Carian

Do-A-Dot Marker

Assalamualaikum.

Pernah tak korang dengar pasal Do-A-Dot Marker?
Haaaa... kalau tak pernah dengar, meh nak share sikit pasal Do A Dot Marker ni.

do-a-dot marker blog title








Sebenarnya aku dapat hadiah giveaway dari instagram @muhsinkids. Tak expect pun dapat sebab bermacam jenis giveaway join sebelum ni tak pernah pun dapat. Hehe. Kira rezeki sangat-sangat dapat Do A Dot Marker ni.


Untuk giveaway ni dapat set Juicy Fruits Dot Marker. Wangi sangat! Memang bauh buah. Wildan kan suka masak-masak, masa buka parcel tu suruh dia bau dan teka buah apa. Semua yang dia bau dia teka dengan betul kot. Tajam sungguh hidung dia.


do-a-dot-marker
I have to admit, dah tua-tua pun suka sangat dengan do-a-dot marker ni.


Sebenarnya, masa igshop muhsinkids announce diaorang ada bawa masuk Do A Dot Marker ni, aku dah aim awal-awal nak belikan untuk anak-anak. Sebab sebelum ni pernah jumpa masa kelas playschool Wildan. Cumanya bajet untuk beli belum ada. Hehe.

Kenapa aku sangat sangat suggest untuk ada Do A Dot marker ni?

1. Latihan sebelum memegang pensil/pen untuk anak-anak.

Kadang-kadang kita kejarkan sangat nak anak pegang pensil cepat sampai lupa yang budak-budak ni ada peringkat umur untuk dia belajar pegang pensil. Pegang pensil pun merupakan satu skill yang kita kena develop untuk anak-anak.

Dengan do-a-dot marker, dia boleh slowly belajar pegang alat untuk menulis. Macam Wildan, dia memang dah pandai menulis. Mula-mula tu dia kekok sebab nak pegang marker gedabak ni macam pensel. Haha. Mukhlis pulak, asalkan keluar warna, dia jadi leka.

2. Kurang comot berbanding pakai water color.

Sesetengah ibu bapa, dia sangat open untuk bagi anak-anak dia bermain dengan water color. Tapi, aku memang tak boleh nak hadap. Ada comot sikit mula dah rasa sakit kepala. Nak comot-comot, biarlah dengan suami. Sebab dia memang tak kisah.

Do-a-dot marker ni sebenarnya comat juga. Lagi-lagi kalau budak-budak jenis suka explore. Mukhlis ni habis marker tu dia cop kat tangan, cop kat kaki. Tapi, comot dari marker ni terkawal sebab warna yang keluar sikit-sikit dan senang cuci. Mukhlis dengan Wildan pun dah faham, comot-comot pergi ambil kain dan lap. Hehe.

3. Menyerlahkan kreativiti anak-anak

Konsep yang sama dengan mana-mana aktiviti kraftangan, water color, do-a-dot marker ni ajar anak-anak untuk jadi kreatif. Boleh je nak ajar anak-anak gabung warna, boleh je nak ajar anak-anak buat lukisan dot dot. Wildan punya imaginasi siap lukis volcano! Mukhlis punya bukan setakat atas kertas, atas tapak tangan pun boleh. Haha.

Nah, tengoklah hasil karya budak-budak ni.

Mukhlis mewarna dengan do-a-dot marker
Printable tu google je. Dan Mukhlis macam biasa, kerjanya jadi kreatif. Haha

do-a-dot marker activities sheet
Ini antara printable yang dapat dari Muhsin Kids
Kalau nak grab do a dot marker ni, boleh je terus pergi kat website muhsinkids ni tau.
https://muhsinkids.com/collections/learn-to-write
Dia ada jual dalam bentuk set atau pun satu-satu warna. Korang pilih je mana yang korang nak.

Oh ya, anak-anak yang dah pandai pegang sudu, garfu dah boleh dah bagi main do a dot marker ni. Boleh leka tau. Lagi-lagi bila keluar warna dari marker ni. Memang nak explore laaa.

Hopefully membantu parents yang mencari idea untuk beraktiviti dengan anak-anak.






Tiada ulasan

Komen