Carian

Budaya negatif depan anak-anak

Assalamualaikum dan hai!

Sejak dah jadi mak ni, aku suka gali dan gali ilmu keibubapaan (parenting knowledge). Dan sepanjang aku menggali, aku tak pernah tak dapat ilmu baru. Akan sentiasa ada benda baru yang mengubah cara aku melihat sesuatu perkara. Yelah, ilmu memang begitu sifatnya, sepanjang zaman tanpa henti. Aku percaya kebanyakkan ibu bapa macam aku. Sentiasa mencari ilmu. Kalau tidak, masakan banyak poster-poster seminar keibubapaan kan?

Memandangkan kalau nak pergi seminar aku tak berapa mampu dari segi masa sebab hujung minggu aku masih bekerja juga. Jalan terbaik aku ialah follow mereka yang selalu berkongsi tentang ilmu keibubaapan. Kalau dekat Facebook, ada banyak tokoh keibubapaan yang aku follow, siap buat see first untuk aku baca setiap hari. Belum kira lagi channel dalam Telegram. Buku parenting pun aku rajin beli, rajin juga buat wishlist. Ya Allah, memang banyak tau wishlist buku parenting.


Bila Wildan makin besar, makin banyak benda yang aku rasa biasa orang buat itu sebenarnya tak bagus untuk anak-anak. Bukan aku mengada atau gedik tetapi aku rasa banyak benda yang biasa atau budaya dalam masyarakat kita ni memberikan kesan jangka masa panjang pada individu. Nak ubah mentaliti perlu bermula dengan diri sendiri. Kalau korang rasa aku terlebih sensitif, tak apa. Ini cuma pendapat aku.

Dalam kita tak sedar, sebenarnya sebagai orang yang lebih dewasa dan sepatutnya matang, kita banyak bagi contoh dan budaya yang negatif pada anak-anak. Kemudian hari, bila diorang besar dan diorang mula ikut, kita akan kata sekolah tak ajar. *Tepuk dahi* Sedangkan masa diorang kecik, kitalah yang tunjuk.

Aku senaraikan apa budaya tidak sihat aku tengok dalam kalangan masyarakat kita pada anak-anak kecik.

1. Berbohong
Ini antara benda biasa kita buat dalam tak sedar sebab berzaman mak ayah duk buat kat anak. Bahkan sebenarnya ada hadis Nabi mengatakan menipu anak kecil ni berdosa, maknanya sama seperti menipu orang dewasa juga.

Antara contoh lazim yang kita tak sedar ialah berbohong supaya anak dengar kata: "Kalau abang jerit, abang polis datang ambil" Mana ada polis datang tahan budak jerit-jerit. Tak guna nama polis, nama doktor pun jadi mangsa. Maklumlah budak-budak takut jumpa doktor. Tak memasal rosak imej doktor.

Nak ajar kesan dan akibat dari tindakan anak, bagitahu kesan yang anak tu nampak dan jelas. Bukan kesan-kesan yang tak ada kebenaran dan lebih pada 'sembang lebat'.

Elakkanlah berbohong dengan anak. Bercakap jujur. Anak-anak ni, bila kita bercakap benar insyaAllah diorang akan faham. Dalam Islam, tak ada tipu sunat ni. Kalau dah menipu, menipu jugalah.

2. Janji kosong
Satu lagi benda yang kita tak sedar. Janji bulan bintang tapi semuanya dengan niat supaya anak dengar kata atau untuk diamkan anak-anak. 

Biasanya kat kedailah, anak nak macam-macam, kita janji nak beli. Lepas tu sampai dia dah masuk universiti pun kita tak ada bagi. Walhal dah janji. Lainlah kalau bagitahu 'kalau ada duit, ada rezeki, kita beli, insyaAllah'. Jangan bagi janji kosong, jangan bagi harapan palsu pada anak-anak.

Bila bagi janji kosong, anak hilang percaya pada kita. Hilang percaya, hilang hormat. Paling teruk ditirunya perangai begini. Pada mereka, biasalah kan buat janji kosong.

