Carian

Orgga Malaysia : Produk Kecantikan Tempatan

Assalamualaikum dan hai!

Apa pandangan korang bila dengar pasal produk kecantikan buatan Malaysia atau lebih tepat kita panggil tempatan? Senang kata orang panggil local product. Adakaha negatif atau positif yang ada dalam fikiran korang?

Dulu, kalau dengar nama 'local product' memang aku agak skeptik. Mana tidaknya, saban tahun mesti ada keluar secara online senarai 'local product' yang ada bahan yang terlarang. Tambah pula ada sesetengah dikenali dengan nama 'produk timbang kilo'. Huish seram!

Sebenarnya, kalau nak tahu, ada je produk kecantikan tempatan yang tidak merbahaya dan mengikut standard procedure pembuatan. Ada je beberapa produk tempatan yang bagus. In fact, aku ada senarai produk tempatan yang aku nak cuba dan yang dah pernah cuba. Ada masa, mungkin aku boleh buat entri lain.



Daaaaaan, kali ini aku nak kongsikan pasal satu produk yang memang buatkan aku jatuh cinta pada pandang pertama: Orgga Malaysia.

Produk Orgga Malaysia ini dicipta oleh Puan Zazarina pada tahun 2018. Sebenarnya baru lagi Orgga ni di pasaran. Fokus Orgga adalah untuk menawarkan produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi dan organik. Semestinya Orgga ni bebas daripada paraben, sulphate, mercury, hydroquinone, bahan sintetik dan pewangi sintetik.

Tahu tak, bahan-bahan yang terkandung dalam produk Orgga rata-rata dari AS, Timur Tengah, UK, Eropah, China dan Malaysia?

Terima kasih pada team Butterfly Project kerana memilih aku untuk jadi team Blogger bagi produk Orgga Malaysia. 

Apa yang aku dapat dalam parcel dari Orgga Malaysia?

1. French Rose Daily Cleansing Powder
2. Rose Otto Nourishing Face Mist
3. Libra Luxe Beauty Oil
4. Jade Face Roller

Set ini sesuai untuk orang berkulit kombinasi. Aku dapat set ni bukan selamber je pilih, tapi kita pilih dengan sebaiknya ikut keperluan kulit dan korang boleh dapatkan bantuan daripada agent, stokis atau pun team Orgga.

Nama produk sahaja dah 'WOW' kan?

Bukan sekadar nama je wow, produk pun boleh tahu wow tau.

Untuk aku, memang aku ambil produk khas untuk kulit kering dan kulit matang. Yes, aku memang tahu masalah kulit aku dan aku memang dah ada specific goal untuk penjagaan kulit. Masa nak pilih rangkaian produk, memang aku baca setiap fungsi produk Orgga Malaysia sebelum aku pilih set yang sesuai. So, keempat-empat produk yang aku dapat memang sesuai untuk membantu masalah kulit kering dan sesuai untuk kulit yang matang (umur 25 tahun dan ke atas).

French Rose Cleansing Powder



Mesti korang tertanya, kenapa pencuci muka dia dalam bentuk powder (serbuk)? Dia bukanlah macam serbuk sabun tau. Nama serbuk sebab pencuci muka Orgga menggunakan bahan semula jadi seperti bunga, essesntial oil. Semua ini dah diproses sehingga halus dan sesuai untuk dijadikan pencuci muka. 

Dan, cleansing powder ni sebenarnya 3 dalam satu : Pencuci, Skrub dan Masker.

Yes, boleh buat tiga benda dengan cleansing powder ni.

Secara peribadinya, aku suka jadikan sebagai scrub dan masker. So, untuk pencuci muka memang aku pakai pencuci muka yang lain.

Apa yang best dengan cleansing powder ni ialah haruman semulajadi bunga ros! Memang dalam cleansing powder ada pati bunga ros. Wangi dia bukan wangi alkohol ataupun buatan. Memang rasa macam bau pokok bunga tau. Seronok je sambil cuci muka, ada bau wangi semulajadi.

