Carian

Beli Belah Di Getha Online Shop

Assalamualaikum dan hai!

Lama juga rasanya tak singgah blog ni. Sejak awal tahun 2020, bermacam-macam hal yang berlaku sampaikan memang kekangan masa untuk menulis blog. Draft memang banyak tapi masih tak sempat lagi nak siapkan semuanya. Ini pun sempat curi masa alang-alang rakyat Malaysia diarahkan untuk mengawal gerakan bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19.

InsyaAllah cerita Covid-19 nanti kita kupas dalam entri lain. Untuk kali ini, aku nak kongsikan pengalaman membeli bantal secara online di kedai ternama Getha. Ye, boleh beli online sahaja sekarang. Nak-nak zaman sekarang hampir semua benda boleh dibeli secara online.

getha online shop



Pengalaman menggunakan website Getha.

Website Getha ni sangat-sangat mudah untuk kita guna. Hampir semua maklumat dah siap ada. Untuk bantal, ketebalan, saiz dan material memang dah ditulis siap-siap. Tilam pun sama. Website Getha ni juga ada ruang blog yang mana menceritakan lebih lanjut tentang produk-produk dari Getha. Kira korang boleh baca maklumat dan jika berminat boleh terus beli. Tak perlu ke kedai pun boleh! Nampak kan senang? Dan paling best sebenarnya PENGHANTARAN PERCUMA ke seluruh Malaysia.

Bagi aku, yang memang suka membeli secara online, memang seronok beli bantal secara online. Ini kira pertama kali juga. Siap pegang tali tape sebab nak ukur saiz bantal. Hehe.

Lepas dah buat pembayaran, korang tinggal tunggu sahaja. Kalau ikut notis dari website, dianggarkan barang akan sampai dalam 2 minggu selepas tarikh order. Tapi aku punya dalam masa seminggu dah sampai. Terkejut bila abang pos call nak drop barang.


Apa yang aku beli di website Getha?
Aku beli bantal anak-anak dan juga lapik tilam yang kalis air. Maklumlah ada anak-anak yang sedang membesar ni, nak melatih supaya tak 'tercicir' waktu tidur perlukan kesabaran yang sangat tinggi dan alat-alat bantuan. Dua-dua anak dah melepasi tahun pakai pampers. Memang kena latih dan perlukan lapik tilam yang kalis air. Dan, masa pergi melawat Getha Sleep Therapy tahun lepas, terjumpa lapik tilam yang kalis air yang sangat bagus dan tak panas. Biasa jenis plastik lepas tu anak berpeluh sebab panas.

Nah, ini gambar barang-barang yang aku beli. Satu bantal untuk si abang, satu bantal untuk si adik.

Kotak hijau tu aku beli sarung bantal untuk setiap satu bantal

Untuk makluman korang, bantal dari Getha semuanya diperbuat daripada latex. Sama seperti tilam meraka juga. Ada pelbagai jenis bantal mengikut keselesaan masing-masing. Ada yang gebu, ada yang agak keras seperti bantal kekabu. Kali ini aku beli untuk anak-anak sebab mereka tak ada bantal yang sesuai. Semua pakai bantal lebihan yang ada (semuanya bantal saz dewasa). Sebenarnya untuk anak-anak seeloknya pakai bantal saiz bersesuaian sebab bantal saiz dewasa agak besar dan dikhuatiri anak lemas ketika tidur (bila terhimpap dek bantal).

Jom, aku tunjukkan gambar satu persatu bantal yang aku beli. Untuk bantal ni, rekabentuk bantal ni ada lubang-lubang sepanjang bantal untuk memberi ruang udara semasa tidur. Memang bagus sebenarnya supaya tak rasa keras sangat. Pengudaraan dibahagian kepala juga penting semasa tidur. Cuma aku terkejut bantal Smart Kids rupanya tebal dari yang aku jangkakan. Untuk Baby Pillow, memang sedang elok dengan saiz yang aku agak. Tapi tak apa, produk keluaran Getha tahan lama sebab bahan semulajadi.

Dia hantar dalam packaging serupa seperti kita beli kat kedai

Bantal ni sesuai untuk anak umur 6 tahun dan ke atas. Kalau tengok saiz, sampai remaja pun lepas. 

Ini kira aksesori untuk kelangkapan katil anak-anak
Bantal ni tak tebal sangat tapi tak nipis sebab dia latex!

Kelebihan produk Getha yang diperbuat dari latex.
Salah satu perkara yang sangat menarik perhatian aku tentang produk Getha ini sebenarnya, latex merupakan bahan semula jadi menghalang pepijat (anti-pepijat). Selain daripada menjadi spring semulajadi, dia juga tahan lama dan tahan lasak. Haaa, best kan bila ada bantal dan tilam yang anti-pepijat. Tak perlu susah-susah cari sembur anti-pepijat atau pun jemur bantal tilam untuk halau pepijat. Yes, produk Getha tak perlu jemur ya. Untuk penjagaan harian cukup tepuk-tepuk dan gunakan Nano Silver Spray dari Getha. Nak penjagaan yang lebih intensive boleh hubungi Getha atau pakar penjagaan tilam. Bab jaga tilam tak boleh salah cara, boleh rosak tilam.

Korang tahu tak, bantal yang ada kapas gebu gebas tu korang kena cuci paling kurang 6 bulan sekali untuk buang bakteria dari kepala dan sekeliling? Kalau bantal dari Getha, tak perlu sebab latex adalah bahan semula jadi anti-bakteria. Dan Getha memang keluarkan Nano Silver Spray khas sebagai anti-bakteria. Semestinya produk dari latex terbukti tahan lama dan tahan lasak kerana struktur kenyal yang semulajadi tanpa sebarang spring besi.
So, lepas ni aku nak kumpul duit nak beli tilam pula. Hehe. Tilam dia memang best. Tak ada spring tapi empuk! Boleh baca pengalaman aku melawat showroom Getha Sleep Therapy di link bawah.

Alang-alang dah baca cerita pasal bantal dan tilam yang selesa, apa kata korang terus pergi ke webstie Getha dan dapatkan sendiri produk-produk bilik tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

https://shop.getha.com.my/


Terima kasih sudi singgah dan baca!


Tiada ulasan

Komen