Carian

Cara buat video grafik dengan Microsoft Power Point

 Assalamualaikum dan hai!   

InsyaAllah untuk entri kali ini nak sambung cerita pasal Microsoft Power Point. Bagi yang pertama kali datang menyinggah di sini, jemput baca dulu entri pertama berkaitan Power Point. Dalam entri tu, ada mengupas cara-cara untuk buat grafik atau info grafik (yang statik, bukan video) dengan menggunakan Power Point.

So, berbalik pada tujuan utama entri kali ini, aku nak kongsikan sedikit tentang cara buat video grafik menggunakan Power Point. Bagi mereka yang biasa dengan Power Point mesti tahu kan sebenarnya baaaanyak sangat yang kita boleh buat dengan Power Point.

Zaman sekarang ni, orang nak tengok video. Daya fokus manusia pula tak lama. Dalam 30 saat ke satu minit sahaja. Nak orang tengok content, kena tarik pehatian dalam 5 ke 10 saat pertama dia menonton. Hatta video 10 saat pun boleh viral kalau orang suka tengok. 

Seiringan dengan zaman, selain aku belajar sendiri cara buat infografik dengan Power Point, aku belajar juga cara buat video grafik untuk marketing.

cara buat video dengan power point

Bagi yang tak tahu, selain daripada menjadi seorang seorang blogger, aku juga ada bisnes kecilan. Dengan kemajuan teknologi dan dunia digital marketing, aku tak boleh ikut cara mempromosikan barang dengan cara 5 tahun yang lepas. Cara itu sangat tak relevan. Macam yang aku cakap, sekarang zaman video, digital. Kena tangkap perhatian pada 5 saat yang pertama.

Atas alasan itulah, aku slowly belajar sendiri cara untuk menggunakan Power Point seoptimumnya. Maklumlah aku tak ada asas Photoshop atau Illustrator atau apa-apa software yang canggih. Lagi pula, Power Point ni percuma sahaja. Rata-rata siapa yang ada komputer mesti akan ada punya, kan?

Siapa yang tak ingat asas-asas untuk setup saiz dalam Power Point, boleh baca dulu dekat post yang lama ya. Dalam entri ni, aku skip terus ke bahagian animation dan save as video. So, silalah baca dulu asas-asasnya ya.

Macam mana nak buat video?

1. Gunakan animation pane sebaiknya.

Kalau tengok dekat ribbon atas tu, ada tulis perkataan 'animation'. Klik dekat situ dan kita akan nampak pelbagai pilihan untuk buat tulisan, objek dan gambar bergerak. Ini yang dinamakan sebagai 'animation pane'. Kalau tak ada klik mana-mana tulisan atau objek, akan nampak semua kelabu dan tak boleh klik satu apa pun. 

video grafik dengan power point

Nak mula, start dengan pilih apa benda yang korang nak gerakkan. Ini aku guna salah satu daripada infografik yang aku jadikan sebagai video. 

Kalau perasaan, untuk bahagian animation ni, ada tiga jenis animation: entrance, emphasis dan exit.

Kena faham kenapa dia terbahagi kepada tiga. 

animation in power point

Entrance ini maksudnya macam mana objek yang kita nak masuk. Kalau kita tak nak dia ada pada awal-awal grafik, kena pilih entrance. Kalau kita tak pilih, bila kita start, objek tu akan ada setepek dalam grafik. 

Emphasis pula maksudnya untuk 'highlight' atau memperjelaskan objek tu bagi orang lebih tertarik. So, kalau kita pilih emphasis sahaja, objek tu boleh sedia ada dalam grafik. Kalau kita pilih entrance dan emphasis, dia akan nampak smooth je.

Exit adalah bagaimana objek tu akan keluar dari grafik. So, sekaligus, entrance, emphasis dan exit ni kalau susun elok memang akan nampak cantik dan smooth sahaja.

2. Buat story board. Atau lakaran kasar.

Benda ni penting supaya kita tak ketandusan idea atau pun stuck tengah jalan. Sambil duk buat animation ni, kalau kita tak buat story board, tengah-tengah buat tu boleh jadi blur tau. Hehe. So, adakan lakaran kasar ok.

3. Susun entrance, emphasis dan exit.

Bila dah set movement yang korang nak pada objek dalam grafik, korang akan perasan akan ada keluar number. Biasanya number ni adalah turutan objek tu bergerak. Kalau nombor 1, maka dialah yang pertama akan gerak mengikut arahan yang kita dah bagi, kalau dombor dua maknanya dialah kedua dan seterusnya.

graphic power point
Ini rupa animation.

powerpoint
Klik kat perkataan 'Animation Pane' untuk keluarkan bahagian tepi. Bila ada bahagian tepi ni, lagi senang nak buat kerja sebab kita nampak susun atur objek yang mana gerak, berapa lama dan apa pencetus dia.


powerpoint
Satu objek boleh ada tiga-tiga jenis animation: Entrance, Emphasis dan Exit. Hanya klik pada objek yang sama dan tekan 'add animation' untuk tambah pergerakan baru untuk objek tu.


4. Record timer.

Sebenarnya sampai step yang ketiga tu, kalau puas hati dah boleh save as .mp4 dah tapi macam aku, aku suka kalau aku sendiri yang set timer bila video tu habis. Untuk pergerakan objek kita boleh set dalam animation pane tadi. Tapi untuk berapa lama video, kita kena set dengan guna recorder.

powerpoint
Dekat tab Slide Show, korang akan nampak pekataan Record Slideshow. Kalau korang tak ada nak bercakap boleh untick 'narration'. Recordlah slideshow korang selama mana korang nak record. 


5. Cara jadikan video

So, sudah sampai ke penghujungnya. Kat sini jangan lupa, jangan save as slideshow. Kalau save as .pptx , memang korang takkan dapat dalam bentuk video. Kena Save As .mp4

powerpoint


So, dah siap save, tunggu dia convert dalam 5 ke 10 minit bergantung kepada berapa lama durasi video tu, dan boleh play untuk korang tengok hasilnya. 

Ini aku kongsikan beberapa hasil video grafik yang aku buat dengan hanya menggunakan power point sahaja. Semua ni adalah bahan-bahan untuk instagram @bareskin.mira






Boleh play tak video nya?

Kalau tak boleh, korang pergi sahaja kat instagram @bareskin.mira terus. Semua infografik di sana memang aku buat sendiri. Hehe. 

Harapnya dengan entri kali ini dapatlah sesiapa nak buat video grafik tapi, tak ada skill nak guna software yang canggih-canggih, buat satu video grafik. Dari masa ke masa kalau rajin buat, rajin cari idea, insyaAllah skill Power Point korang akan makin lama makin bertambah juga tau. Haaa, mana tahu boleh masukkan dalam resume. Hehe. 

Terima kasih sudi membaca dan selamat mencuba!





1 ulasan

Komen