Carian

GOAL!!!

Salam.



Alhamdulillah... Menang jugak kelantan semalam.
Aq bukanla tertarik sangat tengok game bola. Aq lebih suka main. Hehehehe. Kalu dapat asak bola tu, fuh! aq rase seronok gila. Dulu-dulu time tengah brutal dulu, memang kuat aq main permainan budak laki. Cume Ummi dengan Baba je tak tahu. Macam mane nak tahu kalu aq duduk kat taska? Memang nakal gak aq ni. Sejak 6 bulan yang lalu aq dok spend time kat rumah tanpa sebarang aktiviti, aq mulalah tertarik dengan perlawanan bola, especially mase tengah FIFA tu. Aq dan T-rex tengok first game dengan penuh semangat. Kami bukan supporters mane-mane team. Enjoy tengok player tackle bola je. Bila gol je, kami jeritlah gol! Maban, as usual, amat susah tertarik dengan bola. Sampai aq dengan T-rex yang jadi coach dia. Hampeh punya adek! (Masih sayanglah!)

Aq taklah hebat mane buat ulasan pasal bola semalam tapi, first half game memang tak menarik langsung. Sungguh ku bilang. Second half baru nampak semangat sikit. Aq serius suka tengok second goal yang disumbat oleh Kelantan. Cantek punya! Straight bawak bola, then, GOAL!!!! Baba dah terlelap kepenatan, so aq nak jerit pun tak bolehlah. Setakat cakap "Yes!" Walaupun aq bukanlah oghe kelate, tapi aq memang sayangkan kampung Baba. Pasalnya, aq memang suka duk kat sane.


Bola sepak memang dah jadi kegemaran kami satu keluarga. Ummi dengan Ena setakat join je. Ade skali tu kami ramai-ramai pergi gelanggang futsal. Boys versus girls. Of course girls menang. Dah Maban, Budin dan Ah Chong kecik-kecik je lagi tu. Wakakaka... Best sangat main futsal. Walaupun 4 vs 4, still seronok bagi aku. Jangan terkejut, dulu-dulu T-rex main bola. Sampaikan ada satu pak cik ni memang suka sangat tengok dia punya aksi atas padang. Sekali dia tengok betul-betul, kan, budak perempuan la. Aq tak kenal pak cik mane, tapi pak cik tu cerita kat Baba. Ehm, memang sahlah, T-rexlah. Sape lagi budak perempuan kat kawasan perumahan kami main bola? Tambah-tambah dengan cap lidah ke belakang. Sah-sah T-rex. No argument. Aq dulu main gak, time kat Skss. Kena cabar dek budak laki. Hehehe. Mase tu memang tengah membara semangat main bola. Last sekali aq join main bola, time form 2. Tu pun sebab T-rex ajak aq.

Examination Week

Salam.
Fuhh... akhirnya aq berjaya melepasi ujian physics.
Mase mula-mula dengar susun atur perjalanan exam, rase memang tak confident boleh pass.
Bukan mase tu je, sampai hari exam pun masih berbaki cuak. Sampai menggigil aq.
Kami budak-budak pre-russian memang dah didedahkan dengan style rusia punya exam, ade lisan dan bertulis. Tak cukup lagi tu, point performance dalam kelas pun diamek kire tau! Jangan maen-maen. Kalo lecturer tak suka hang sebab performance dalam kelas, memang satu level yang sangat payah nak pass lah. Bukan ape, style russian ni ade baiknye juga. Yelah, exam paper antara student berbeza-beza. Memang tak same langsung. Dah pulak tu, amek point performance. Kire kalu budak tu rajin, tersangatlah rajin, tapi agak kurang sikit, still bole pass sbb lecturer nampak usaha dia. Kalu malas, tapi memang otak macam scanner, senang je lecturer nak failkan. Bukan dengan cara failkan time oral, dengan deduct points.

Exam dah start dari hari jumaat lagi. Tapi hari jumaat cuma bahasa rusia dalam bentuk penulisan. So, tak lah gagap gugup ke gigil. Besa-besa sudah. Yang start terase memang cuak sesangat adelah exam oral hari isnin. Masih subjek russian. Tahap kecuakkan aq yang melampau menyebabkan aq tersalah bace. Memang menggigil habis depan 3 orang lecturer tu. Tapi alhamdulillah, pass. Cikgu Anna pun dah kasi tunjuk markah aq untuk exam. Satu lagi, fail atau pass, tahu on the spot. Tak payah risau!

