Carian

Hakikat Hati

Salam

Ok. Asalnya, nak tulis entri yang melankolik. Tapi, aku jadi sedih pulak nak susun ayat-ayat yang menyayat hati.

Hari ni, aku bangun awal. Awal jugakla. Kowt. Benda pertama yang aku terlintas dalam kepala setiap kali bangun ialah, aku nak tengok jam. Dah Subuh ke atau dekat dengan Subuh atau dah nak habis Subuh. Either way pun aku akan tetap bangun. Nak study. Esok nak exam. (Lepas tu dua jam duduk depan laptop dulu, baru study) Haha. Ok. Selingan sahaja.

Hati kita ni, sesuatu benda yang kita tak tahu sebersih mana dia dan sekotor mana dia. Pagi tadi aku bangkit, cuci muka dan apa semua yang patut, dan masak. Selesai masak, aku kemas barang-barang yang aku guna. Then aku bukak fesbuk pula. Asalnya, aku terjumpa artikel Awak peritnya menahan sebuah perasaan ini Lepas tu entah macam mana aku boleh jalan-jalan blog kat akuislam. Banyak benda yang menyebabkan hati aku tersentap. Especially bab hati. Entri yang menarik kat akuislam, Apabila Ustazah Jatuh Cinta, terjumpa pula Mentarbiyah Cinta, lepas tu Indahnya Perkahwinan dan Nilai Mahar yang terbaik…. Ok. Kalau diikutkan turutan tempat persinggahan aku di akuislam. Dari mula jatuh cinta kepada seksanya menahan perasaan dan masuklah alam perkahwinan. Basically, ini lah turutan hati kita saat tercalit dengan perasaan cinta kepada ajnabi selain daripada Allah, Rasul dan keluarga kita. Bila hati terusik, kadang-kadang kita jadi hanyut. Yang memilih jalan adalah kita. Nak biarkan diri terus hanyut atau nak pilih jalan yang terbaik. Ada orang jalan dia, bernikah, dan ada juga tidak bernikah. Itu semua kehendak Allah. Allah tak mungkin akan bagi kita jatuh cinta sekiranya Dia tahu kita tak mampu nak menanggung perasaan itu. Cuba hayati dua entri pertama yang aku nyatakan di atas. Percayalah, jika kita sayangkan Allah, itulah yang ada dalam hati kita bila jatuh cinta. Bab kahwin tu, aku saja share. Lagipun, kat dalam entri tu semuanya dibicarakan bersama dalil yang tercatit di dalam Surat Cinta Teragung kiriman Sang Pencipta Allah S.W.T.

Hati. Segumpal daging. Tapi tahukah kita semua, sesuci mana hati kita? Sekotor mana hati kita? Yang pakai tudung tak semetinya mempunyai hati yang suci dan yang tidak bertudung tak semestinya memiliki hati yang kotor, tapi, hati yang suci pasti akan tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Sungguhpun dia itu tak bertudung tapi hatinya baik, tak mustahili suatu hari nanti, dia bertudung labuh. Setiap hati yang suci tahu yang mana baik untuk dirinya. Hati kita ni satu benda yang amat sukar diungkaikan. Kita pun kadang-kadang tak sedar yang ada masanya kita judgemental, ada masa kita hati busuk, ada masa kita berhasad. Tak sedar. Tapi, kita pengubat hati kita, zikir dan selawat. Dengan adanya Allah sebagai peneman dan pendamping kita, insyaAllah. Semua benda akan dipermudahkanNya.

Ada tu, terjumpa dekat fesbuk juga. Design oleh senyomdesignstudio. (quotes)

Carilah hatimu di tiga tempat: temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran, jika tidak kau temui, carilah hatimu sewaktu menunaikan solat jika tidak kau temui juga, carilah ketika duduk tafakkur mengingati mati, jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati. (Imam Ghazali). 

Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan. Suburkanlah ia dengan siraman zikrullah pasti ianya mekar lantas membuakna buah amal seranum halawatul iman.

Kita tak tahu, sesuci mana hati kita, tapi kita boleh sucikan dia. Allah tak melihat pada keputusan hasil kerja keras kita, tapi Dia melihat sejauh mana usaha kita. Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal serta berserah kepadaNya, pasti, Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat akan memberikan hasil kepada kita sekadar yang mampu kita terima. Mungkin kita dah sehabis baik buat tapi, at the end, tak membuahkan hasil. Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Rujuklah surah Al-Baqarah, ayat 216. Dan kemudian ayat 286. Yakinlah dengan Allah. Kita dah usaha dan tawakal. Allah bagi setakat yang kita mampu. Mungkin kalau Dia bagi kejayaan, kita tak mampu nak tanggung. Dia bagi kegagalan sebab Dia tahu kita mampu nak tanggung. Kesimpulan mudah, tetapkanlah hati kita kepada Allah.

Hakikatnya hati kita sangat kompleks. Kadang kala kita pun tak boleh ungkaikan apa yang tersembunyi di dalam hati kita tapi Allah lebih mengetahui rahsia di sebalik setiap hati hamba-Nya. Maka, yakinlah dengan Dia. Ok? (^_^)

 

 

p/s: Jika kita terus percaya kepada Allah, insyaAllah, hati kita akan tenang. Carilah sakinah (ketenangan) hati di setiap sudut kehidupan seharian kita. Tak rugi pun.

2 ulasan

Komen