Carian

Skincare Range from Dr. Elsee : A Review

Assalamualaikum and hai!

Siapa suka produk penjagaan kulit dari Korea? Hari ni aku nak kongsikan satu produk dari Korea.

Aku bukanlah sejenis yang minat satu spesifik produk. Setiap produk yang aku nak pakai, mesti akan baca label, kandungan dan fungsi. Tak kiralah produk tempatan mahupun yang dari luar negara. Ada je produk tempatan yang aku suka sebab fungsi menepati keperluan kulit aku.

Okay, bab KBeauty ni rasanya memang tengah hype sebab ramai orang nakkan kulit macam gadis-gadis Korea. Maklumlah kalau tengok yang dalam K-Drama tu, yang umur 30-an mukanya mulus, cerah, 'glowing' dan nampak muda. Kalau google cari tahun kelahiran, tak sangka dia dah 30-an! Kalau korang perasan, produk kecantikan dari Korea pun dah mula masuk dalam Malaysia. Dulu, banyak produk dari US dan UK. Sekarang tengah banyak masuk dari Korea dan Jepun pula.

Kbeauty review, dr elsee review



So, aku nak cerita pengalaman aku pakai produk penjagaan kulit Korea : Dr Elsee.

Untuk rangkaian penjagaan, dia ada beberapa produk untuk disesuaikan mengikut jenis kulit.

Sebelum hantar sample, diorang maklumkan pada aku yang diorang perlukan jenis kulit aku. Macam aku, masalah aku ialah kulit kombinasi. Bila dah bagitahu, diorang pun hantarlah produk yang sesuai dan beberapa produk tambahan. Banyak tau sample. Terkejut aku sebab biasa sample dapat yang boleh pakai sekali dua. Ini dapat sample sampai dua minggu pakai. Haha.

Beserta dengan sample, aku juga dapat pamplet dan dalam pamplet ada disertakan carta kulit dan produk yang sesuai untuk masalah kulit. Bagus kan? Senang nak pilih produk.

Review product Dr Elsee skincare
Ini sample-sample yang aku dapat.
Review product Dr Elsee
Gambarrajah ni pada aku sangat membantu


So, aku cerita satu-satu yang ada.

1. Wash Foam
Sebenarnya setiap kali beli pencuci muka, perkataan 'foam' ni menakutkan sebab sepanjang beli pencuci muka yang ada perkataan foam, biasanya pencuci tu akan mengeringkan dan menegangkan kulit dalam keadaan yang sangat tak selesa. Serius rasa ragu-ragu sangat nak cuba sebab aku memang dah selesa dengan pencuci muka yang jenis gel.

Review Wash Foam Dr Elsee


Wash Foam Dr Elsee ni melangkau sangkaan aku! Sikit pun tak mengeringkan, malah rasa lembut je kulit. Buih-buih yang ada pun taklah meriah macam yang biasa jumpa. Terus fall in love dengan wash foam Dr Elsee. Sama macam bila pakai Cetaphil dulu, bezanya Cetaphil dulu ada masa macam okay, ada masa tak.

2. Enzyme Base Cleansing Powder
Ternanti juga macam mana rupa Enzyme Powder Cleanser Dr Elsee ni sebab katanya boleh dijadikan scrub bila guna dengan air yang sedikit. Ada extract papain, yang bagus untuk pengelupasan kulit secara lembut. Macam 2-in-1 cleanser lah. Aku describe powder cleanser ni macam sabun cuci baju sebab saat bubuh air terus cair. Hampir sama dengan Wash Foam, dia tak terlalu berbuih dan dia mencuci sambil melempabkan kulit.

Review Dr Elsee enzyme base cleansing powder


Ada juga cuba buat jadikan sebagai skrub dengan cara guna dengan air yang sedikit. Cuma aku tak berapa puas hati sebab kalau pakai air sikit sangat, terasa agak kesat. Kalau air banyak, terus cair. Sedih sikitlah. Untuk aku, aku dah biasa guna skrub fizikal, yang ada biji-biji tu. Agak kurang memuaskan bila pakai Cleansing Powder ni. Apa pun, sebagai pencuci muka biasa memang best.

So sepanjang pemakaian produk Dr. Elsee aku gunakan Aloe Scrub! Boleh baca review kat sini ya.

3. After Skin AC Lotion
Namanya lotion, tapi dari segi tekstur dan fungsi After Skin AC Lotion ni rasanya lebih kepada toner atau penyegar. Dia cair tapi tak secair toner biasa yang macam air tu. Warna pun putih putih cair. Masa dapat sample pun, memang pihak Dr Elsee maklumkan untuk guna After Skin AC Lotion selepas cuci muka, sebelum moisturizer.

