Carian

The Versus

Salam.

Haish… Dah nak masuk 5 hari aq berusia 10+9 tahun. Wah! Cepat betul masa berlalu. Pertama-tamanya, ucapan julung-julung terima kasih kepada mereka yang mengingati hari yang tak seberapa penting ini (hari yang menakutkan…. tamaw membesar!). Buat pertama kalinya pada hari ulangtahun aq, aq kena wakenabeb sama member baik aq. Geram campur hepi. Geram sebab mati-mati aq percaya, dah sampai takat leleh dan hepi sebab ade juga orang ingat kat aq ni. Hahaha.

Bersempena dengan hari ulang tahun aq, kelas math yang sepatutnya berlangsung selama 5 jam dibatalkan! Special betul ek aq ni? Perasannye orang ni…. Bukan sebab hari special aq, tapi sebab lecturer kesayangan kami Dr. Rustem Richardovic sakit. Maybe sakit tua kot. Harap-harap cepatlah dia dapat mengajar kami. (Banyak nak kena ganti ni! Tamaw!) Kawan-kawan disini mengajak aq bersiar-siar di Mid Valley. Bab jalan-jalan, jangan ajak aq, kalu aq excited memang aq ikut. Walaupun takde orang nak belanja ape-ape, aq tak kesah pun. Asal dapat jalan-jalan. Dan paling penting ucapan terima kasih kepada seorang hamba ALLAH yang telah membelajakan aq sebuah kek.

Cakap punya cakap, dah banyak aq tulis ni satu pun tak berkait dengan title aq. Hurm. The versus. Cakap pasal pertarungan dalam diri sendiri. Kalu baba dia sokmo kabor gini

“Mujahadah dengan nafsu itulah yang paling kuat. Kena sentiasa kuatkan diri”

Yep, 100% aq menyokong statement baba. Sebab dalam kehidupan kita perkara paling susah yang kita perlu buat adalah memilih. Kadang-kadang dia akan jadi sangat mudah dan kadang-kadang akan jadi sangat susah. Contoh paling senang, bangun pagi. Kalu ikutkan nafsu,sah tamaw bangun. Tapi kalu ikut akal dan kewajipan, bangun, pergi mandi, solat Subuh. Setiap kali azan, itulah perang terbesar. Nak solat dulu ke nak makan? Nak solat dulu ke nak sambung study? Nak solat dulu ke nak…..? Macam-macamlah dalam kepala tu dok berperang.

Memandangkan usia aq dah mencecah 19-10+9 tahun, versus dalam diri tengah di klimaks kehidupan aq. Bermacam-macam perkara sentiasa bergolak  dalam fikiran aq. Memang ade sorang member ni sokmo kabor

“Jangn fikirkan masalah tapi fikirkan cara selesaikan masalah. Fikir pasal masalah, sampai bila pun takkan selesai”

Terima kasih la member tu atas peringatan. Contoh paling senangla, soklan matematik satu campur dua. Kalu kita dok sibuk pikir satu tu ape, dua tu ape, sampai bila pun takkan dapat jawab soklan tu. Daripada dok sibuk mikir pasal ape itu satu, ape itu dua, baik cari jalan satu campur dua dapat apa.

Senang citer macam nilah, ke mana-mana kita pergi, ade aje masalahnya. Cuma kadang-kadang ada orang dia jenis suka pikir masalah (mcm orang tu la…=p), ade pula yang jenis buat dono je. Lagi-lagi kalu masalah tu remeh. So, memandangkan member aq dah masuk entah berapa juta kali berpesan begitu, aq tengah dalam versus untuk mengurangkan beban memikirkan benda-benda yang tak patut. Terima kasih!

Versus aq ni bukanlah untuk sape-sape tapi untuk diri sendiri. Almaklumlah, ade member tu pesan,

“Life is only once, dont make a choice that make your life dull”

Terima kasih juga buat member yang memberi pesan itu. Versus dalam diri adalah untuk diri aq sebab apa-apa yang berlaku dalam kehidupan aq adalah atas pilihan aq sendiri. Bukan pilihan sape-sape dan bukan atas paksaan dari sape-sape. Dalam tengah versus ni, jujur aq maw cakap, ade masa aq rase tak larat. Susah sangat. Sampai ade rase maw aje angkat bendera putih. Tapi ade mase aq rase sangat kuat. Tamaw kalah. Kalu kalah, tak nak mengalah! Hehe. Buat masa sekarang ni, aq terasa sangat lemah. Atas kata-kata yang diucapkan oleh sorang membe, membuatkan aq rase aq tak kuat. Bukan sebab dikutuk atau diperli atau disindir, kata-katanya terlalu banyak membuatkan aq berfikir. Menyebabkan aq nak berjuang tapi tak cukup kuat. Menyebabkan aq terasa masih banyak kekurangan diri. Menyebabkan aq terasa teramat payah mencari kekuatan diri. Kalu tunggu kekuatan tu datang, memang susah, kena jugak cari. Tapi itulah yang susah.

