Carian

Tanggal 31

Salam.
Sepanjang aq hidup, inila kali pertamanye aq menyambut kemerdekaan dalam bulan pose.
Dulu2 time zaman kocik-kocik tu, dok ikut ayah aq pegi dataran merdeka.
Sengaja nak menyesakkan lagi dataran merdeka yg dah sedia sesak dengan berjuta-juta manusia. Mane taknye, mase kocik-kocik dulu, senang sikit nak handle anak2. Ni ha, bile dah besar panjang, malas dah le nak pegi dataran tu. First time mase aq umur 10 thn, tak pegi dataran merdeka.Time tu, kaciwa dalam hati aq, hanya Tuhan yang tahu. Yelah, jah satu, jah dua, jah tiga, pegi dataran merdeka. Tup2, jah empat tak pegi pulak. Dah macam rutinla time tu, asal merdeka pegi dataran. Makin bertambah digit kat umur aq, makin aq tak ambik port sangat pegi ke tak dataran tu. Almaklumlah, tv kan ade. Tengok jelah.



Cakap pasal first time, pade usia aq 14 tahun, kire form 2, first time sambut merdeka kat sekolah. Paling aq ingat sekali 31 Ogos jatuh pade hari Rabu. Aq mase tu dah jadi hosteller. Setakat rumah 5-10 km je. Ngade2 je lebih nah duduk kat asrama. (Ape salahnye kalau sekolah dah kasi?) Tapi kire aq malam Rabu tu, dok sibuk ber'clubbing' dengan akak2 dorm aq yang ceria lagi manis. Standardlah tengah2 malam hirup Nescafe.

Elok je jam pukul 12 tengah malam menandakan masuknye hari Rabu, kami dengar suare2 buluh perindu pelajar2 lelaki menyanyi lagu 'Tanggal 31'. Kami pun jenguk ke tingkap, nak tengok juga ape yang tengah berlaku kat depan asrama kami. Memandangkan depan asrama puteri tu ade padang bola baling, adelah dalam 50 pelajar lelaki yang tengah berarak sambil nyanyi lagu patriotik.

Part yang paling seronok skali adalah, diaorang bukan berarak sekadar berarak. Siap ade bendera Malaysia tu! Tapi satu je. Adelah dalam 10 orang pegang. Saki baki yang tinggal pun tak berarak dengan tangan kosong. Diaroang urung karpet dorm. Masalahnye, kalau satu je tak pe, ni 4 karpet, 1 Jalur Gemilang. Seronok tengok diaorang berarak kat padang tu. Aq dengan penghuni2 asrama yang masih lagi tak menjengah alam mimpi, enjoy tengok diaorang.

Tengah syok menonton tayangan siaran lansung tu, ade gangguan siaran la pulak. Tiba-tiba je, pelajar2 lelaki sumenye lintang-pukang lari balik asrama. Kesian jugak kat orang yang kena lari bawak karpet yang tebal sorang-sorang. Membe sume dah cabut awal-awal. Bukan sebab jumpa benda-benda pelik tapi sebab warden yang duduk kat asrama puteri, keluar dari rumah sambil bawak roti panjang. Ikut info melalui telefon karat, adelah dalam 10 orang kena tangkap. Tapi, aku rasa diaorang tak menyesal pun buat macam tu. Yela, sekali sekala buat hiburan untuk semua. Ape salah, dak?

Sementara masid ada waktu

Salam...
Kesempatan yang ade ni sememangnya aq mahu gunakan dgn sebaik mungkin
Esok dan hari seterusnya akan menjadi bertambah sebok
dan sebok dan makin sebok
so, sebelom kerja menjadi belambak
baiklah aq luahkan isi hati aku...
bukan isi ati pon
nak introduce member2 seperjuangan dekat MIAT ni
kami akan (INSYA-ALLAH) fly ke Rusia taon depan
ini just kaum wanita je.
sekarang ni can menengok wajah2 kami aq kasi,
tengoklah



Memandangkan photoshop app aq takde, so aq akan kenalkanla satu demi satu kawan2 aq.
Bermula dari sebelah kiri (kiri korang la) yg berkace mate comey tu Amalia, then, Nad.
Yang kedepan tu Farah. Peace kat belakang tu Nadia and next to her to my roomate, Nabilah.
 Of courselah yg ujung skali tu aq.
Skarang ni, yang kat depan plak. Ujung kiri tu Khadijah.
Yang cute mute tu Nabilah (masih memikirkan care nakbezakan 2 Nabilah)
Elok bersila pula namenye Syarina n last skali Aisyah.

Ade rupa Rusia tak?


Aq juga nak ambik kesempatan ini utk introduce cikgu Rusia aq dan classmate aq.
Cikgu Rusia ade 3 orang.
Math: Rustem Richardovic
Physics: Svetlana Goryaeheva
Russian: Anna Vladimirovna
( utk kelas bhs ade 3 klas... lagi dua cikgu tahu just Natalia n Tatiana)
Gambar Anna Vladimirovna aq bole kasi tunjuk tapi cikgu lain, tak boleh la sbb takde gambar..

Kelas aq ade 7 laki-laki campur 4 perempuan. total up ade 11 orang.
First two weeks dulu memang kekok habis.
Skarang dah okay dah (rasenye).
Tataplah muka2 Russians to-be


sengaja aq xtra largekan gambar ni.
muke Anna Vladimirovna tak smiling mase ni.
kalo tengah smiling, sangat comel. seriously she's cute.
nilah classmates aq yang berbudi sgala bahasa. lately class kami mcm circus.
sebabnya tengah musim blaja grammar.
ayat russian pun lintang pukang buat satu kelas ketawa.
so far memang seronok jugakla.

okaylah.... (mentang2 klas physic esok tunda)
mahu sambung semakkan otak dengan latihan physics n russian
vocabs sangat byk nak dihafal.
stakat ini sahajala cerita kali ini.
ade mase kita jumpa lagi.