Review Dr Elsee Anti Sebum AC Lotion

Memandangkan aku guna teknik 'toner layering' sejak Januari 2019, aku pakai After Skin AC Lotion ni selepas pakai toner yang ada. Toner yang biasa aku pakai dengan kapas dulu. Lepas tu yang ni aku pakai atas tapak tangan dan tekap pada muka dan tepuk tepuk manja sikit. Nak fefeeling kulit lembut kononnya.

Berdasarkan label, After Skin AC Lotion adalah 3-in-1 yang boleh dijadikan sebagai toner, pelembab dan esen pencerah kulit secara serentak. Kira lepas letak lotion ni dah boleh letak sunscreen dan make up. Dan, aku tak tipu memang boleh. Terasa kulit lembap elok. Tak terasa tak lengkap. Biasanya kalau skip moisturizer rasa kulit macam kering atau tak selesa. Tapi dengan After Skin AC Lotion ni tak ada pun.

4. Enriched Water Gel Moisturizer
Tak sabar nak cerita pasal moisturizer ni sebab dalam banyak-banyak ini yang paling aku suka! Moisturizer ataupun pelembap jenis gel. Susah nak cari pelembab jenis gel yang aku suka sebab ada sesetengahnya macam melekit ada, ada juga yang buat kulit muka rasa semacam je. Haha.

Review Dr Elsee Enriched Water Gel Moisturizer


Bagi aku yang ada masalah kulit kombinasi dan terdehidrasi (dehydrated), ada pelembap jenis gel ni adalah satu kebahagiaan sebab bila pakai, kulit terasa lembut je. Taklah kulit rasa tertegang atau tarik-tarik. Kalau pakai pelembap yang jenis minyak, tak selesai pun masalah dehidrasi tu. Rasa kulit berminyak je lebih.

Selain jadi pelembap, kalau pakai sebelah malam, boleh dijadikan sebagai sleeping mask juga. Aku memang suka pakai sebelah malam. Bila bangun pagi tu, pegang pipi muka macam perasan cantik sangat dah. Kulit jadi lembut dan macam kulit baby! Serius suka sangat dengan Enriched Water Gel ni.

Psst.. khas untuk yang baca blog ni, aku nak bagi offer jimat 49% untuk pembelian Enriched Water Gel bila korang register di website Dr.Elsee dengan kod "L6FWKU"

5. Hydra Emulsion
Yang ini pun aku suka juga. Ini macam pelembap tapi dia lebih likat dari segi tekstur dan dari segi turutan pemakaian mestilah selepas pelembap. Aku tak pakai setiap hari sebab Hydra Emulsion adalah berasaskan krim dan ada vitamin E. Walaupun vitamin E bagus untuk kurangkan parut tapi sebab sifat vitamin E yang berminyak, aku tak suka nak pakai setiap hari sebab muka nampak berminyak. Biasanya aku pakai belah malam dan itupun selang hari.

Review Dr Elsee Hydra Emulsion


6. Drynix Lotion
Ini pula satu lagi jenis pelembap. Dalam tiga jenis pelembap ini yang paling aku tak minat sebab dia paling berminyak. Tekstur ringan sikit dari  Hydra Emulsion tapi rasanya kandungan minyak lagi tinggi. Aku tak ada masalah pun pakai produk berasaskan minyak tapi, the after application effect (kesan selepas pemakaian) yang buatkan aku tak suka. Rasa kulit muka berminyak dan berat sikit. Bukan tu je, nampak kulit berminyak. Macam berkilat gitu. Tak best. Drynix Lotion mungkin lebih sesuai utuk mereka yang memang masalah kulit kering dan sensitif.

Review Dr Elsee Drynix Lotion


7. Physical Suncreen
Tak sangka dapat sunscreen! Serius ingatkan cuma dapat set penjagaan kulit je. Walaupun dalam bentuk sample, tetap happy okay. Pada aku, ini menunjukkan diorang sangat mementingkan pemakaian sunscreen sebab dalam rutin penjagaan kulit elemen paling penting sebenarnya sunscreen. Pakailah berlapis-lapis tapi sunscreen tak ada dalam rutin, kulit susah nak pulih. Lagi-lagi dengan masalah parut hitam dan jeragat.

