Looking for something?

Pesta Kopi di Malaysia Coffee Fest 2019

Assalamualaikum dan hai!

Hujung bulan lepas (27 Julai 2019) aku dapat jemputan untuk hadir ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang belangsung di One Utama Shopping Centre. Malaysia Coffee Fest ni berlangsung bermula 25 Julai hinggalah 27 Julai 2019. Memandangkan hujung minggu je senang nak datang, aku datanglah 27 Julai walaupun tahu manusia akan penuh yang amat.

Sejujurnya aku bukanlah hantu kopi ataupun #coffeeaddict sangat pun. Tapi kalau pergi cafe memang aku akan pilih kopi. Waktu belajar kat Rusia, aku suka beli latte. Sejak ada anak ni jarang sikit nak beli sebab budak-budak ni suka sangat nak kongsi air umminya. So, kena kurangkan minumlah.

Berbalik pada cerita Pesta Kopi di OU tadi, Malaysia Coffee Fest 2019 ini diaturkan oleh Conference and Exhibition Management Service (CEMS) cawangan Malaysia bersama Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA) dan Cafe Owners Alliance, Malaysia (COA, My). Dan sepanjang pesta ini berlangsungnya pertandingan antara barista yang disusun oleh Barista Guild Asia (BGA).

Malaysia Coffee Fest 2019



Sepanjang aku melayan kopi-kopi di cafe-cafe hispter, tak pernah tahu rupanya ada persatuan barista tau! Siap buat pertandingan lagi tu. Siap ada coffee fest. Kira first time datang Malaysia Coffee Fest ni.

Sepanjang Pesta Kopi ni berlangsung, ada tiga pertandingan yang menjadi perhatian.

1. Malaysia Open Barista Championship (MOBC)
2. Malaysia Open Latte Art Championship (MOLC)
3. Mini Latte Art Throwdown

Selain daripada ada pertandingan, ada juga tawaran menarik untuk para pengunjung. Antaranya kelayakan cabutan bertuah untuk setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit dan juga 'sure-win dip' untuk setiap pembelian RM200 dan ke atas.

Untuk pertandingan MOBC dan MOLC, pertandingan ini berlangsung pada 25, 26 dan 28 Julai. Sedih juga sebab aku pilih untuk 27 Julai. Kira tak dapat nak tengok pertandingan. Tapi... sebenarnya 27 Julai ni ada pertandingan Mini Latte Art. Sempatlah tengok sekejap sebab tengah-tengah pertandingan berlangsung aku dah kena balik rumah. Teruja sangat nak tengok latte art peserta. Sangat kagum dengan orang yang pandai buat latte art ni.

Dan disebabkan aku pilih untuk datang hari sabtu, terpaksalah aku menghadap kesesakan manusia di tengah-tengah Coffee Fest ni. Haha.

Aku tunjuk sikit view dari atas betapa ramainya manusia hari tu.

Malaysia Coffee Fest 2019
Sesak kan?


Okay sekarang kita nak cerita main highlight untuk Malaysia Coffee Fest 2019 ni. Company Roastedly dengan berbesar hatinya telah mengaturkan temujanji peminat kopi bersama dua World Coffee Champions, Regine Wai dan Jason Loo. Dua-dua ni dah ada banyak pencapaian di peringkat Malaysia dan peringkat antarabangsa. Hari yang aku datang ada Jason Loo sebab Regina Wai datang 25 Julai.

Aku sempat rasa tiga jenis kopi yang dibru oleh Jason Loo. Dua kopi pertama adalah kopi yang sama dengan teknik bru yang berbeza. Kopi ni adalah dari biji kopi yang ditanam di Jawa Barat, Indonesia. Kopi yang ketiga adalah kopi tempatan dari Sabah. Aku suka kopi tempatan. Rasa kopi kaw punya, ada rasa sitrus dan lemak padu.


Malaysia Coffee Fest 2019 Jason Loo
Ini dia tunjuk cara nak bancuh serbuk kopi

Malaysia Coffee Fest 2019 Roastedly
Company Roastedly buat offer menarik sepanjang Coffee Fest

Malaysia Coffee Fest 2019 Roastedly
Kopi 3 RM100 adalah kopi yang Jason Loo hidangkan dan tunjuk cara bancuh


Kedua-dua juara ni datang ke Malaysia Coffee Fest 2019 untuk berjumpa dengan peminat dan memberikan tips dan cara-cara untuk 'brew' biji kopi dengan betul dan mendapatkan rasa kopi yang sebenar. Serius banyak ilmu baru aku dapat. Sebelum ni aku cuma tahu guna French Press dengan coffee filter. Itu pun jarang buat sebab banyak steps. Haha.

Ini antara tips yang aku dapat bila korang nak 'brew' biji kopi sendiri kat rumah.

1. Suhu air 92 - 94 darjah celcius. Jangan tahap air menggelegak, terlalu panas dan akan menghilangkan kemanisan kopi.

2. Tempoh untuk 'brew' biji kopi adalah antara 3-4 minit sahaja. Jangan lama-lama sangat.

3. Tuang air dua kali. Kali pertama untuk serbuk biji kopi membasah, kali kedua untuk serbuk biji kopi mengeluarkan rasa kopi yang sebenar.

4. 10-15 gram serbuk biji kopi adalah untuk 100-150 ml air. Jangan lebih. Nanti hilang rasa kopi.

Best juga bila dapat tips ni. Balik rumah boleh buat untuk kopi sendiri, yang jenis biji kopi atau serbuk kopi yang kasar. Kalau untuk kopi pracampuran tak valid sebab yang jenis pracampuran ni masuk air panas terus kacau.