Hurm. Peperangan dalam diri adalah peperangan terbesar sekali. Itu satu kepastian.

 

 

p/s: buat member gua yang sokmo pesan macam2 timekasih byok deh! 

Wah~memorial beb!!

Salam.

Tak terase pun sebenarnya dah masuk tahun baru.Dah empat hari pun. Mane taknye kalau buat pertama kalinya dalam hidup aq, tak merasa cuti dalam bulan 12.Haha. Cepat masa berlalu. Masuk awal tahun, adik-adik aq semuanya nak mendaftar sekolah.Paling aq terasa terkejut, T-rex dah upper form, Maban dan naik form 1. Dua orang kembar kini dah membesar. Haha. Bile tengok Maban, aq teringat masa hari pertama dia sekolah drjah satu. Comel betol adik aq yang sorang ni.(tngok kakak la…. prasan gile.)

badge.samten

Maban masuk SAMTEN, sekolah aq dulu. Mase pendaftaran aq datangla. Wah, sangat-sangat memorial kot!!! Sampai aje kat sekolah, first person yang ade dalam fikiran aq adelah MATOR! Tanpa sebarang keraguan, aq terus call dia. Lantaklah kedit aq banyak mana. Penat aq menyuruh Mator meneka, dia masih tak dapat meneka. Akhirnya aq bagitahu yang aq ade di tempat perkenalan kami.(wah, romantisnya). Memang terus dia menjeritla. Last time kami datang tahun 2009 bulan mac, ade reunion. Itupun SAMTEN tak semacam sekarang. Haha.

rgstr.samten

Aq tidaklah popular kat SAMTEN dulu, cuma suka berborak dengan pak cik kantin dan isterinya : Pok Dek dan Mok Dek. Hehehe. Pok Dek memang kenal sangat-sangatlah aq ni. Sebab mase aq jage barisan kantin, aq suka berborak dengan dia. Pok Dek pula ade aje cerita yang dia nak cerita. Memang bestla borak dengan Pok Dek. Habis waktu sekolah pun, mase menunggu van (form 1), borak juga dengan dia. Kadang-kadang dengan Mok Dek. Kalau dengan Mok Dek, alamatnya, kecek kelate laa…. hahaha. Mok Dek meme oghe kelate un. Sokmo gok aq mintok nasi kerabu. (my favourite) Hehehe. Mengade-ngade. Aq masuk je kantin tu, dari jauh Pok Dek dah nampak aq. Hahaha. Bertanya khabarlah kami. Mok Dek pula sengaje nak bermanje dengan aq. Dia kate aq datang terus jumpa Pok Dek. Tak jumpa dia dulu. Hahaha.

kntin.samten

Dah jumpa Pok Dek nampak la pula junior aq. Tahun 2008 diaorang form 2. So, sekarang ni form 5 dah. Bila nampak diaorang, aq terpikir satu benda je. Cepatnye mase berlalu. Dulu mase aq mula-mula kenal diaorang, diaorang ni kecik2 je, tak matang pun lagi. Hahaha. Kelakar betul. Tak sangka aq dah semakin membesar. Angka dalam usia aq pun tak lama lagi dah jadi makin besar. Wah!!! Takutnya!! Diaorang tengok aq pun siap boleh cakap aq ni memang dah nampak matang. Aq matang? Wakakakaka.

dtrn.samten

Siap tengok kelas Maban ape semua. Baba kata mahu makan. Oklah. Pergi kantin. Jumpa Pok Dek lagi. Kali ni aq kenalkan Maban kat Pok Dek. Hehehe. Ngade-ngade. Lepas tu Baba pun ambil lauk yang ade. Bajet nak makan 3 orang. sekali makan dua orang je. Hahaha. Sebabnye aq jumpa dengan cikgu aq. Hehehe. Aq saje je main mata dengan cikgu, lepas tu cikgu tu tengok je aq. Aq datang dekat. Dia pun cakap, “muka awak ni saya kenal sangat. awak ni pelajar saya ke?” Aq pun menyengihla sambil berkata' “sayalah cikgu. Asma. cikgu ajar saya KHB dulu. ala saya selalu tolong cikgu kat asrama jual nasi.” memang cikgu terus ingat balikla. macam soalan aq kena. hahaha. tak pe. enjoy layan cikgu. tak lame lepas tu, datang pula cikgu lelaki yang mase zaman aq dia cikgu kokurikulum dan sekarang ni gpk. reaksi yang same, dia cakap muka aq ni dia kenal sangat. haha. apalagi tangkap borakla dengan dia. mase aq dulu-dulu pun suka borak dengan dia. enjoy. dia siap bagi pesbuk dia kat aq. hahahaha. cikgu lain yang rapat dengan aq tak jumpa pun sebab cikgu yang ade semua cikgu untuk form 1 dan banyak cikgu baru.

 

 

 

 

 

p/s: jangan sekali-kali pun sombong dengan cikgu tau! tu je. hehe.