3. Melabelkan anak
Label-label negatif yang ditaruk pada anak ni aku rasa berzaman aku tengok dan dengar. 'Degil', 'Nakal', 'Pemalas', 'Pemarah'  dan banyaklah panggilan negatif yang kita suka letak pada anak berdasarkan tindakan mereka. Panggilan macam 'pondan' dan seangkatannya juga tak elok.

Banyak panggilan negatif dan hari-hari kita sebut. Dahlah sebagai mak ayah, terutamanya mak, doanya makbul. Setiap butir yang keluar ada doa sebenarnya! Kita tak tahu mana dan bila yang makbul. Ini yang kita tak sedar. Kita sendiri yang tanam dalam benak fikiran anak 'kau degil', atau 'kau pemalas' atau 'kau pemarah' dan banyak lagi. Lama kelamaan minda separa sedar anak mengiyakan sifat-sifat negatif ini. Bukan itu sahaja, anak-anak pun mula ikut dan bagi panggilan bukan-bukan pada kawan-kawan.

Sebagai mak ayah, kawal percakapan. Keluarkan kata-kata yang baik dan positif. Doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita.

Boleh baca entri aku berkaitan "Positive Parenting". Mungkin boleh cuba buat dan tengok sendiri hasilnya untuk emosi kita dan hubungan dengan anak-anak.
Aku kongsikan senarai panggilan positif yang kita boleh gunakan sebagai ganti kata-kata negatif.



4. Bertindak tanpa berfikir
Sejujurnya ini bahagian aku sendiri sedang ubah. Kita orang dewasa cepat sangat nak bagi reaksi. Lepas dah react, baru kita duduk sejenak dan berfikir. Kebiasaanya waktu marah. Jarang sangat kita nak fikir dulu baru respon. Apa reaksi normal yang tak sihat selalu kita buat? Jerit, tengking, marah-marah. Paling teruk ialah tangan angkat tinggi melibas anak.

Biasanya punca kita react negatively sebab kita tak percayakan anak, atau kita sendiri emosi tak stabil. Yang menyedihkan kita suka react bila anak bercerita apa-apa yang terbuku di hati mereka. Contoh diorang bercerita hal sekolah dan ada benda yang salah. Terus kita marah-marah tanpa tunggu penjelasan lanjut. Ruang berfikir secara rasional tak ada. Adapun selepas habis semuanya kita hambur. Hati anak terguris tadi tak boleh dirawat dah.

Lama-lama anak melihat semua ni sebagai satu benda normal. Lama-lama dia ikut sebab dia rasa itulah sebaiknya. Bertindak dulu baru fikir. Benda biasa kan? Huhu.

Bila anak buat kita marah 'Belajar dari siapa?' Lupalah tu yang kita dari dulu tunjuk budaya yang tak sihat. Hmmm.

5. Susah minta maaf
Haaa, sebenarnya aku terjumpa satu post di Facebook beberapa tahun lepas yang satu pasangan ni saling minta maaf untuk tunjuk contoh yang sihat pada anak-anak. Malah, aku pernah dengar cerita Ustazah Hafizah Musa yang mana ayah kepada ustazah daripada anak-anaknya masih kecil sangat rajin minta maaf pada anak-anak.

Dalam kalangan masyarakat kita, kalau mak ayah minta maaf ni dianggap lembik dan ada yang menganggap jatuh martabat. Lagi diteruk ditanamkan dengan mindset yang kalau minta maaf pada anak seolah-olah tunduk dan anak boleh pijak kepala. Aduhai. Kenapa ego sangat?

Kita minta maaf sebab memang kita salah. Dalam satu-satu pertelingkahan, yang memulakan permohonan maaflah yang lebih mulia tahu tak? Kalau dengan anak, lama-lama anak jadi sangat ringan mulut untuk minta maaf sebab mereka nampak mohon maaf ini mudah dan insyaAllah banyak masalah selesai.

