Looking for something?

Latihan stimulasi anak bercakap

Assalamualaikum dan hai!

Baca tajuk pun dah tahu hari ni aku nak cerita pasal apa. Bab masalah lambat percakapan ni sebenarnya kerisauan kebanyakan ibu bapa. Sebab bercakap adalah satu elemen paling penting dalam komunikasi. Kalau proses komunikasi tak berjalan dengan baik, susah nak sampai maklumat dan dua dua pihak (yang bercakap dan yang mendengar) akan cepat kecewa.

Bila ada anak, masa anak boleh bercakap adalah saat yang paling bahagia. Walaupun bila anak tu jadi non stop bercakap, kita rasa bersyukur sebab anak kita boleh luahkan apa yang dia nak. Nak makan apa, nak minum apa, nak pergi mana dan banyak lagi.

Masa Wildan dulu, lebih kurang dua bulan sebelum dia masuk 2 tahun, dia dah boleh bercakap. Masa dia dapat adik (2 tahun 5 bulan) dia boleh express dia sayang adik, boleh panggil nama adik walaupun pelat. Bila Mukhlis membesar, aku ingatkan proses akan sama juga. Tapi, masuk 2 tahun satu perkataan pun tak pernah dengar. Masuk 2 tahun 5 bulan, dia jadi cepat marah sebab apa dia nak semua orang tak faham.
latihan untuk anak bercakap


Kembara Alam Ranger 2019: Sukaneka versi baru!

Assalamualaikum dan hai!

Sejak Wildan masuk tadika ni, antara event yang aku tunggu-tunggu ialah hari sukaneka. Sebab nak tengok depan mata sendiri kemahiran bersosial Wildan dan macam hubungan dia dengan cikgu-cikgu dia. Maklumlah, Wildan pertama kali keluar dari zon selesa dia kan.

Kalau ikut takwim tadika, diaorang tak ada sukaneka tapi ada perkhemahan. Haaaa, perkhemahan diaorang melibatkan komitmen mak ayah. Memang dari awal mendaftar, pengusaha dah maklumkan yang penglibatan ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk sama-sama membantu dan mendidik anak-anak. Sebab tu kerja sekolah anak-anak semua hujung minggu sahaja untuk dibuat bersama mak ayah.

Naik cuti sekolah, cikgu mula-mula maklumkan akan buat perkhemahan dekat Sungai Congkak. Masa tu aku macam rasa lega sebab dekat je kot Sungai Congkak ni. Lepas seminggu, tukar rancangan. Tak buat perkhemahan tapi buat acara di Pantai Batu Laut, Banting. Program dibuat dari lagi sampai petang. Ada sukaneka, ada acara untuk ibu ayah dan ada aktiviti 'mengisa ikan'. Mesti pelik bila dengar perkataan mengisa ikan kan? Apa benda lah tu? Haha. Nanti aku cerita.

sukaneka amazing seed kembara alam ranger 2019

Pesta Kopi di Malaysia Coffee Fest 2019

Assalamualaikum dan hai!

Hujung bulan lepas (27 Julai 2019) aku dapat jemputan untuk hadir ke Malaysia Coffee Fest 2019 yang belangsung di One Utama Shopping Centre. Malaysia Coffee Fest ni berlangsung bermula 25 Julai hinggalah 27 Julai 2019. Memandangkan hujung minggu je senang nak datang, aku datanglah 27 Julai walaupun tahu manusia akan penuh yang amat.

Sejujurnya aku bukanlah hantu kopi ataupun #coffeeaddict sangat pun. Tapi kalau pergi cafe memang aku akan pilih kopi. Waktu belajar kat Rusia, aku suka beli latte. Sejak ada anak ni jarang sikit nak beli sebab budak-budak ni suka sangat nak kongsi air umminya. So, kena kurangkan minumlah.

Berbalik pada cerita Pesta Kopi di OU tadi, Malaysia Coffee Fest 2019 ini diaturkan oleh Conference and Exhibition Management Service (CEMS) cawangan Malaysia bersama Malaysia Specialty Coffee Association (MSCA) dan Cafe Owners Alliance, Malaysia (COA, My). Dan sepanjang pesta ini berlangsungnya pertandingan antara barista yang disusun oleh Barista Guild Asia (BGA).

Malaysia Coffee Fest 2019