Carian

Review: Antioxidant Serum by Sanny & Joleen

Assalamualaikum.

Hai, lama dah tak review pasal produk kecantikan ataupun skincare. Kali ini nak cerita pasal satu serum yang berjaya menangkap perhatian aku.

Sebenarnya, sejak trend serum diperkenalkan, aku memang tak berani nak guna serum. Salah satu alasannya adalah dia melekit dan kulit aku mudah bagi reaksi yang tak diingin seperti naik jerawat berjemaah atau sebum overproduce. Setakat yang aku jumpa dekat kedai banyak yang melekit, kecuali The Body Shop yang Youth Drop. Ada yang tak melekit tapi, dia ada buatkan muka rasa tak selesa atau tegang tiba-tiba.



Bila dapat offer untuk try serum ni, benda pertama aku buat ialah buat bacaan pasal produk dan bahan-bahannya. Sangat penting untuk tahu bahan-bahan aktif yang kita nak pakai pada muka. Supaya kita boleh kenalpasti apa reaksi kulit pada bahan-bahan yang ada dalam satu-satu produk tu.

Packaging untuk Sanny and Joleen memang simple. Pada aku, tak terlalu over vogue atau taklah terlalu simple sampai nampak murahan. Just nice. Minimalist style gitu.

Aku dapat saiz 10ml. Dia jual dalam dua pilihan saiz yang 10ml dan 30ml. Bagus juga diorang bagi yang 10ml sahaja. Kalau tak sesuai dengan kulit, aku boleh bagi pada orang lain.

Sebelum bercerita panjang pasal Antioxidant Serum Sanny & Joleen ni, sedikit peringatan ya untuk korang: SILA PASTIKAN RUTIN ASAS PENJAGAAN KULIT DAH KUKUH. Maksudnya korang memang ada rutin yang disiplin, tak main skip-skip, bukan tengah mencari pencuci atau pelembap yang sesuai.

Serum adalah rutin tambahan. Kalau rutin asas korang tak jaga, serum ni tak boleh nak bantu masalah kulit korang. Rutin asas yang aku maksudkan ialah, cuci (cleanse), penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer) dah jadi sebahagian rutin harian penjagaan kulit. Tak lupa juga pemakaian pengadang sinar matahari (sunblock) pun mestilah disiplin.

Serum bukan ubat tau. Serum lebih kepada supplement atas rutin penjagaan kulit kita sahaja.




Cara penggunaan:
Picit dalam setitik ke dua titik dan ratakan ke seluruh wajah dua kali sehari (Siang dan Malam)

Pastikan simpan di tempat yang jauh dari cahaya matahari yang langsung (direct sunlight) sebab ini adalah antioxidant. Bahan dalamnya cepat teroksida kalau kena matahari. Time nak pakai pun, lepas picit terus ratakan pada muka.

Aku dah pakai almost sebulan. Tapi tak disiplin. Ada hari skip sebab sekarang tengah fasa memulihkan kulit dari semua jerawat yang naik berjemaah bulan lepas. Tapi setakat dah pakai sekurang-kurangnya seminggu 3 kali, aku agak puas hati.

Tekstur tak melekit dan tak berminyak, senang nak ratakan atas kulit. Cepat meresap dalam kulit. Setakat ni, semua parut hitam memang tak tahan lama atas kulit. Selang dua tiga hari memang hilang dah. Dengan rutin penjagaan kulit aku, serum ni macam boost atau membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit (skin repair). Terutama dari sudut parut sebab ada Vitamin E yang merupakan bahan utama Antioxidant Serum ni.

Ada satu je benda yang kurang. Serum ni ada bau. Bukan bau busuk ke apa. Just ada bau yang buatkan kita wonder kenapa ada bau ni. In fact, aku bukan jenis yang kisah sangat kalau setakat bau sikit-sikit. Baunya bau beras yang dibasuh. Aku describe macam tulah. Tak kuat pun, cuma adalah kadang-kadang terbau. Kalau korang jenis macam aku, tak kisah setakat bau sikit-sikit, memang tak ada masalah.

Sekali lagi, aku sangat sarankan mereka yang ada rutin penjagaan harian yang disiplin untuk cuba serum sebagai rutin tambahan. Kalau korang tengah ada masalah kulit, aku nasihatkan back to basic dulu baru try serum ni. Okay?

Untuk dapatkan Antioxidant Serum by Sanny & Joleen boleh pergi ke website mereka terus:

Sanny & Joleen



Dalam website semua details tentang produk ada. Ada juga koleksi review daripada orang lain yang guna Antioxidant Serum ni. Dan, dekat web juga ada maklumat tentang kedai-kedai yang menjual serum ni. So, boleh beli secara online dan juga secara offline.

Harga sebotol:
10ml RM49
30ml RM79

Pada aku harga ni sangat berbaloi sebab tak mencecah ratusan pun! Hehe.

So, siapa nak grab serum ni pergilah tengok dekat website Sanny & Joleen.

Selamat mencuba!


10 ulasan

  1. Produk serum macam ni bagus sebab mereka menggunakan teknologi terkini untuk kulit muka orang lelaku pun boleh pakai juga ker nak nampak cantik dan lembut pagi raya hehehehehe...

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, boleh la cuba try guna produk ni . Diharapkan ianya berkesan terhadap kulit muka masing-masing sebab bukan senang nak cari produk yang sesuai

    BalasPadam
  3. Serum memang best. Sekarang ni nak capai matlamat #glassskin. Kena pakai semua produk yang bersesuaian kulit kita secara konsisten. Serum Dan esen paling Saya suka. Heheheh. Nanti nak try yang awak share ni.

    BalasPadam
  4. betol harga dia sgt berpatutan! boleh try lah coz mcm u ckp boleh hlg kn scars lg2 ada Vitamin E! my skin byk scars pening pale nk raya plak ni! hahahha tahnks for sharing!

    BalasPadam
  5. nampak satu produk yang bagus untuk kulit lah serum nie. kebetulan mmg tgh survey2 serum yg ada di pasaran, nampak macam serum nie betul2 dekat dengan hati. tekstur tak melekit dan senang diratakan ke kulit

    BalasPadam
  6. First time dengar pasal serum ni. Not bad. Sebab ianya boleh mencantikkan lagi wajah. Skrg ni mmg penting pakai serim utk awet muda

    BalasPadam
  7. Wahh, serum Sunny and Joleen ye. Nama pun macam Korea. Nad punya basic baru nak kukuh. Baru ni je tambah serum Eucerin, itu pun pakai time waktu malam je. Sebab taknak kulit terlampau terkejut ke kan.

    BalasPadam
  8. Have heard about this brand so much. I am sure this antioxidant serum will be able to benefit a lot of ladies and women to help them look younger. :)

    BalasPadam

Komen