Carian

#SLMScLife EP4: Kesan PKP terhadap proses pembelajaran Sarjana

Assalamualaikum dan hai.

Sedar tak sedar rupanya dah hampir setahun aku bergelar pelajar Sarjana. Dan sebenarnya sejak pandemik Covid-19 mula menular dan menyebabkan negara melaksanakan PKP selama hampir 3 bulan, banyak kesan-kesan terhadap aku sebagai pelajar Sarjana.

Pertama sekali, aku jelaskan, skop kajian aku adalah berasaskan programming dengan menggunakan Matlab. Bagi pelajar kejuruteraan dan bidang-bidang yang hampir sama rasanya tak pelik dengar nama Matlab. Memang secara asasnya aku boleh buat kajian dari rumah tanpa sebarang masalah. Malah, semasa aku di semester satu dulu (September 2019 - Februari 2020) memang aku sepenuhnya buat kajian dari rumah.

Namun, masuk tahun 2020, aku minta dengan penyelia untuk dapatkan aku satu bilik atau kubikel di makmal di universiti supaya aku dapat buat kerja. Dan aku sempat buat kerja di makmal selama 2 bulan setengah sebelum perlaksanaan PKP 18 Mac 2020. 



Sebenarnya apa masalah yang aku hadapi bila PKP berlangsung?


1. Fokus aku lebih kepada hal rumah. 
Sebagai seorang isteri dan anak, semestinya bila di rumah fokus aku lebih banyak kepada hal-hal rumah. Apa hal rumah tu? Masak, kemas rumah, lipat baju, jaga anak, main dengan anak. Sempatlah curi-curi masa untuk siapkan sebuah article. Alhamdulillah masa bulan 4 dapat siapkan sebuah article. Dan itupun belum disemak oleh penyelia. Suami sebenarnya banyak membantu, terutamanya bab melayan anak dan tolong masak. Baaanyak sangat dah tolong, dan memang seharian ada masa duduk depan laptop 2-3 jam untuk baca artikel dan siapkan penulisan. 

2. Sumber terhad.
Bila aku guna makmal di universiti, banyak kertas kajian atau artikel yang dapat diakses secara percuma sebab aku guna internet berwayar di sana. So, semuanya memang ketik-ketik dah boleh muat turun. Bila di rumah aku kena guna laman sesawang gelap dan kadang-kadang laman sesawang ni tak boleh menembusi 'pendiding' untuk dapatkan artikel yang dikehendaki. Jadi aku macam terlekat. Stuck. Idea ada, tapi tak boleh nak diteruskan memandangkan dunia kajian memerlukan justifikasi dan rujukan kajian sedia ada.

3. Kekuatan laptop untuk 'run' program yang aku buat.
Memandangkan kajian aku memerlukan aku run program dalam Matlab, kekuatan spesifikasi untuk run program memainkan peranan yang besar. Bila pakai laptop, laptop aku jenis biasa-biasa, bukan kuat sangat. Bila aku run Matlab, cukup 3 kali, mesti crash! Geram. Di makmal, aku ada desktop dan CPU yang penyelia sediakan. Memang cekap dan senang nak 'run' program. Berkali-kali run pun takkan crash. Bila dengan laptop, lepas dah crash, dia akan buka dalam bentuk safe mode, dan agak lambat berbanding biasa. Huhu.

4. Pengurusan masa ke laut
Ini masalah dalaman sendiri. Sebab aku ada bisnes tepian. Dan memang aku dah setkan, bila ke makmal fokus aku 100% untuk kerja-kerja kajian: tulis artikel, tulis thesis, run program Matlab, cari kertas kajian, tulis programming kajian dan selainnya yang berkaitan kajian sahaja. Bila di rumah, dengan nak melayan anak, dengan nak buat content untuk bisnes, kadang-kadang cukup dua minggu aku jadi burnout! Dengan PKP lagi cepat aku burn out!

5. Tiada masa berjumpa dengan penyelia
Nak mengharapkan pada Whatsapp memang susah. Penyelia aku juga seorang isteri dan seorang ibu. Dia pula ada anak kecil. Ada je masa-masanya aku ganggu dia. Cuma bila bercakap tentang programming tanpa tunjuk coding dan bercerita sua muka, tak puas hanya menaip di Whatsapp. Nak kena duduk bersua muka, bincang, lakarkan secara jelas apa gerak kerja nak dibuat.