Kami suami isteri memang minta maaf pada anak bila kami buat silap. Tak kisah sekecil mana, kami minta maaf. Dan bila anak-anak buat silap, kami ajarkan 'ini salah awak. Bila buat salah, perlu minta maaf'' Alhamdulillah anak-anak tak ada masalah nak minta maaf. Malah kadang dalam keadaan tak sedar, tiba-tiba dia minta maaf atas kesilapan kecil.


Cukuplah dulu 5 benda biasa yang aku perhatikan kita rasa biasa tetapi sebenarnya tak sihat untuk perkembangan anak-anak. Aku bukanlah pakar, ini semua pandangan aku berdasarkan pembacaan aku. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk pakar-pakar parenting yang ada. Mereka lebih arif dan lebih banyak berdepan dengan masalah-masalah hubungan anak-anak dan ibu bapa.

Aku bagi sikit quote yang aku tak ingat aku petik dari mana.

"Anak-anak yang masih kecil menganggap kita, ibu bapa sebagai tempat paling selamat"

So, sediakan tempat yang selamat untuk anak sentiasa rasa nak pulang. Biar sampai dia dah besar, dia tahu tempat paling selamat yang dia ada adalah ibu bapa dia. Jangan kita jadi tempat paling tidak selamat. Nak buat macam mana? Belajar. Belajar. Belajar.

Dan satu lagi

"Di mata anak-anak, ibu-bapalah dunia mereka, contoh terbaik yang mereka lihat. Tak mustahil satu hari nanti dia akan ikut semua perbuatan dan tingkah laku ibu bapa mereka"

Ini yang kita selalu lupa. Macam mana anak-anak memandang kita. Mereka sangat memerlukan kita untuk 10 tahun pertama di atas muka bumi. Fikirlah kita nak anak yang bagaimana, dan mulakan dengan diri sendiri. Mulakan dulu, lama-lama, akan ikutlah anak-anak, insyaAllah.

Terima kasih sudi baca bebelan panjang aku kali ni.
Kalau korang rasa ada benda biasa yang tak sihat, sudi-sudilah share. Mana tahu, cara kita membesar tak sama, dan benda-benda biasa kita buat (adat dan budaya). InsyaAllah dapatlah serba serbi kita belajar dan terus berusaha menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak.

30 ulasan

  1. Terima kasih dengan perkongsian. Betul tu. Nak jadi parents ni bukan mudah. Kena belajar ilmu parenting. Bukan kata mengada-ngadap. Zaman dah berubah. Jadilah ibu bapa di zaman kini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Harap serba serbi kita sama-sama perbaiki diri dan upgrade ilmu.

      Padam
  2. Bagus informasi yang dikongsikan. Betul semua poin yang dikongsikan. Kadang2 kita memang akan terlepas pandang. Sangat penting sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Kita kena beringat. Dan sentiasa muhasabah diri.

      Padam
  3. Anak tu cermin ibu dan ayahnya. Bagaimana mak ayah bentuk kita macam tu la kita nanti. Memang kita kena cakap yang baik2 ajer sebab kata2 itu doa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Action speaks louder than words. Ini yang kita selalu terlupa. Huhu. InsyaAllah sama-sama kita belajar dan terus perbaiki diri.

      Padam
  4. terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna dan berilmu. banyak rupanya perkara yang dah lama dipraktikan tetapi bersifat negatif. bolehlah lepas ni kita ubah apa yang tidak sesuai. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dah lepas, dah lepas. Kita yang sedar kena mulakan. Jangan salahkan yang lepas. Apa-apa pun itulah yg membentuk kita. Tapi mana yang tak baik, kita jangan ikut.

      Padam
  5. Betul la Sis. Bap label anak ni memang tak patut. Nanti sampai dewasa pon dier Ingat. Paling penting kita kena bagi motivation. Thanks for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Sebab label ni dari orang paling anak-anak percaya sebenarnya. Sama-sama.

      Padam
  6. tips parenting cukup berguna terutama dalam mendidik anak-anak yang masih kecil. teringin waktu zaman kecil hari tu BBL sendiri boleh tahan nakal tapi biasa la budak baru nak membesar kan. kalu tak kena rotan dengan ayah memang tak sah, nasib baik dah behave sikit sekarang hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Dulu rotan lah paling berkuasa besar. Haha. Tapi zaman berubah, dan ilmu semakin banyak.