Review Dr Elsee Physical Sunscreen


Nama pun dah Physical Sunscreen, semestinya sunscreen dari Dr Elsee ini merupakan jenis fizikal yang mana mengandungi titanium dioxide dan zinc oxide. Namanya fizikal sebab bahan-bahan tadi tak diserap dalam kulit. Dia akan duduk atas lapisan kulit dan menghalang sinaran UV dari masuk ke dalam kulit. Sunscreen dia boleh tahan. Senang nak sapu, tak melekit dan cepat kering lepas sapu. Biasalah, kalau jenis fizikal ni ada 'whitecast' atau kesan-kesan putih masa kita sapu atas muka. Tapi whitecast dia taklah over. Tak jadi berminyak, selesa lah pakai.

8. Blemish Balm Cream with Sunscreen
Ini satu lagi yang aku tak sangka diorang bagi. BB Cream yang diformulasikan dengan sunscreen. Untuk BB cream ni aku tak berapa suka atas beberapa faktor.

Review BB Cream Dr Elsee


Pertamanya sekali sebab tak ada pilihan tona warna. Ada satu warna je dan bila aku pakai, warna kulit muka dan kulit tangan jauh beza. Haha. Maklumlah produk Korea kan.

Yang kedua tekstur dia pekat, lepas tu susah nak ratakan atas kulit muka. Sedikit kecewa. Mungkin BB Cream ni tak sesuai dengan kulit aku. Memang agak kesat dan kena tepek sendiri setiap sudut muka. Last sekali cepat capuk. BB Cream ni seolah-olahnya tak melekat pada kulit. Lepas selang sejam dua, dia bercapuk. Aku perasan pun sebab adik aku tegur. Sampaikan adik lelaki yang jrang-jarang nak tengok aku pun perasan. Hilang terus confident.

Coverage dia boleh terimalah full coverage untuk BB Cream. Siapa yang kulit cerah, aku rasa mungkin boleh pakai.

Review Physical Suncreen BB Cream Dr Elsee
Yang putih tu sunscreen, yang satu lagi BB Cream. Nampakkan shades dia jauh entah berapa code? 
Review physical sunscreen BB cream dr elsee
Ini aku dah sapu dua-dua. Boleh tengok beza sunscreen dengan BB cream. Whitecast tu normal tau. 


9. Intensive Care Gel
Ubat jerawat. Nama kampung bagi gel ni. Satu-satunya datang dalam bentuk tiub. Yang lain dapat sample je. Kebetulan, masa dapat set penjagaan Dr Elsee ni aku tengah ada masalah jerawat sikit. Jerawat hormon yang masih belum mampu dikawal. Macam biasa ubat jerawat ada Salicylic Acid. Salicylic Acid ni membantu mengecutkan jerawat tapi pada masa yang sama mengeringkan kulit. So kena hati-hati. Aku pernah ada pengalaman buruk dengan ubat jerawat. Pernah sampai kulit kering bersisik! Stress sangat.

Agak risau juga nak try Intensive Car Gel ni, tapi sebab jerawat yang ada masa tu taknak juga kecut selepas dua tiga hari dibiarkan, aku beranikan diri pakai. Aku pakai sebelah malam je. Kalau ikutkan ubat jerawat ni pakai dua kali sehari bersama moisturizer tau. Tapi aku takut kulit jadi kering, so pakai sebelah malam je. Ikut pengalaman. dalam 3-4 hari jerawat mula kecut. Ada juga macam kulit mengering tapi dekat jerawat tu je. Tak teruk pun. Tekstur Intensive Care Gel ni likat dan agak melekit tapi bila pakai dengan moisturizer tak rasa pun melekit.

Okay, so far ini pengalaman aku dengan set penjagaan kulit Dr Elsee. Best memang best (mana yang aku suka sangatlah) dan aku tak tipu, range harga memang taraf professional sebab set ni digunakan oleh pakar juga katanya. Sepanjang dua minggu pakai, aku memang puas hati dengan hasil. Jerawat 3 ketul yang gomok-gomok kecut dah. Parut pun alhamdulillah tak ada.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk Dr Elsee ni boleh terus pergi ke website diorang. Ini official website untuk Malaysia dan platform media sosial yang ada.

Website: https://www.dreslee.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/drelsee_my/
Facebook: https://www.facebook.com/dreslee.com.my/

Notakaki: Untuk proses memakai produk Dr Elsee, aku tak terus pakai semua. Aku pakai secara berturut-turut. Hari demi hari tambah produk mengikut kesesuaian kulit bagi mengelakkan kulit terkejut atau reaksi yang tak diketahui punca.


Kalau korang dah guna Dr. Elsee, bolehlah share produk favourite korang.