Bila buat pencuci, tak perlu gosok kasar. Hanya buat urutan memusing selama 40-60 saat dan dah boleh bilas. Kalau buat scrub, pastikan gosok dengan rata dalam 60 saat. Nak buat masker senang sangat, biar dalam 2-5 minit dan dah boleh bilas dengan air suam.

Rose Otto Nourishing Face Mist



Botolnya memang kurus, tak macam botol spray yang biasa aku jumpa. Daaaaaaaaaaaaaan, aku suka sangat semburan dari spray ni. Sangat sangat sangat lembut dan tak terpercik kat muka. Ada sesetengah spray macam terpercik banyak dan tak pergi rata pada muka. Rose Otto Spray dari Orgga ni lain daripada yang lain. Serius suka sangat guna.

Spray ni tak sewangi cleansing powder. Dia juga tak melekit. Lepas spray boleh tepuk tepuk manja muka untuk serapkan masuk air tadi ke dalam kulit.

Untuk spray ni juga boleh digunakan sepanjang hari untuk bagi kesegaran dan kelembapan pada kulit terutamanya pada waktu tengahari.

Libra Luxe Beauty Oil

Aku serius tak jangka warna face oil dia kuning. Yelah, biasa jumpa macam jernih. Jangan salah anggap dengan face oil Orgga Malaysia. Walaupun namanya oil (minyak), dia sangat sangat ringan dan mudah serap ke dalam kulit. Lepas dah cuci, kita spray dan sekarang kita nak urut.

Cukup dalam 2-3 titik untuk disapu ratakan pada muka. Kalau korang rajin, boleh cari di Google untuk cara buat urutan muka. Urutan muka sangat bagus untuk pengedaran darah di kawasan wajah.  Lepas dah titik, gosok sikit dekat tapak dan dah boleh  mula ratakan pada muka.  Dalam 5 minit korang akan perasan kulit macam tak berminyak langsung. Memang senang serap ke dalam kulit.

Kalau macam aku, aku suka pakai sebelum tidur. urut sampai rasa puas dan rasa muka dah lift up, kita masuk tidur. (Jangan lupa baca doa tidur ya!)

Jade Face Roller

Ini antara salah satu benda yang menarik. Untuk orang yang tak pernah ada roller, memang aku agak  blur macam mana nak pakai roller dan apa sebenarnya kebaikan face roller. Gigihla scroll instagram Orgga ni untuk fahamkan cara untuk guna roller. Dahlah ada dua, satu besar satu kecil. Memang terang terang blur nak guna.

Best juga bila pakai roller ni. Nak-nak kalau roller tengah sejuk. Segar sangat rasa!

Tahu tak roller ni sangat bagus untuk membantu kita urut muka? Urut muka dapat melancarkan pengedaran darah ke seluruh muka dan insyaAllah dapat serba serbi membantu mengurangkan masalah kulit. Dan semestinya urut sangat bagus untuk menenangkan jiwa! Apatah lagi bila gunakan Luxe Beauty Oil Orgga yang baunya harum dan menenangkan.

Dari tarikh dapat parcel sampai ke hari ni, aku baru pakai produk Orgga selama 3 minguu. Untuk pemerhatian aku, aku serasi dengan pencuci dan face mist Orgga. Luxe Beauty Oil seminggu yang pertama hari tu memang elok je pakai. Masuk hujung minggu yang kedua, jerawat aku mula naik tapi aku sendiri tak pasti sama itu jerawat sebab produk atau sebab hormon sebab memang waktu-waktu tu jerawat hormon naik.

Untuk dapatkan produk Orgga korang boleh terus ke website diaorang atau cari mana mana agen Orgga yang ada. Aku sangat rekomen untuk cari agent supaya dapat berbincang dan meluahkan perasaan. Barulah boleh dapat rangkaian produk yang sesuai dengan kulit. Memang susah sikit bab jaga kulit, kita sendiri kena banyak membaca supaya kita tahu masalah dan keperluan kulit sendiri.




Selamat mencuba!

Tiada ulasan

Komen