Carian

Karihome: Susu Kambing dari Ladang New Zealand

Assalamualaikum dan hai!

Hari ni nak share pasal susu kambing dari Karihome.

Haaa, kalau korang nak tahu, Mukhlis ni jarang sakit. Tapi sekali dia sakit, risau teruk kitorang dibuatnya. Sebab dia akan terus tak lalu makan, merengek selalu dan paling sedih ialah badan akan mula turun berat. Mula-mula dia demam masa dia 13 bulan (1 tahun 1 bulan), dalam masa 3 hari terus hilang pipi bam bam dia.

Ingatkan masa tu je dia demam akan jadi macam tu. Rupanya setiap kali demam, setiap kali itulah dia akan lembik dan lemah longlai. Dan akan nampak ketara badannya susut. Sedih sebab ada yang kata tak bagi makan. Huhu.

Dahlah Mukhlis jenis tak suka minum susu dan agak memilih. Susah untuk pastikan dia dapat nutrient yang cukup terutamanya waktu dia sakit. Makanan sehari-harian dia pun kadang tak menentu inikan pula waktu dia sakit.

susu kambing karihome review


Masa Karihome offer susu ni, aku memang terus setuju sebab tahu Mukhlis minum susu kambing. Aku kenal jenama Karihome sejak belajar dekat Moscow masa survey susu formula untuk Wildan. Tak tahu pun dekat Malaysia ada brand ni. Nampak nama Karihome ni pun rasanya baru dua tiga tahun yang lepas. Tak pasti dah berapa lama sebenarnya ada di Malaysia.

Mula-mula cuba, dia macam nak tolak. Tapi bila dia dah minum elok je dia minum. Siap ulang-ulang minum. Kebetulan ada satu hari tu, dia sakit perut. Tak nak dinner apa-apa. So, pujuk dia minum sikit susu ni. Esoknya cikgu dia kata dia makan berselera. Ya Allah happy sangat sangat tau.

Apa yang aku suka dengan SUSU KAMBING KARIHOME?

1. Bau tak hamis!
Masa aku kecik-kecik memang pernah beli susu kambing yang segar dalam botol. Sekali ke dua kali. Bau susu kambing sebenarnya tak berapa best. Tapi susu karihome ni baunya sedap. Bukan bau manis, bau susu tak ada bau hamis atau yang meloyakan. Mukhlis pun tak lari bila aku bagi cawan susu. (Ye, dia minum dalam cawan je sekarang)

2. Rasa berlemak dan tidak memuakkan.
Aku cuba juga rasa susu ni sendiri dan memang sedap. Suam-suam sedapnya lalu dekat tekak. Aku biasanya tak suka susu putih yang tak sejuk sebab selalunya rasa muak dan rasa loya sikit. Berbeza dengan susu lembu, susu kambing Karihome ni tak ada rasa muak tu. Mukhlis pun kejap minum, kejap minum. Kekadang terasa nak telan sendiri.

3. Tiada gula tambahan.
Ini paling penting. Kebanyakan susu formula ada gula tambahan (gula ada banyak nama tau!). In fact, ada bau manis. Ada juga yang rasanya memang manis! Sampaikan mak aku tanya kenapa susu formula budak ni manis. Tak faham juga kenapa manis. Macam Mukhlis, aku tahu dia jenis mulut manis (suka makan benda yang manis) dan susu kambing Karihome ni ada juga rasa manis sikit. Manis hujung-hujung gitu.

susu kambing karihome review


Selain daripada 3 benda yang aku suka pasal susu Karihome, ada lagi 3 benda yang bagus pasal susu Karihome ni iaitu : bagus untuk sistem imun badan (perlindungan kesihatan), bagus untuk sistem penghadaman dan tinggi dengan protein.

Ada juga aku baca-baca yang mengatakan susu kambing bagus untuk melawan masalah eczema dan allergi. Memang Mukhlis yang jenis kulit sensitif (bila peluh melampau akan naik ruam). Aku sokong kalau susu kambing mampu atasi masalah kulit sebab Mukhlis dulu, naik je ruam terus mandi dengan sabun susu kambing. Selesai masalah.

Untuk dapatkan susu Karihome, boleh cari dekat mana-mana pasaraya. Aku rasa kebanyakkan pasaraya ada susu ni. Ada dua pilihan untuk 1-3 tahun dan juga 4-6 tahun. Ada juga untuk prang dewasa tau.

