Carian

Sambung cerita Dilwale

Assalamualaikum

Semalam ada aku upload komen aku tentang cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge dekat dalam instagram. Mulanya tak ada niat pun nak upload pasal cerita Dilwale. Lagipun tu cerita tahun 1995 kot, entah berapa kali tayang kat tv dah. Yang membuatkan aku upload tu sebab scene yang tengah aku tengok masa tu. Aku baru je bukak tv dalam 20 - 35 minit.

Nak dijadikan cerita scene yang aku sempat fokus ialah scene yang si Raj dan Simran ni kantoi bercinta sebab ayah Simran dah ada calon dan Simran sudah pun jadi tunangan orang. Bila dah kantoi, ayah Simran punya marah, dia belasah Raj. Dengan sound effect cerita Hindustan macam kuat sangat dia penampar mamat tu, memang mendebarkan. Haha. Simran punyalah berlari dari bilik dia dengan pakaian pengantin menangis-nangis sambil menjerit "Jangan! Jangan!"





Dia pun berlari sampai kat Raj dan terus cakap "Kan aku dah kata bawa aku lari dari sini" dalam teresak-esak. Si Raj pula dengan air mata mula bergenang bagitahulah yang dia tak boleh bawa lari Simran macam tu je. Dia siap tanya Simran "Ke mana kita nak pergi tanpa ibu bapa kita?" dan panjanglah dialog dia. Berjiwang-jiwang sikitlah.

Saat persoalan si Raj diajukan pada Simran, ada satu perkara yang terlintas dalam fikiran aku. Character yang dibawa hero filem ni adalah sepatutnya seorang lelaki. Kalau betul nak isterikan anak dara orang, buat cara elok molek. Bukan bawa lari. Dan character Simran ni boleh kata kebanyakan perempuan begini bila dah hanyut bercinta. K-E-B-A-N-Y-A-K-A-N ye, bukan semua.

Sebagai seorang lelaki Raj dah bertegas dengan Simran yang dia takkan sekali-kali bawa lari Simran walaupun dipujuk Simran. Dia tak mahu semata-mata cinta hubungan Simran dengan ahli keluarga keruh. Dia nak sehidup semati dengan Simran melalui cara yang elok, dan kalau memang tak dapat dia terima. Ending nya ayah Simran terharu melihat kesungguhan cinta Raj dan melepaskan anak dia kepada Raj.

Somehow scene ini mengingatkan aku pada zaman bujang dulu. Haha. Incik suami dulu memang layan acuh tak acuh, lagi-lagi lepas bertunang. Tak ada maknanya ambil tahu aku buat apa, pergi mana, jumpa waktu kelas je dah cukup. Kami bertunang lama. Setahun. Sebabnya balik Malaysia hanya setahun sekali. Tapi sepanjang tempoh bertunang, dia sangat bertegas dengan aku isu keluar bersama dan mesej-mesej ni. Sampai aku pun tak ambil kisah hal dia. Sementara tak kahwin, bolehlah kan nak tak kisah, buat tak layan semua ni.

Kami tak gaduh pun, cuma ambil ruang untuk sama-sama perbaiki diri. Itu pesan dia sejak dia kata dia serius. Dalam kotak memori memang tak ada yang aku boleh recall sebelum kahwin, jumpa masa kelas ingatlah. Yang banyak ingat, orang sekeliling suka tanya mana tunang aku dan jawapan aku banyak tak tahu.

Acuh tak acuh dia cuma sepanjang tempoh bertunang je. Selepas kahwin, tak sama. Banyak kejutan yang aku dapat. Banyak yang aku tak expect. Walaupun taklah sehebat macam dalam novel cinta atau cerita drama Korea, tapi syukur dia suami aku.

Aku kahwin belum lepas lagi fasa 5 tahun perkahwinan tu. Baru nak menjengah 4 tahun. Jauh lagi perjalanan kami suami isteri.

Kahwin bukan penutup cerita macam cerita Cinderella ke Snow White ke yang 'happily ever after' tapi kahwin ni sama macam kau buka satu buku baru untuk tulis kehidupan kau yang baru bersama orang baru. Itu sebenarnya sebuah perkahwinan. Kalau kau rasa kahwin ni boleh jadi 'happily ever after' takkan ada masalah cerai berai, curang ni.

Masa aku bagitahu nak kahwin, Ummi tak ada bagi nasihat ke apa untuk halang aku kahwin, dia cuma tanya soalan yang bertubi-tubi dan soalan yang paling terkesan ialah "sanggup nak hidup menghadap dia hari-hari sampai mati, hadap kerenah macam-macam, kerenah yang kita tak suka?". Kahwin biar sampai mati, sampai masuk syurga sama-sama. Bukan sebab cinta semata-mata. Dia kata kehidupan selepas berkahwin ni berbeza. Suka sama suka tak cukup untuk kukuhkan perkahwinan, banyak lagi benda lain yang perlu difahami dan diselami.

Pointnya, kahwin ini adalah satu akad pada satu perjanjian. Kalau memang dah decide nak berkahwin, jangan fikir untuk jangka masa pendek. Fikirkan untuk 10 20 tahun akan datang, kalau hebat biar sampai mati punya plan. Fikir masalah-masalah yang mungkin datang. Biasa sebelum berkahwin, rata-rata akan fikir lepas kahwin akan seronok, boleh sweet sampai diabetes, setel masalah. Itu semua hiburan kaca tv je. Realiti mungkin tak sama.

Sebelum berkahwin sebaiknya fikirkan dulu masa depan dan hala tuju perkahwinan. Bukan main hentam kahwin dan rasa everything will go fine. Kahwin sebab suka sama suka ke, kena paksa ke, akan ada turun naiknya. Sama ada dari luar atau dari dalam. Tanya diri sendiri sanggup ke tidak untuk kekal bersama sepanjang turun naik, boleh atau tak bertahan. Ada akal Tuhan bagi gunalah sebaiknya. Jangan ikutkan hati semata-mata.

Itulah yang panjang aku nak ceritakan pasal scene Dilwale yang hanya lebih kurang 10 minit sebelum the end.

Tiada ulasan

Komen