Carian

Resolusi Tahun Covid-19 (2020)

Assalamualaikum dan hai.

Rupanya kita semua telah berjaya melalui tahun 2020 jayanya. Alhamdulillah. Masuk 2021 ni semua orang dengan keadaan bersemangat dan lebih bersedia. Harapannya semoga tahun 2021 dapat memberikan kita sinar baru.

Ramaikan antara kita yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia secara tiba-tiba. Mana tidaknya baaaanyak rancangan terpaksa ditunda sebab nak meredakan dulu pandemik yang sedang menggila.

Aku rasa tahun 2020 macam sekejap sangat berlalu. Terasa macam banyak benda yang tak tercapai. Tapi bila aku cuba senaraikan, rupanya baaanyak benda yang berlaku dan banyak kenangan yang tak boleh dilupakan. Siapa kata tahun 2020 macam dilalu angin? Tahun 2020 jugalah tahun yang banyak bagi pengajaran kepada kita semua.

goodbye 2020 end of year resolution


Apa yang aku dapat dari tahun 2020?

1. Manusia merancang, Allah merancang. Allah jugalah sebaik-baik perancang.

Bukan aku sahaja yang ada macam-macam rancangan, target dan impian untuk tahun 2020. Tapi dek kerana pandemik yang mengejut ni, ada yang terpaksa ditangguhkan dan ada yang terpaksa kita 'reroute' supaya sesuai dengan keadaan semasa.

2. Rezeki tetap Allah yang beri.

Yang makan gaji ke yang berbisnes ke, semuanya terkesan dengan pandemik ni. Dan aku tak rasa ada orang yang mengaut keuntungan dalam keadaan sekarang. Ramai yang mula menyusun untuk persediaan masa hadapan. Kejadian pandemik ini membuktikan persediaan kecemasan adalah penting dan bila saat itu tiba kita semua pun tak tahu, kan?

3. Musibah juga sebuah rahmat

Ramai antara kita yang rasa bila berlaku sesuatu kesusahan atau kesakitan atau musibah, kita rasa benda itu kerana kafarah dosa atau pun suatu bentuk balasan. Tetapi kita lupa yang kita hanya manusia biasa, hamba Allah yang lemah dan tidak mampu akal kita nak menghitung berlaku sesuatu adalah kerana balasan atau tidak. Siapa kita nak menilai semua ini satu balasan? Mungkin sebenarnya yang berlaku ini adalah rahmat Allah.

4. Kehidupan di luar zon selesa menguji daya ketahanan kita

Selalu aku dengar yang zon selesa akan mematikan kita. Mematikan yang bagaimana sebenarnya? Waktu pandemik menghentam, masa ini zon selesa kebanyakan orang diuji. Ramai yang mula keluar dari zon selesa dengan mencari jalan untuk meneruskan kehidupan yang sebaiknya. Bayangkan kalau kita hanya selesa dengan zon selesa, semestinya kita tak teruji daya ketahanan atau survival. Sebabnya semuanya tak susah untuk kita. Bila ada pandemik, keadaan mendesak untuk kita bekerja atau melakukan perkara yang di luar jangkaan fikiran kita demi untuk meneruskan kehidupan. 

Setakat ini, aku rasa ini adalah empat isi utama yang aku dapat dari tahun 2020.

resolusi 2020


Bila aku tuliskan dari bulan Januari hingga Disember, sebenarnya terlalu banyak yang berlaku dan terlalu pada tahun 2020. Masuk sahaja Disember, aku dah mula merancang untuk tahun 2021 sebab aku tahu, keadaan sekarang seperti tidak boleh diduga. Tempoh hari, kita dah boleh mula melakukan aktiviti seharian dengan kawalan selama hampir 4 bulan dan tiba-tiba perintah kawalan pergerakkan diperketatkan kerana jumlah kes sangat tidak memberangsangkan. Dan keadaan sebegini memang tidak terduga. Sekurang-kurangnya untuk tahun 2021, mungkin.

Harapan aku untuk tahun 2021

1. Dapat graduate Master Study on time. InsyaAllah.

2. Dapat menggembirakan hati insan-insan tersayang disekeliling.

3. Dapat kembangkan bisnes dengan lebih maju.

4. Kental dan tidak mudah berputusasa.

Ini antara harapan besar yang aku ada. Secara terperinci aku memang ada tulis dalam buku jurnal sebagai satu memori dan ingatan tentang permulaan 2021.

So, bagaimana tahun 2020 korang?


No comments

Let's hear it from you.