      Padam
  7. Yes, kids learn from watching us. So we must avoid negative stuffs in front of them.

    BalasPadam
  8. terimakasih for this article. banyak benda sebenarnya kita leka dan terlepas pandang. nampak remeh. tapi kesan dia sebenarnya besar untuk masa depan kanak-kanak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Parenting is a long time / lifetime punya process. Bukan result on the spot.

      Padam
  9. Sebak rasa bila baca post ni.. Kesian rasa kat anak sbb rasa macam selalu buat semua tu. Huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe. Terima yang kita buat silap, maafkan diri sendiri, belajar dan ubah. InsyaAllah boleh. I know you can.

      Padam
  10. Alaaa sentap pulak kita. haritu janji dengan anak2 buah nak belikan beyblade untuk dorang tapi tak beli2 lagi. Mesti dorang ingat kita tipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada spesifik janji waktu atau bila boleh terima lagi. Boleh kita tangguhkan sebagai reward. Tapi kalau dah spesifik bila nak bagi, anak akan jadi terfikir, kenapa aritu kata nak dpt tapi tak dpt?

      It's okay. Cakap baik-baik, bagi reason dan ceritakan pada anak. InsyaAllah boleh. Kadang kita ni je rasa anak kecik lagi lah, tak fahamlah, semua sebab kita yang tak percaya kapasiti anak.

      Padam
  11. Sejak jadi ibu ni, nad memang banyak beljr pasal parenting ni..baca semua apa yang ada dekt google, dan media sosial..dari situ kita ajar anak sikit2..bab mintak maaf ye, husbnd ajar anak untuk cakap mintak maaf bila dia buat salah. As parents pun akan mintak maaf aklau kami ada salah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaaan, kalau perasan anak senang minta maaf sebab dia tahu butir perkataan maaf ni sangat hebat.

      Padam
  12. Allah, lepas dah jadi ibu bapa banyak lagi yang perlu kita belajar ye. Dan Nad selalu baca sebenarnya anak-anak ni pun banyak mengajar ibu bapa secara tak langsung, especially bila kita cuba berubah ke arah lebih baik untuk anak-anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Semalam dengar radio Nasional ada slot berbincang pasal anak remaja, mmg panel yang datang bagitahu sebenarnya proses parenting ni ajar kita yang mak ayah. Bukan anak-anak sangat.

      Padam
  13. Info yang sangat bermanfaat. Ya betul..kadang2 sebagai ibu bapa ni kita terleka bagaimana nak bagi conthh yang terbaik buat anak. Kita rasa apa yang kita buat dah betul sedangkan salah dan tak bagus. Nak mendidik anak bukannya senang, kitalah contoh yg terapat bakal mereka ikut.Kena hati2 dalam setiap perbuatan dan kata2 kita depan mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Latih diri dan insyaAllah perlahan-lahan anak ikut sebab action speaks louder than words

      Padam
  14. nice share...yes children do what there see so kena tunjukkan teladan yg baik

    BalasPadam
  15. As a parent is very important to show good examples to the children because parents are their role model.

    BalasPadam
  16. Bagus tips ni. Suka pulak baca yela soon nk jadi bapak juga kan. Actually dulu mak ayah kite pun rasanya buat benda sama. Kite ikutkan sahaja. Budak2 cpt terpengaruh dan mudah ikut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Yang dah lepas, lepas. Kita yang dah besar, matang tak sepatutnya kenang dan fikirkan mana yang tak elok jangan diikutkan dan jangan ulang pada tempat lain.

      Padam
  17. Nama anak sama wildan juga haha. Betul tu walaupun anak airah baby lagi tapi awal-awal dah cakap dengan husband jangan tunjuk perangai negatif dekat anak. Kalau boleh tunjuk benda baik je bagi dia ikut benda baik juga. Harap boleh jaga parent yang berguna la untuk anak

    BalasPadam

Komen