Nak tahu lebih banyak tentang susu Karihome, boleh terus pergi laman web rasmi Karihome Malaysia. Mereka juga ada instagram tau!


Instagram: karihome_malaysia



Terima kasih sudi baca.
Nak tanya sikit, apa pendapat korang pasal susu kambing?

#karihomemalaysia #karihome

19 comments

  1. Dulu masa anak first pun duk tengok-tengok KariHome ni tapi last-last tak beli beli jugak huhu. Tapi baca ramai kata ok susu ni.

    ReplyDelete
  2. banyak khasiat susu ni. anak kawan mek ada minum susu ni sebab dia alah pada susu lembu. memang elok sangat.

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar brand ni cuma tak pernah la beli lagi. Susu kambing ni banyak khasiatnya kan?. Kalau tak boleh ambil susu lembu, orang akan ambil samada susu kambing atau susu soya.

    ReplyDelete
  4. susu kambing ni banyak khasiat terutama buat kanak-kanak nak membesar tu. Baru tahu kat New Zealand pun ada kambing, ku sangka ada lembu sahaja..

    ReplyDelete
  5. tengok iklan kt tv dan ingatkan susu Karihome ni untuk kanak-kanak saja..ok nanti boleh cari yg utk orang dewasa kat pasaraya..

    ReplyDelete
  6. Produk from New Zealand memang jadi pilihan sis juga. Tapi tak pernah cuba lagi susu kambing Karihome ni. Nanti nak kena cuba jugalah untuk yang dewasa.

    ReplyDelete
  7. Dulu anak kuning pon bagi susu kambing tapi yang pure punyala. Ada karihome ni ok sangatla. Tak hamis. Yang penting tiada gula tambahan

    ReplyDelete
  8. Susu kambing memang dah terbukti banyak khasiatnya. Susu Karihome pun semakin mendapat tempat. Susu kambing segar Yaya pun tak lalu..kanak-kanak apatah lagi.

    ReplyDelete
  9. unik nama produk ni, kisahnya nama susu ya. Sis dulu ada jugak try bagi anak minum susu kambing, tapi tak boleh..muntah2 dia dibuatnya, sampai ke besar dia tak minum, daging makan pulak...hehehe

    ReplyDelete
  10. Ramai kawan2 Nur yg ada anak bagi anak dorang minum Karihome. Yela kita semua maklum susu kambung ni banyak khasiat dia kan. Nur pun bakal wean off Januari tahun depan. Boleh laa masuk kan Karihome dlm list susu utk anak Nur.

    ReplyDelete
  11. karihome ni memang bagus and mana-mana susu kambing pun memang bagus. yang penting tak hamis tu. tak ada la budak tak selera nak minum. nak try susu ni tapi anak skang tak nak minum susu pulak. dia suka lagu susu yang ada coklat.

    ReplyDelete
  12. Anak i minum karihome since 1 year. Bgs sgt sbb tak sembelit.

    ReplyDelete
  13. First time dgr jenama karihome ni. Ingt ke ada kari dalam susu hehe. Nampak meyakinkan boleehlah cuba nnti untuk bakal anakk saudara.

    ReplyDelete
  14. Karihome ni mmg best! Walau agak pricey tapi memang berbaloi

    ReplyDelete
  15. kalau bab susu kambing ni paling kembang tekak kalau ada bau hamis. Bila susu ni tak ada memang sesuai lah nak consume daily for kids.

    ReplyDelete
  16. Kalau ikutkan memang susu kambing ni baik berbanding susu lembu sbb kurang lemak semua semua tu, a nice choicee utk mula susu kambing

    ReplyDelete
  17. Ruby suka susu kambing, memang best. Susu kambing ni ikhtiar untuk jaundis. Si ibu minum amalkan, buka bayi tau. Selain bantu memutihkan kulit kita, susu kambing ni alternatif susu lembu tau. Selepas susu ibu, susu kambing adalah yang terbaik utk anak-anak continue minum susu. Harap info ini bermanfaat.

    ReplyDelete
  18. susu kambing memnag banyak khasiat,nuna pun suka minum susu kambing.selain untuk tenaga susu kambing boleh cantikkan kulit jugak.

    ReplyDelete
  19. Kalau tak berbau, Rawlins minat la nak try nie sebab sejenis yang tak suka susu kambing segar.

    ReplyDelete

Let's hear it from you.