Carian

Cabaran 7 Hari 'Positive Parenting'

Assalamualaikum,

Minggu lepas, aku join satu '7 Days Positive Parenting Challenge' yang dikelolakan oleh seorang instagrammer international: muslim.parenting. Follow instagram ni, banyak ilmu korang boleh dapat. Sebelum-sebelum ni banyak je aktiviti yang aku nak join. Contohnya quranic parenting journalling. Tapi sebab tak rasa konfiden nak buat Quran Journaling, aku tak join. Just everyday akan check IG untuk baca teladan dan pengajaran dari ayat-ayat yang dijurnalkan.

Dan, kali ini, dia ajak follower dia untuk buat Positive Parenting Challenge ni dan update everyday apa yang kita belajar dan apa yang kita dapat daripada challenge hari tu. Setiap hari akan berbeza dan akan dapat kita belajar sesuatu serta perbaiki mana yang kurang. InsyaAllah.

positive parenting


[REVIEW] Aloe Scrub dari Forever Living

Assalamualaikum.

Bagi orang perempuan, rasanya perkataan 'scrub' tak lagi asing, betul tak? Sebab sebahagian daripada skincare routine, penggunaan scrub ni memainkan peranan yang besar walapun bukan pakai setiap hari.

Selain daripada pencuci muka, penyegar (toner) dan pelembab (moisturizer), penggunaan scrub secara mingguan dalam dua ke tiga kali seminggu memainkan peranan penting untuk menyerikan kulit. Yelah, scrub ni fungsinya untuk menanggalkan kulit mati, lagi-lagi kulit kusam. Biasanya tekstur scrub ni kasar atau berbiji-biji.

forever living aloe scrub


Homeschool sama dengan tak sekolah?

Assalamualaikum.

Dua hari lepas, tiba-tiba dinding Facebook ada berlaku perbincangan panas tentang 'homeschooling' yang membuatkan aku godek google dan godek segala media sosial yang ada untuk tahu punca sebenar perbincangan ini berlaku.

Makanya penuhlah kecaman dan cemuhan terhadap golongan yang memilih untuk 'homeschool' anak-anak. Walaupun aku tak 'homeschool' anak sepenuh masa, tapi aku tahu ada yang buat dengan cara yang betul dan anak-anak mereka jadi manusia.
Pada aku tak adil kita melihat 'homeschool' ni sebagai sesuatu yang buruk walhal banyak perkara berkaitan 'homeschool' ni kita sendiri tak jelas.

Penafian: aku menulis sepenuhnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada sahaja. 

So, persoalannya adakah 'homeschooling' ini tak bagus?
Atau adakah hantar anak sekolah pula tak bagus?

Mari kita bincangkan bersama.

homeschool di malaysia



Mesin jahit sulam Janome MC500e

Assalamualaikum.

Excited nak cerita pasal mesin jahit sulam. Sebenarnya minat menjahit dari zaman sekolah lagi. Minat sebagai hobi je. Paling seronok bila kelas Kemahiran Hidup. Projek buat blaus, buat skirt. Masa projek buat blaus, skirt, kat rumah sempat lagi dengan mak buat blaus dan skirt untuk raya. (mana pergi entah baju dan skirt tu) Guna mesin jahit mak yang klasik dari US.

Pernah jugalah terlintas cita-cita nak jadi fashion designer juga. Dulu rajin buat sketch walaupun tak lawa. Haha. Berangan bukan main. Selain buat blaus dengan skirt, selalu juga buat cross stitch. Isi masa kosong kononnya. Sampai ke Moscow dulu pun ada buat cross stitch (mana entah letaknya.) Sekarang banyak alter baju dengan buat busy book sikit-sikit.

Janome Memory Craft 500E

Mukhlis Potty Train & Wean Off journey

Assalamualaikum.

InsyaAllah masuk 2019 ni, by right Mukhlis dah 3 tahun. Tapi sebab dia October Baby, aku masih anggap dia dua tahun. Hehe. Macam tak padan badan dengan umur.

Peringkat umur 2-3 tahun ni adalah peringkat anak mula ada personaliti sendiri, mula nak berdikari. Biasanya ada dua proses yang agak memenatkan: cerai susu badan (wean off) dan latihan tanpa lampin (potty train).

Percaya tak percaya, Mukhlis lalui dua proses penting ni secara serentak!
Bila difikirkan balik memang rasa tak percaya. Sebab masa Wildan, mula dengan cerai susu badan, kemudian baru proses potty train.

Nak tahu macam mana boleh jadi serentak?

cerai susu badan dan potty train