish tapi so far semuanya not bad. Harga RM55 to me sangat berbaloi sebab lauk ada ikan patin dan kambing bakar.

      Delete
  16. Nanti nak suggest kat kakak. Tak jauh dari rumah dia ni. Haritu katanya nak bawak family dia makan buffet as reward sebab anak dia puasa penuh so far. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat lagi pergi minggu ni. Wah, menariknya offer macam tu kat anak.

      Delete
  17. Banyak choices of food juga kan and their price pun kira berpatutan la, tak lebih dari RM100 per head.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Very affordable. Dahlah ada ikan patin, ada juga kambing bakar.

      Delete
  18. Wah.. menarik hidangan dia.. kalau dapat berbuka bersama family kat sini best ni.. buffet ramadhan syok kalau makan ramai-ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choices hidangan dia semua menarik. Dari tingkat satu sampai tingkat tiga. Haha

      Delete
  19. Sedap tu masakan dlm periuk belanga rasanya lg sedap dan aronanya sgtlah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supnya sedap! Konsep klasik guna periuk macam ni lah dapat bagi rasa yang umph!

      Delete
  20. Murahnya berbuka kat sini! Makanan kemain banyak!!!! Hehehe. Best sungguh la sapa duk Bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious tak expect makan banyak tau. Sekali sampai ketat perut. Haha.

      Delete
  21. Wah menarik betul makanan- makanan yang disediakan sempena iftar ni. Meleleh air liur kite. Nak try la nnti. Harga pun ok. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk buffet yang offer ikan patin dan kambing, harga ni sangat okay. Dan RM1 dari bayaran kita disedekahkan. Sangat menarik

      Delete
  22. The food in this place really looks delicious. OMG just look at those delectable spread at the disposal of gluttons. I am sure a lot of people will enjoy the scrumptious offerings here. :)

    ReplyDelete
  23. Bestnya! Kita lama gak ni tak ke Bangi, dengar kata Bangi loni jem dia memang tak boleh bawak bincangkan. Banyak gak menu yang dihidangkan tu. Wowww! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangi sekarang maju sangat! Dah macam Shah Alam. Tapi buffet ni bukan dekat tengah-tengah Bangi pun. Hehe

      Delete

Let's hear it from you.