Lepas tu, masa jalan-jalan, dapat latte dari booth Malaysia Barista. Ya Allah, latte dia sedap gila! Tak tinggal rasa kelat atau pahit. Walaupun tak ada gula, rasa dia sedap! Mana tidaknya kopi yang digunakan adalah dari Itali nuh. Dekat booth Malaysia Barista ni lah aku tengok aksesori membancuh kopi dengan aman sebab tak ramai orang berbanding booth booth yang depan stage. Sesak!

Malaysia Coffee Fest 2019 Malaysia Barista
Paling excited bila dapat latte yang ada art macam ni

Malaysia Coffee Fest 2019 Malaysia Barista
Serius mengancam mesin ni!

Malaysia Coffee Fest 2019 Malaysia Barista
Rupanya bermacam jenis aksesori untuk buat kopi.


Selain daripada banyak jenama-jenama dan cafe kopi, jenama teh juga tak ketinggalan menyertai Malaysia Coffee Fest 2019. Aku perasan di sebelah kanan stage ada banyak jenama-jenama teh dengan baaaanyak pilihan teh-teh dijual. Bab teh, aku memang sukalah sangat. Tahu tak korang yang teh juga mengandungi caffein? Haaa, jangan tak tahu, teh juga ada caffein walaupun tak sepekat kopi. Sama juga dengan coklat/koko. Semua ni ada caffein tapi berbeza peratusan.

Aku sampai dekat kawasan yang ada teh-teh ni dah dekat waktu aku nak balik, tak sempat sangatlah nak merasa teh-teh yang ada. Sempat snap gambar beberapa keping je. Sebab packaging dan display masing-masing mengancam!

Malaysia Coffee Fest 2019 Tea Section

Malaysia Coffee Fest 2019 Tea Section

Malaysia Coffee Fest 2019 Tea Section

Malaysia Coffee Fest 2019 Tea Section


Memang syoklah jalan dalam pesta kopi. Tengok mesin kopi, tengok pertandingan, aroma kopi semerbak satu mall aku rasa. Sebab semuanya menghidangkan kopi secara percuma (dalam cawan kecil) kepada para pengunjung.

Kalau tahun depan ada lagi, aku nak join lagi sekali dan aku nak pastikan aku boleh allocate satu hari berjalan ke setiap booth yang ada. Haha. Sebab hari tu aku pergi sekali dengan anak-anak dan ada emergency kena balik awal. Okaylah dapat pusing-pusing selama dua ke tiga jam dalam Coffee Fest ni.

Malaysia Coffee Fest 2019


Thanks korang semua sudi baca cerita jalan-jalan dalam Coffee Fest.






15 comments

  1. tbh saya memang tak suka kopi. tapi rasa jeles pulak tengok coffee lover gather ramai-ramai macam ni :')

    ReplyDelete
  2. I wanted to go but last minute unable to attend. If not, I could try varieties of coffee here which is my favourite.

    ReplyDelete
  3. Bestnya event macam ni. Saya bukanlah pencinta kopi yang tegar, tapi Kadang2 perlukan juga untuk hilang kan stress dnn juga untuk bersengkang mata siapkan kerja. Haha. Terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat try macam macam jenis coffee kat event macam ni.

    Salute pada mereka yang terror buat seni pada coffee 👍😊

    ReplyDelete
  5. Tentang barista tu, aida tau. Sebab member di sarawak join that grup. Dia keje dgn stabak di kuching. Ilmu coffee ni aida byk tau dari fb dia la.
    Aida is a coffee lover. Got a dolce gusto at home. Coffee and tea sgt la best.

    ReplyDelete
  6. Qeela mmg coffee addict tapi tak sempat pulak nak ke sana masa tu. Nampak meriah dan menarik dengan pelbagai pameran, aktiviti & demo tu kan.

    ReplyDelete
  7. Saya paling suka coffee. Sedap baunya. Apatah lagi kat coffee fair ni. Whole place bau coffee yang best best. Dan ada offer yang berbaloi. Hope next year boleh pergi lagi

    ReplyDelete
  8. Yang pasti penggemar kopi akan menyukai nya. Sayang sekali Naim lama tak minum coffee dari produk yang terkenal. Akan sakit kepala. hehe. Kalau kopi kampung ok lagi

    ReplyDelete
  9. Fuhhh.... Ramai nya orang! Kita pun coffee lovers, rasa coffee memberikan satu rasa yang menenangkan untuk memula kan hari. Chewah... Sayangnya event dah habis. Date dah terlepas. Huhuuu...

    ReplyDelete
  10. Wahh baguslah datang karnival macam ni siap dapat tips lagi bagaimana nak Brew kopi yang baik kita pun datang sini juga tapi kita dapat minum kopi percuma jer wakakakak good info lah nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die hard coffee fan wajib datang sini. Macam2 tentang coffee dorang boleh dapat dekat sini sambil2 restock stock coffee yg ada.

      Delete
  11. Menariknya! Kalau orang yang gila kopi, berbaloi sangat pergi sini. Mesti jumpa jenis jenis kopi baru untuk cuba kan.

    ReplyDelete
  12. syurga bagi pencinta kopi bila ada event sebegini, betul tak? Seronok lihat kawan yang menikmati minuman kopi yang mereka tempah bila lepak kat mamak. haha, sayangnya saya tak berapa minat minum kopi tapi lebih kepada tea..nice sharing

    ReplyDelete
  13. terigin nya nak beli mesin kopi yang cantik2 tu buat letak kat rumah jadi decor pun nampak exclusivenya la hai. tapi minum kopinya tak reti . hihii

    ReplyDelete
  14. kita pun suka minum kopi juga..macam-macam jensi kopi ada ni..syok tengok coffe fiesta ni..pergh machine dia..canggih2..seronok kan bila ada satu mesin kopi dekat rumah..hehe

    ReplyDelete

Let's hear it from you.