31 ulasan

  1. produk dari Korea memang trend sekarang, Tak pernah dengar lagi nama Dr Eslee ni. Nampak bagus jugak produk die

    BalasPadam
  2. produk dr korea.. sesuai untuk misi kulit korea ku :-)

    BalasPadam
  3. Terbaiklah review product dari akak...tak sangka dah banyak product yang akak riview ye...Kak, cadangan saya cuba lakukan engagement between posting review akak. Ini akan mengurangkan bounce rate seterusnya akan menyebabkan pembaca blog akak akan lebih lama berada dalam blog akak...cadangan 2sen jak kak... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah banyak sangat. Hehe. Thank you for the tips. Maklumlah newbie.

      Padam
  4. Kalau produk sebegini, para wanita tidak akan melepaskan untuk mendapatkan nya. hehe

    BalasPadam
  5. bab kecantik ni kalu rajin amal memang boleh nampak kesan. tambah lagi bila usia makin meningkat ni, kena jaga elok-elok muka untuk maintain awet muda kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya! Kuncinya rajin dan disiplin. Bukan awet muda je, nak nampak kemas.

      Padam
  6. Baru tahu berkaitan produk ini, nanti menarik boleh dicuba nanti! terima kasih diatas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama! Kalau rajin, jangan lupa guna kod. Sangat berbaloi.

      Padam
  7. Baru dengar rangkaian produk Dr Elsee. Tapi produk2 dari Korea mmg bagus2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah, sebelum jumpa Dr Elsee ni memang banyak je product Korea tapi tak pernah try. Kali ni ada peluang, apa salahnya kan?

      Padam
  8. best nya kalau skincare boleh membantu merawat masalah jerawat.. huu~ saya ni kalau sibuk sikit, kulit tak terjaga mula lah jerawat naik dengan meriahnya.. adei.. kena cuba Dr. Elsee nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba kak, cuba. Kita sama, kalau terabai boleh merana tengok muka sendiri.

      Padam
  9. Banyaknya jenis produk skin care nak pakai hehehe orang laki suka yang simple dan satu jer boleh merangkumi semua. Orang perempuan jer suka banyak macam ni hehehe tak apa lah nak cantik untuk siapa lagi suami jugakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya taklah rajin sangat. Ada je masa malasnya. Haha. Tapi bila rajin dan nampak hasil, bertambah-tambah rajinnya sebab nak maintain.

      Padam
  10. nampak produk ni agak esklusif. biarpun pertama kal melihatnya tapi lepas tengok efek penggunaannya nampak menarik...boleh beli kat mana ya produk ni...memang dah ada di pasaran malaysia ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli online kak. Memang eksklusif. Kalau ikut penerangan di website, klinik2 dermatologi Korea memang guna dan memang diorang ada pakej khas untuk aesthetician/klinik kulit.

      Padam
  11. Wah menarik. Tapi untuk eczema sesuai tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk eczema tak pasti, rasanya yang drynix lotion tu ada kata sesuai untuk sensitive. Boleh tengok kat website diorang :)

      Padam
  12. ramai yang beri feedback positif pasal produk nie. ternyata banyak perubahan dapat dilihat selepas penggunaan yang kerap. nampak gaya sudah tiba masanya untuk bertukar kepada produk dr elsee nie. nanti nak cuba lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hasil memang lepas rajin dan disiplin. kalau sudi cuba, cuba lah.

      Padam
  13. Product kecantikan dan kosmetik serta dandanan diri dari Korea memang ramai yg minat. Org kata lebih diyakini.

    Mat Drat kalau ke Korea, mmg akan beli brg kosmetik dan kecantikan di sana, berkualiti dan murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang trend dan banyak produk Korea menembusi pasaran Malaysia.

      Padam
  14. Menariknya produk ni...Marsha baru pertama kali dengar brand ni. Tengok review memang bagus ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah bagus. Kita kena kenal masalah apa yang nak diselesaikan dan tahu produk yang sesuai.

      Padam
  15. nad suka produk korea..dah guna beberapa produk korea dan sesuai dengan kulit muka nad..wah ni menarik ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya first time. sebelum ni banyak guna yang jepun. memang tak expect akan suka gila. haha.

      Padam
  16. Produk baru eh.. Ke kita baru tahu ni. Hihihi
    Banyak juga sample yang dorang bekalkan ye.
    Nak tengok betul betul result dalam tempoh 2 minggu tu.
    Terbaik ni.

    BalasPadam
  17. Produk baru daripada korea? Nampak menarik ni. Boleh try kan. hehehe

    BalasPadam
  18. This product looks good! Especially from its origin country the quality must be very good

    BalasPadam

Komen