Carian

Pengalaman Terbitkan E-Book Pertama

 Assalamualaikum dan hai!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Akhirnya cita-cita masa aku sekolah menengah tercapai dah! Nak keluarkan satu buku dengan nama SlumberLady kat depan. Hehe. Kalau korang nak tahu, nama Slumberlady sebenarnya satu nama yang aku cipta sendiri masa aku umur 14 tahun dan entah macam mana nama tu melekat sampai sekarang.

Asalnya, nama Slumberlady ni aku banyak gunakan sebagai nama atas talian. Masa zaman Friendster, MySpace, haaa inilah nama yang aku gunakan. In fact kalau korang perasan, nama IG aku pun @slumberlady. Masa aku buat akaun Instagram lebih kepada nak edit gambar dan masa tu aplikasi Instagram antara rating yang tinggi. Dengan ada preset filter, sangat membantu aku. Tak sangka rupanya benda tu media sosial. Hiks.

Okay. Sampai situ sahaja kisah pasal nama Slumberlady. Jom, kita berbalik kepada pengalaman pertama dapat terbitkan e-book dengan Ukiyoto Publishing.

pengalaman tulis ebook

Tips Pilih Cili dan Tomato

 Assalamualaikum dan hai!

Selepas sekian lama kebuntuan untuk tulis, kali ini aku nak kongsikan sikit pasal membeli belah terutamanya barang dapur. Hehe.

Siapa yang memang follow instagram aku, dan rajin menonton IGStory mesti perasan sejak PKPB ni aku banyak berkongsi pasal pemilihan sayur-sayur. Setakat hari ini aku dah kongsikan cara pilih cili, tomato, kobis, brocolli dan terbaru pasal capsicum.

Cuma untuk entri kali ini aku terhadkan kepada dua jenis sayur sahaja : CILI dan TOMATO sebab aku rasa dua bahan ni antara barang wajib topup bila pergi beli barang-barang basah. Lagipun banyak sangat pun tak seronok kan. Nanti yang lain kita share dalam entri yang lain pula okay. 

tips pilih sayur

Kampung People 2 : Memeriahkan Kampung Sinaran Baru

Akhirnya, aku berjaya tamatkan drama siri Kampung People 2. Habiskan seminggu selepas tamat bersiaran di TV. Sekarang aku kerja dari rumah, malam kadang tak buka TV. So, sudahnya aku tengok Kampung People 2 secara atas talian di IQiyi. Secara keseluruhannya aku masih lagi kagum dengan karya Wan Hasliza dalam cerita Kampung People 2. Sama macam aku terpikat dengan Keluarga Iskandar 1 dan Keluarga Iskandar 2. Oh tak lupa Keluarga Iskandar The Movie!

Apa yang berbeza sebenarnya Kampung People 2 kali ni?

Tesco Scan And Shop

 Assalamualaikum dan hai!

Hari ini nak cerita pengalaman beli barang, scan sendiri dan terus bayar tanpa beratur panjang di Tesco! Okay, pertama sekali nak bagitahu Tesco adalah tempat shopping kegemaran tapi aku jarang nak membeli di Tesco sebab tak ada yang berdekatan dengan rumah. Dekat kawasan perumahan kami sahaja ada 3 kedai borong dalam sekitar 3-5 kilometer dari rumah, so memang kebiasaanya membeli belah di kedai yang terdekat.

Aku sukakan Tesco sebab pilihan barang dan kualiti barang di Tesco. Malahan  Tesco ada rangkaian produk sendiri yang berkualiti. Cuma jarang-jarang nak membeli barang dapur di Tesco sebab tak ada yang berhampiran dengan rumah. Paling dekat pun makan masa 30 minit perjalanan. Tapi kalau memang mood nak beli di Tesco, memang cari juga Tesco.

Baru-baru ini, sebelum bermula PKPB di negeri Selangor, aku berkesempatan untuk membeli barang dapur di Tesco dan pengalaman kali ini berbeza daripada biasa.

Kenapa?

Sebab ada Tesco Scan and Shop.

tesco scan and shop

#KitaJagaKita : Covid-19 masih belum kalah

 Assalamualaikum dan hai.

Jarang-jarang sebenarnya aku nak ulas atau kupas isu semasa tetapi untuk kali ni selepas berhari-hari aku tergerak hati untuk menulis sedikit sebagai coretan dan juga pengajaran buat kita semua.

Semua sedia maklum yang sekarang kita sebenarnya tengah dalam fasa PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Semua orang sudah mula biasa dengan norma-norma baru seperti bawa hand sanitizer ke mana-mana, daftar masuk ke aplikasi MySejahtera atau check suhu badan sebelum masuk ke sebarang premis.

Seperti juga orang lain, aku sudah mula membuat kerja di universiti bermula Julai lagi. Dan anak-anak pun sudah mula bersekolah mengikut SOP yang disediakan oleh pihak tadika. Antara norma mereka adalah setiap pagi cikgu akan spray sanitizer satu badan. check suhu badan anak-anak, duduk berjarak dengan kawan-kawan, tuala tangan tidak berkongsi. Sampai satu tahap mereka pun tahulah kena jaga jarak ni.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kenaikan kes positif secara mendadak di Kedah dan Sabah. Sehingga ke tarikh aku menulis (7 Oktober 2020), kes mencecah 400++. 

Gambar dari sumber Telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

First Impression: Mary Kay Suncare Lotion

 Assalamualaikum dan hai!

Bestnya topik entri kali ini. Cerita pasal sunscreen atau dalam Melayu namanya pelindung suria. Kebanyakkan kita di Malaysia masih ramai yang ambil mudah tentang pemakaian sunscreen, termasuklah aku sehingga tahun 2017.

Titik perubahan aku jadi disiplin dengan pemakaian sunscreen adalah sebab berjumpa dengan seorang pakar kulit. Dia memang khusus untuk bahagian kosmetik, atau lebih mudah difahami kulit wajah. Kulit muka kita dan kulit badan mempunyai cara penjagaan yang sedikit berbeza. So, dalam bidang perubatan pun dipecahkan.

Untuk siri First Impression kali ini aku nak kongsikan tanggapan pertama aku masa gunakan Mary Kay Suncare Lotion. Jom!

mary kay suncare lotion review