Carian

First Impression: Smoothing Exfoliator Forever Living

Assalamualaikum dan hai!

Sejak aku semakin rajin berblog, aku nak ubah sikit gaya menulis dan susun atur entri-entri aku yang akan datang. Maklumlah dah masuk tahun 2020, kena ada perubahan yang lebih baik dan lebih tersusun kan.

Kali ini aku nak berkongsi tentang satu produk keluaran Forever Living. Bagi yang dah lama follow blog ni memang tahu aku rajin berkongsi pasal produk Forever Living. Kali ini aku nak cerita pasal Smoothing Exfoliator Forever Living.

Sebenarnya, aku pernah ada review pasal scrub lain keluaran Forever Living juga. Tapi yang itu namanya Aloe Scrub yang boleh digunakan untuk muka dan badan. Boleh baca lebih lanjut pandangan aku pasal Aloe Scrub dekat link ni ya.

forever living smoothing exfoliator


Bergerak pada entri kali ini, aku nak cerita pasal Smoothing Exfoliator keluaran rangkaian produk Sonya dari Forever Living. Kalau korang nak tahu dalam rangkaian produk Forever Living, ada beberapa jenis rangkaian produk kecantikan yang berbeza mengikut keperluan kulit. Ada Sonya, Infinite dan Targeted (tak silap akulah) Dan untuk entri kali ni khusus aku bercerita pasal Smoothing Exfoliator bawah rangkaian Sonya. Aku baru try yang ini sebab tu aku cerita yang ini je.

Meh, aku ceritakan sikit pasal tekstur dan rupa Exfoliator Sonya FLP ni.

1. Tekstur tak terlalu kasar dan tak terlalu halus. Kalau korang dah baca review Aloe Scrub, tekstur untuk Exfoliator Sonya ni kasar sikit daripada Aloe Scrub.

2. Pekat dan tak berair. Dia memang pekat. Guna sikit pun dah cukup sebenarnya.

3. Ada bauan lemon atau citrus. Bau tak kuat pun, tapi masa kita guna kat muka tu boleh bau.

forever living smoothing exfoliator
Banyak ini sebenarnya dah lebih daripada cukup untuk seluruh muka tau.


Apa first impression aku?

Mula-mula macam rasa 'alamak, macam kasar je ni'. Tapi bila dah guna, taklah kasar mana. Dan aku sarankan campur sikit dengan pencuci muka. Macam aku dah tulis tadi, tekstur dia pekat. Guna secoet pun insyaAllah cukup. Kadang aku ni serba degil, guna banyak (sila jangan tiru). Secoet tu banyak mana sebenarnya? Macam picit tiub dalam masa tak sampai 2 saat. Haha. Nah, aku tunjukkan secoet tu banyak mana.

Lepas dah pakai, aku tak lah terus rasa kulit muka aku 'smooth' ataupun licin. Agak kecewa juga sebenarnya. Sebab nama dia 'smoothing exfoliator' dan aku jangkakan pada pakain pertama terus dapat rasa 'smooth' kulit muka.

Tapi...

Sebenarnya lepas 2 minggu (dalam 4 kali pakai) baru aku perasan, setiap kali guna Smoothing Exfoliator, memang kulit macam licin je. Puas hati sebenarnya. Cuma kesan pemakaian tu tak sepantas yang diharapkan. Kecewa pada pandang pertama, tapi tidak pada pandang kedua. Cewwah.

forever living smoothing exfoliator
Tekstur Smoothing Exfoliator


Adakah aku sarankan untuk beli Smoothing Exfoliator?

Kalau korang kulit kering dan bermasalah, aku sarankan untuk cuba. Sebabnya:

1. Dalam exfoliator ni ada glycerin untuk perangkap kelembapan dalam kulit. Kira lepas dah scrub muka, tak perlu risau kulit makin kering ke apa. Dengan scrub ni, dia akan buang lapisan kulit mati dan selamatkan kulit yang ada dengan simpan kelembapan yang ada.

2. Berbaloi untuk jangka masa yang panjang. Ini serius sebab memang tak perlu picit banyak. Picit sikit insyaAllah dah cukup. Masa aku mula-mula pakai, terpicit banyak, sudahnya jenuh menbersihkan muka dari biji-biji dia.

3. Biji-biji dari minyak jojoba dan serbuk bamboo. Biji dia bukan bahan sintetik dan ini sebenarnya bagus untuk kita dan juga untuk alam. Taklah masuk dalam saluran perpaipan dan lama-lama jadi tersumbat. Ini dia akan lupus dengan sendirinya. InsyaAllah.

3. Untuk mencerahkan dan melembapkan kulit. Salah satu bahan terawal adalah sodium lactate yang menggalakan hidrasi kulit dan pada masa yang sama mencerahkan kulit. Dan ini aku setuju sebab lepas hampir 4 minggu pakai, aku rasa kulit aku semakin baik. Blackhead atau whitehead pun tak macam dulu. Ada tapi masih dalam proses untuk disingkirkan.

forever living smoothing exfoliator
Bahan-bahan dalam Smoothing Exfoliator (Credit: Google)

forever living smoothing exfoliator
Antara kebaikan penggunaan Smoothing Exfoliator (Credit: Google)

AMARAN!
Elakkan memakai semasa ada jerawat yang sangat aktif. Seeloknya tunggu jerawat surut, nak-nak yang species macam gunung. Memang better pakai selepas semua jerawat surut. Kita nak buat lapisan atas kulit. Jangan guna bersama chemical exfoliant dikhuatiri kulit akan 'over-exfoliate' yang akan mendedahkan kulit kepada menjadi sensitif dan lebih susah untuk dirawat.

So, sekian itu sahaja perkongsian aku untuk pandang pertama yang tak seberapa pertama tentang Smoothing Exfoliator keluaran Forever Living.

Siapa nak cuba Smoothing Exfoliator ni boleh terus cari agent Forever Living terdekat atau terus contact aku pun boleh je.

Tiada ulasan

Komen