Carian

NOW YOU ARE A MOTHER

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog. Actually this year banyak yang sedang berlaku yang membuatkan proses menulis blog sentiasa terbantut. InsyaAllah sebelum habis tahun 2017 nak keep up balik momentum menulis blog.

Post kali ini sebenarnya bukan post baru, just another post dari Facebook. Ditulis awal Oktober 2017 hari tu.



BOOK REVIEW

InsyaAllah lepas-lepas ni, kita akan update review di blog untuk lebih mudah dicari lah.

[WARNING: LONG ENTRY]

NOW YOU ARE A MOTHER
By Du'aa' Ra'oof
Translated by Huda Al-Khattab
Published by Darussalam
Total pages of 333
Hardcover book

Buku ni sebenarnya buku parenting yang pertama dibeli. Sebelum balik Malaysia 2014 gigih beli online ni. Pos ke rumah mak.

Buku ni menggunakan medium bahasa Inggeris, dan sebenarnya diterjemahkan dari bahasa Arab.

Kita akan ulas tiga benda: Luaran, isi kandungan dan pendapat peribadi.

Luaran (appearance)
Hardcover books are the best! Buku ini berkulit tebal dan memang suka sangat sebab tahan lama dan elegan gitu. Haha. Kertas yang digunakan adalah kertas berkualiti tinggi, macam majalah punya kertas. Licin berkilat tu.
Harga buku ni tak mencecah RM50 rasanya dan itu kira murah dah sebab hardcover dan high quality papers. Tak lupa juga, dalam dia colourful! Girang gembira ibu-ibu yang membacanya.

Isi kandungan (contents)
Bila buka buku ni, memang dia akan highligh yang buku ni sesuai untuk rujukan bagi anak-anak baru lahir sampailah mencecah 4 tahun. Dan, semua ini dalam 10 bab yang padat dengan info.

Bab pertama menyentuh tentang motherhood, menyambut kedatangan ibu-ibu baru. Ada cerita tentang apa yang kita nak expect bila baby lahir nanti, amalan-amalan sunnah: azan, iqamah, tahnik aqiqah dan berkhatan. Semua ini ada juga selit-selit hujah dan hadis.

Bab kedua pula merangkumi penjagaan ibu selepas bersalin, kira dalam tempoh berpantang Memandangkan buku ini bukan ditulis oleh orang Melayu, memang akan ada perbezaan dan tidak menyentuhlah pasal adat berpantang kita.

Bab ketiga sehingga bab ketujuh baru masuk cerita pasal anak: tumbesaran anak secara berperingkat.
1. 0-3 bulan
2. 4-6 bulan
3. 7-12 bulan
4. 1-2 tahun
5. 2-4 tahun

Apa yang seronoknya, dia bagi senarai semak tumbesaran anak dari segi emosi dan skill untuk setiap peringkat umur. Tak lupa juga aktiviti-aktiviti dan lagu nursery yang diolah kepada versi Islamik pun ada. Kira padatlah info!

Bab kelapan sampai kesepuluh menyentuh bab penyakit biasa, apa nak buat dan bantuan kecemasan yang kita boleh buat. Yang dalam buku semuanya cuma panduan asas, ada apa-apa yang luar biasa memang kena bawa check pakar tau.

Pendapat peribadi
Untuk ibu-ibu baru, memang highly suggested buku ni.
Dalam ni juga ada cerita pasal jaundice secara terperinci dan vaccination.
Oh ya, untuk mommies ada dia bagi tips untuk loose the baby weight dan senaman yang sesuai.

Buku ni sangat disarankan untuk baca sebab dia padat dengan info dan ruang untuk melihat satu perspektif yang berbeza dari adat kebiasaan yang ada di Malaysia.

Dua kali mengandung dan dua kali juga baca betul-betul. Ada masa memang buka dan baca just untuk refresh info-info yang ada.

So, buku ni antara hadiah yang bagus untuk new mommies. Asyik babies je dapat hadiah. Apa salah bagi maknya hadiah juga?
Husbands, take note ya.

Buku ni boleh cari online je rasanya sebab masih nampak few instagram yang jual. Just seacrh #nowyouareamother insyaAllah boleh jumpa.

InsyaAllah ini sahaja review pasal buku ni.
Next time kita cover buku lain pula.

Thank you for reading!

Tiada ulasan

Komen