Sebenarnya, kerja kajian untuk sarjana aku mula tertangguh bila masuk bulam puasa. Sebab nak prepare makan berbuka puasa (rumah ada 8 orang semuanya, sibuk dengan susun barang untuk sedekahkan pada orang (tolong ayah), setiap waktu solat kami berkumpul lebih kurang sejam untuk sesi tazkirah beramai-ramai, dan satu lagi aku ada kerja part time sebagai pensyarah sambilan.

Selepas je Raya Puasa dah reda (masa tu dah seminggu raya), aku terus start balik gear aku untuk kerja kajian. Mula buka balik artikel, mesej penyelia minta pendapat, susun rangka kerja, cari artikel kajian. 

Bagi aku, sebenarnya timeline untuk kerja kajian aku agak lari ke belakang. Alhamdulillah sekarang semua dah okay. Cuma aku mula-mula dulu adalah rasa down. Rasa nak give up je. Haha. Padahal baru Master je. (Orang kata PhD lagi mencabar)

So, itu sahaja coretan aku berkaitan kisah perjalanan sarjana aku yang masih belum tamat. Tak ada alasan aku untuk berhenti di tengah jalan. Sebab aku dah mula rasa seronok dan sebenarnya aku ada tanggungjawab untuk selesaikan juga kajian ni. 

Doakan aku terus tabah dan boleh siapkan kajian dengan jayanya. InsyaAllah.

16 ulasan

  1. Insya Allah, dipermudahkan semuanya. Good luck ye.

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan segala urusan 🤗

    BalasPadam
  3. Alhadmulillah.. Semuanya dipermudahkan.. Memng sush ye buat kerja dekat rumah

    BalasPadam
  4. actually pkp ni, buat semua benda tak lancar..
    apa pun good luck yaaaa

    BalasPadam
  5. memahami sangat bab kerja terganggu tu sebab bila kerja di rumah fokus mudah lari lepastu access untuk document dekat office pun susah nak tembus. Kalau dapat pun slow. All the best for your research :)

    BalasPadam
  6. Memahami sgt perasaan bila tak dapat hadir class. Lagi2 perempuan ada komitmen kt rumah susah nk manage masa. Semoga awk kuat ye. InsyaAllah dipermudahkn

    BalasPadam
  7. Semua orang terjejas semasa PKP. Sebab nak get on track tu susah skit. Lepas tu, banyak betul tanggungjawab menyusul. Hehehe. Tapi, apa yang kita fokus tu insyaAllah ada pahala. Contoh, fokus hal rumah. Bukan selalu boleh konsisten layan keluarga. Hahaha.

    BalasPadam
  8. i completed my master right before pandemic. alhamdulillah. faham sangat apa yang awak hadapi sekarang. moga dipermudahkan untuk complete master. chaiyok2

    BalasPadam
  9. All the best sis... memang ramai terpaksa ubah sikit cara hidup utk adaptasi new Norm

    BalasPadam
  10. Jangann anggap membebankan PKP ni, teruskan cita-cita dan usaha agar tercapai dan habiskan pengajian tu..anak Sis yang tengah Master pun Sis pesan macamtu..mula dulu mengeluh je PKP ni, lama-lama dia faham, yang penting kita kena fokus dengan hala tujuan kita...

    BalasPadam
  11. Memnag semua terhad ye.. Tak cukup bahan. Tapi nak takanak kene buat juga.. Semua ni mengajar kita untuk lebih berdiiplin dna sabar

    BalasPadam
  12. Bila belajar dalam masa sama ada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, memang kena betul betul bahagi masa sebaiknya. Sedangkan kerja rumah pun betul betul bizi apatah lagi belajar kan. Semoga terus berjaya.

    BalasPadam
  13. betul tu, bukan pembelajaran je terkesan,macam2 juga yang terkesan. semoga selepas ni semuanya kembali ke sedia kala. :)

    BalasPadam
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan ya.

    BalasPadam
  15. Faham dengan situasi. Mungkin setengah orang boleh work from home atau study from home. Setengah orang xboleh maybe sebab banyak gangguan dan hilang fokus. Semoga dipermudahkan nya

    BalasPadam

Komen