Hari ni merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh kami semua.... hehehehe. Maksud sebenarnye berlainan, ok? Hari ini physics!!!! Memang mencuakkan. SANGAT CUAK! Tambah pulak malam semalam aq memang tak bace langsung lecture Svetlana. Sebok dengan menyiapkan lab report yang melibatkan kire-kire yang sangat memeningkan kepala aq. Svetlana mintak datang 5 orang satu trip. Kami dok sebokla malam tu bertekak dengan dak laki sape nak pergi dulu. Bukan berebut sape nak pergi dulu tapi berebut sape nak pergi kemudian. Kami yang perempuan mahu kasi peluang kat dak laki pergi dulu pasal Svetlana memang sokmo angin dengan budak laki. Tapi last-last tau2 ade 3 orang je yang pergi. Ah, terserahlah.
Pagi tadi, kami yang perempuan datangla ke tempat exam dalam pukul 8.30 pagi. Svetlana tersermpak dengan kami dan terus cakap,

"What did I tell you before? I want only 5 students. Not all to come. Why there's only four students? One of you come inside."

Hah, ape lagi... dak-dak perempuan lain terus pusing belakang dan menuju ke library. Wah2... aq ditinggalkan untuk ikut besama Svetlana. Memang terasa nak menjerit kot! Dahlah satu hapa tak bace. Memang berserah gila-gila pada Tuhan. Kalu Tuhan kate aq pass, passla aq. Aq masuk dalam, tengok memang ade 4 orang jejaka lah. Ikhwan, Zamri, Alif dan Naif. Betol la tak cukup kuota. Aq pula yang kena isi. Haisy, terase begang. Tapi cuak yang melampau menyebabkan aq tidaklah begang sangat. Aq pilihla soklan dalam banyak-banyak kertas yang dia pegang. Bile tengok soalan... nak meleleh ayak mata aq! Aq menyesal yang teramat sebab tak bace. Tapi aq kuatkan hati. Pegi amek tempat duduk. Jwablah aq soalan-soalan yang senang jika aq bace lecture tu semalam. Memang Tuhan dah susun hidup aq. Walaupun aq tak bace, Tuhan tetap ade. DIA membantu aq mase aq tengah oral dengan Svetlana. Syukur yang teramat sangat.

Aq tidaklah happy sangat sebenarnye, memandangkan kengkawan aq ramai juga yang fail. Kalu yang perempuan, alhamdulillah semuanya pass. Yang membe-membe ni, ramai yang fail. Kesian tapi tak tahu nak buat ape. Ade gak terasa nak jumpa Svetlana, cakap kat dia janganlah keras sangat dengan depa. Memang aq akui ade yang suka tidoq time kelas, ade yang penah ponteng (idoklah ponteng, sakit je), tapi tak semestinye depa tak berusaha. Entahla... aq sendiri tak tahu nak cakap macam mane. Memang kadang-kadang tu nampak juga Svetlana macam baik dan berlembut dengan budak perempuan, tapi aq rase sebab kami rajin tanye soalan. Macam dak-dak laki ni, depa tak tanye soalan pun kat dia.(Ade la dua tiga orang yg rajin menanye, bukan semua) Sama ade sebab cuak kat dia atau sebab begang kat dia. Aq tak bole nak cakap. Akhirnya, ramai yang kena repeat hari jumaat ni. Hopefully sume yang kena repeat, pass lah.

So, sekarang aq sedang mengisi masa lapanglah ni. Malas sesangat nak revise math. Bukan sebab dah terer ke hape, tapi sebab nak restkan fikiran yang bercelaru ni. Nanti aq sambung balik serabutkan fikiran. Best sebenarnye bile dapat serabutkan firkiran dengan benda-benda cam gini. Teras otak tu laju je berfikir. Hehehehe.

Insya-ALLAH esok lepas exam nak BALIK!!!
Ummi nak aq balik esok. Sebab kalu khamis tiada siapa yang bole amek aq pade waktu pagi. So, chiow!