Carian

Awal sangat ke …..

Salam

Post kali ini adalah kesinambungan daripada post Kahwin??? dan post Masa Depan. Aku pernah cakap dulu cerita pasal kahwin akan aku update dari masa ke masa mengikut mood aku. Bukan mood miang nak berkahwin ke apa, tapi mood nak tahu pendapat orang. Setakat ni, dah ramai kawan-kawan yang aku tanya berkenaan hal ini. Alhamdulillah, banyak nasihat dan pandangan yang aku dapat. Tak lupa juga kat kawan yang memang banyak bagi idea-idea untuk aku menulis kat blog yang tak seberapa serinya.

Lepas diskusi dengan kawan yang seorang ni, banyak persoalan yang tak terjawab dan masih tergantung. Memang pada dasarnya sebagai pelajar, dengan usia setahun jagung dan memang masih cetek pengalaman, aku akui, belum sesuai dan bukannya orang yang sesuai untuk aku utarakan benda perihal kahwin, tapi, saat duduk menuntut kat negara asing yang bukan negara Islam tambah dengan cabaran yang berbagai, memang terlintas dalam perkara pasal benda yang orang kata remeh ni.

Senarai soalan-soalan yang ingin aku tanyakan,(sikit je dulu)

1) Kahwin awal (tengah belajar) menghancurkan harapan ibu ayah ke?

2) Kahwin semata-mata untuk jadi raja sehari je ke?

3) Masa depan tak ada jaminan ke kalau kahwin awal?

4) Memang biasanye kahwin tu mula-mula je ke yang seronok?

Yang nak jawab, sila kan jawab. Tidak ada jawapan yang betul dan jawapan yang salah. Aku pun tak nak marah sesiapa atas sebarang jawapan yang menyindir atau menyinggung perasaan. Hal sebegini bergantung kepada pendapat masing-masing. Lain manusia, lain pandangan dan lain sudut perspektif yang dia nampak. Yang bujang. yang berpunya, yang dah beranak-pinak, semuanya dibenarkan. Hehe. Pengalaman hidup bermacam-macam. Nak kongsi pun tak ada masalah.

Mungkin ada yang berfikiran aku gatal-gatal dan mengada-ngada post benda pasal kahwin ni sebab tengok senior la, ikut orang la, dan macam-macam lagi la. Semua orang ada tanggapan masing-masing. Alang-alang dah bercerita pasal kahwin, ada dua link aku nak kongsikan. Yang nak click, silakan click, tak nak, tak payah. Tak penting pun.

Nikah Khitbah: Tiket Untuk Bercouple

Antara persoalan kahwin awal

 

Ada pula dua tiga hari lepas, aku tengok cerita jepun (Hana Yori Dango Final je pun~) kalau ada yang tengok jalan cerita movie tu betul-betul dan cari mesej yang nak disampaikan dari cerita tu mesti faham apa yang bakal aku sampaikan. Dalam cerita tu menceritakan tentang dua pasangan yang bakal berkahwin. (Kita tolak tepi hakikat yang mereka ni non-muslim dan scene-scene yang tak sesuai bagi kita, kay?) Dalam movie ni memang diselitkan macam mana mereka nak menjaga satu amanah yang diberikan oleh ibu si lelaki kepada bakal menantunya. Kepercayaan, tanggungjawab atas satu sama lain dan macam-macam moral value yang kita boleh dapat. Tapi konklusi yang paling mudah aku boleh bagi ialah, kahwin bukan perkara yang temeh dan bukan semata-mata atas nama besar mana majlis kahwin pasangan tu atau mahal mana mahar yang dibayar atau sweet mana couple tu masa bercintan-cintun dulu tapi kahwin adalah tanggungjawab dan komitmen dan tak lupa bagi kita yang Muslim, ianya satu sunah. Nak kahwin bukan untuk sehari tapi untuk sampai ke anak cucu (kalau jodoh berpanjangan). Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk duit kita banyak mana tapi untuk sama-sama bina keluarga yang diredhai Allah. Nak kahwin bukan sebab nak tunjuk cintanya kita kat orang tu macam mana tapi  untuk mendapatkan kasih sayang Allah.

