Carian

Master Pasto - 3 Minutes Wonder Instant Pasta

Assalamualaikum.

Haaaaaa, siapa peminat spaghetti kat sini? Aku memang suka masak spaghetti atau pun pasta. Kadang-kadang memang masak lunch spaghetti je. Masa bujang duduk sorang-sorang kat Moscow, boleh dua minggu tak makan nasi sebab makan pasta je. Hehe.

Kalau difikirkan zaman bujang dulu, tahap malas nak masak tu tak payah cakap. Paling malas pernah terfikir nak masak pasta dan makan dengan sos tomato je. Gila malas nak masak. Tapi tak pernah buat sebab tak sedap pun makan kosong tak ada isi.

5-6 tahun lepas, makanan instant yang paling suka student Malaysia bawa balik Moscow ialah instant noodles macam Maggi tu. Boleh berpaket-paket bawa balik. Cuma, aku tak berapa minat maggi ni. Untuk setahun biasa bawa satu paket (yang ada 6 tu) je. Aku memang lagi suka makan pasta. Tapi masa tu mana ada instant pasta. Kalau ada pun, kena rebus pastanya. Variasi pun tak banyak.

Baru-baru ni jumpa MASTER PASTO - INSTANT SPAGHETTI, produk buatan Malaysia daripada company Lioco Food Industries Sdn. Bhd.

Master Pasto Instant Spaghetti Halal Food

Master Pasto ni instant spaghetti yang tak ada MSG dan tak ada pengawet. Dan, produk HALAL. Pada mulanya aku skeptikal juga tau. Sebab biasa instant pasta ni dapat pastanya kering. Tapi dia claim masa penyediaan cuma 3 MINIT SAHAJA! Siap ada hashtag #3MinuteWonder. Luar biasa kalau 3 minit boleh siap sebab masak pasta je 10 minit. Ini nak jadi 3 minit? Memang kena cuba.

Setakat ni Master Pasto ni ada tiga variasi untuk spaghetti instant: Spaghetti Mushroom Cream Sauce, Spaghetti Bolognese with Chicken dan Spaghetti Aglio Olio with Chicken.

Master Pasto Instant Spaghetti 3 Minute Wonder


Macam mana cara masak dia?
Ada dua:
1. Rendam paket spaghetti dan kuahnya dalam air yang mendidih selama 3 minit. Lepas tu buka dan hidang!

Atau

2. Tuang spaghetti dan kuah dalam pinggan. Kemudian masukkan dalam microwave selama 1 minit. Dah siap!

Senang je kan?

How to cook Master Pasto


Dalam banyak-banyak jenis masakkan spaghetti atau pasta, aku paling tak suka aglio olio sebab  banyak bawang putih dan tak berkuah sangat. Lepas tu rasa bawang putih buatkan aku rasa muak. So, aku agak skeptikal dengan Master Pasto Spaghetti Aglio Olio with Chicken. Tapi aku tetap cuba rasa Master Pasto Instant Spaghetti ni. Sangkaan aku meleset! Bila aku makan, rasa kuah dia sedap. Walaupun pedas, tapi sedap. Dari aku tak suka aglio olio, ini mungkin pertama kali aku sukakan aglio olio!

Untuk Spaghetti Mushroom Cream Sauce pun boleh tahan. Mushroom dia tak kedekut. Cuma, aku suka kalau ada banyak rempah itali macam rosemary, thyme, oregano, basil dan sebagainya. Tapi, ni cream sauce sahaja. So tak boleh nak expect rasa macam carbonara atau alfredo. Hehe.

Spaghetti Bolognese with Chicken pula aku rasa boleh tahan. Sebab aku jenis suka masakan spaghetti kaya dengan herba itali. So, memang tambah oregano kering sikit. Bagi lidah Melayu, maybe boleh tambah chili flakes sebab yang ini tak pedas langsung. Memang sesuai untuk anak-anak. Wildan pula jenis suka spaghetti dengan kuah merah.

Master Pasto Lioco Sdn. Bhd. Instant Pasta

Pada aku, untuk kaki travel, korang kena ada Master Pasto ni. Lagi-lagi kalau travel negara yang susah nak dapatkan makanan halal. Kalau korang bukan kaki travel pun, boleh buat bawa bekal untuk lunch kat pantry office je. Microwave office kan ada? Jimat dah duit poket, duit minyak dari keluar lunch kat luar. Hehe.

Untuk lebih banyak info pasal Instant Spaghetti MASTER PASTO ni, boleh terus pergi ke laman-laman yang berikut ya:

Website: Master Pasto


Baca juga: Cafe Markisa

1 ulasan

  1. wah..senangnya nak masak. Paling bagus tu takde MSG..sukanya. Nanti boleh la beli cuba jugak nanti..tq share

    BalasPadam

Komen