Carian

'Check' dulu anak sebelum hantar tadika

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni, ramai je yang dah mula hantar anak ke tadika masa umur 4 tahun. Dari tahun lepas (2017) memang ada berkira nak hantar Wildan tadika tahun ni (2018), tapi.... sebab rasa umur 4 tahun macam terlalu membebankan, kami decide untuk tak hantar dan slowly homeschool. Ummi Abah nya dulu pun masuk tadika umur 5 tahun. Lagipun nak bagi dia hidup riang ria sampai puas.

Dan, tahun ni Allah bagi rezeki Wildan join satu playschool ni. It's a fun school for kids! Kalau ada rezeki, maybe nak hantar tadika situ je. Sebab dia tak banyak nak kena duduk dan belajar. Dia banyak ajar budak untuk explore dan main sambil belajar. Cikgu dia rajin share development apa yang kita sebagai mak ayah perhatikan sebelum nak suruh anak belajar. Best!

checklist before kindergarten


Sebenarnya, sejak Wildan umur dua tahun lagi dah start berfikir pasal hantar tadika ni. Of course semua parents mesti nak anak pandai kan? Tapi, pada masa yang sama, aku nak enhance (perkasakan) minat dan intelligent dia berbanding push dia untuk kejar A, hafal macam-macam tanpa dia faham. Sebagai mak, aku nak dia hidup dengan happy tanpa dibanding-bandingkan atau dilumba-lumbakan.

Sejak dia umur dua tahun juga cuba buat 'homeschool' dengan Wildan. Cakap macam senang je nak buat, tapi nak execute the idea.... Ya Tuhaaaan. Dugaaaan.

Mana taknya, masa tu baru balik dari Moscow. Baru nak biasakan menghadap anak 24/7 tanpa henti (masa belajar, pergi kelas Nanny handle Wildan). Masa tu juga decide buat dropship untuk generate income dari rumah. Dengan terkapainya dropship, terkapai juga homeschool. Memang rasanya sampai Wildan addict pada gadget juga. Boleh baca kat sini ---> Gadget Withrawal untuk macam mana kitaorang counter masalah ni.

Masuk tahun ni, memang tekad nak prepare Wildan untuk masuk tadika. Itulah salah satu sebab join playschool. Nak biasakan dia bersosial dan ajar dia sosial skill. Playschool (atau nama lain playgroup) ada cikgu dan parents mesti involve sebab playschool ni antara cara untuk biasakan anak pergi sekolah.

playschool in Malaysia
Wildan memang suka bila cikgu tanya dia soalan. Dia jawab salah ke betul, muka dia tetap confident. Haha


Playschool ni survey sejak Wildan umur 2 tahun lagi sebenarnya. Ada banyak tadika claim kata ada playschool tapi dia punya playschool setiap hari dari pagi sampai tengahari. Agak tak berkenan. Sebab aku punya target bukan akademik lagi. Target aku lebih kepada life skill, humanity dan social skill. Yang kitorang join ni, dua jam je, seminggu sekali. Dan module pun tak heavy. Lebih kepada develop anak-anak punya social skill dan acknowledge multiple intelligence setiap budak.

Lepas dua minggu, aku perasan kebanyakan budak tak segan dan seronok datang. Wildan siap ada best friend dah. Hehe.

Salah satu apa yang cikgu Wildan nampak pada Wildan ialah dia jenis yang self-taught. Dia excited untuk buat sendiri. Kita bagi arahan, dia buat sendiri. Memang pernah sampai peringkat mak dia jadi tunggul sebab banyak dia boleh buat sendiri. Haha.

playschool in Malaysia
Selain main, anak-anak juga dapat develop social skill dan belajar etika masa makan.


Sebenarnya nak hantar anak tadika, kita tak boleh hantar bulat-bulat je. Sebab para cikgu pun ada expectation tau. Jenuhlah dia nak ajar 20 orang budak dengan harapan semua boleh grab pada masa yang sama. 20 orang budak, 20 jenis perangai, 20 jenis cara belajar. Penatlaa dia. Kita sebagai mak ayah kena prepare anak-anak untuk masuk tadika.

Tadika dengan taska adalah dua tempat yang berbeza dan skop kerja pun berbeza. Ini pun ramai orang kadang-kadang tak jelas. Kat tadika tempat belajar, taska tempat anak-anak dijaga dan diasuh. Tadika bawah Kementerian Pendidikan, taska bawah Jabatan Kebajikan. InsyaAllah, ada masa aku kupas sikit.

playschool in Malaysia
Dekat playschool ni juga, cikgu ajar kemas sama-sama.

playschool in Malaysia
Cikgu siap ajar main baling kasut atau tuju selipar tau! 

playschool in Malaysia
Setiap kali habis kelas, mesti buat satu craft.

playschool in Malaysia
Ini craft dari kelas. Buat burung hantu.


Dalam buku kak Adlil Rajiah, dia ada tulis satu topik '14 perkara mak ayah perlu tahu sebelum hantar anak ke tadika' dan ini bukan dibuat atas pandang peribadi tapi dia rujuk kawan dia yang merupakan seorang guru tadika.

Boleh dapatkan buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensil Warna secara online, atau di kedai-kedai buku tau.
(Lama nak kupas buku ni, tak kupas-kupas lagi.)

Memang bagus point-point yang diketengahkan untuk persediaan anak sebelum tadika. Demi nak memudahkan aku prepare Wildan, aku buat 'checklist' siap-siap dan buat mana yang tak lengkap. Tak perlu pun cukup 14 perkara sebab dari masa ke masa, perkembangan dan pengalaman budak akan develop juga checklist yang tak lengkap tadi. Pada aku, agak kejam kalau hantar anak tadika tanpa persediaan dan mengharapkan cikgu boleh tolong manusiakan anak kita.

Ini gambar checklist. Simple je aku buat. (Dulu gigih download yang dari website orang putih tapi senarai dia panjang gila)

checklist sebelum masuk tadika


Nak download checklist ni boleh terus klik pada gambar atau link kat bawah ni ya

Checklist sebelum anak masuk tadika


Sebenarnya tak salah pun dan tak kisah pun nak hantar anak masuk tadika umur berapa tapi pastikan anak bersedia, dia seronok dan dia tak stress dekat tadika. Jangan lupa anak-anak pun hak kemanusiaan. Kalau kita tak bagi dia hak kemanusiaan, jangan pelik bila dia dah besar dia tak pandai bab kemanusiaan ni.

So, apa-apa pun kita sebagai mak ayah mestilah nak yang terbaik untuk anak kan?

Dipersilakan download dan print untuk kegunaan peribadi ya.

Nanti boleh lah share dengan orang lain.

Tiada ulasan

Komen