Kalau ikutkan perasaan memang aku dah lama miang menggatal kahwin (macamlah ada calon). Tak adalah, cakap pasal kahwin dengan usia semuda aku, memang buat aku berfikir kalau ada yang nak bercinta dengan aku sekarang, baik kahwin dengan aku. Tapi diskusi dengan kawan-kawan buatkan aku terfikir banyak benda. Kahwin. Sebut memang senang tak macam perkataan rusia yang sampai tersembur air liur nak menyebutnya, tapi makna dan maksud dia tu tak sesenang menyebut. Kawan aku ada je yang tanya, cakap-cakap kahwin, sedia ke nak jadi isteri? Sedia ke nak berpisah dengan mak ayah? Sedia ke nak spend time dengan suami nanti? Dan banyak lagi. Ye, aku tahu. Memang tak penting langsung. Baik aku selesaikan soalan physic yang lecturer bagi ke soalan matan ke soalan kimia.Banyak lagi benda yang lebih penting untuk aku fikirkan, ye dok?

(Mesti pening dengan aku, kejap macam gatal nak kahwin kejap macam tak nak kahwin~cik kak, pilih satu la)

Haha. Jujur jauh dalam sudut hati ni, memang aku nak. (Tunggu calon je)  Tapi masih banyak persediaan yang perlu aku sediakan, masih banyak sudut diri aku yang perlu aku betulkan.

Memang orang kata kahwin awal ni macam terburu-buru. Yang pergi buat majlis dalam keadaan terburu-buru tu sape suruh? Rancang awal-awal. Buat semua jadi teratur dan tersusun. Yang paling penting sekali tolak tepi la sume yang mengarut-ngarut dalam adat perkahwinan. Macam bersanding, ada hantaran berbalas-balas, dan segala yang macam sekadar makan duit yang tak jamin pun kebahagiaan perkahwinan. Ikut rukun nikah dalam Islam dan tunaikan yang wajib. Tak jadi masalah kan? Hehe. Kalau siapa-siapa yang baya aku memang dah plan nak kahwin, pesan aku, jimat-jimat belanja dan mudahkan kerja mak ayah bila nak kahwin. Yang nak kahwin kome, bukan depa. Ye dok?

Kahwin awal ni, ibarat mencegah maksiat daripada mengubatinya. Kalau dah berpenyakit nanti, susah pula nak mengubatinya. Nak mencegah pun kena kaji dulu, kena teliti dulu. Maksudnya, bukan nak bercinta je kahwin terus. Idok la gitu. Minta petunjuk Allah dulu. Istikharah, hajat. Doa kat Dia. Kalau memang ini jodoh kita, minta mudahkan urusan. Daripada nak couple sana sini, pergi dating la, baiklah kahwin. Daripada cipta fitnah baiklah orang sangka baik.

Pesan seorang senior kepada aku, nak kahwin awal ni bukan sebab gatal tapi nak jaga hati. Kita sebagai Muslim, yang ada pendidikan pun tahu kan tentang bab hati dan perasaan ni? Allah dah kurniakan perasaan tu. Janganlah kita pula nak cemarkan dia. Daripada dok main rindu-rindu kat boypren yang belum tentu jadi suami tu baiklah rindu kat suami. Dapat pahala, hati pun senang, tak ada nak gelisah tak tentu hala. Jujur aku cakap, bila rindu kat orang yang bukan suami, terdetik dalam hati tu rasa berdosa sangat. Baru dosa hati. Aku pernah lalui saat tu dulu. (Cakap macam dah ada suami je). Tak lah, dengan adanya didikan agama dari sekolah dulu, aku tahu rindu pada ajnabi tu salah dalam agama. Sebab tu ada doa, kalau dia jodoh kita, minta mudahkan, kalau bukan, jauhkan perasaan ni. Sebab tu ada istikharah. Kalau tak berbalas, tak jadi masalah sangat. Ni yang berbalas jadi masalah. Bila berbalas tu, sebagai manusia yang lemah memang kadang-kadang tu kita alpa. Tak tipu. Tanyalah mereka yang dah berkahwin, masa zaman bercinta dulu macam mana. (Macam dah kahwin je aku ni~hoho~lawak-lawak.) Sebab tu bila timbul je perasaan tu, minta dekat Allah petunjuk cepat-cepat. Kalau Dia bagi jalan mudah, jangan susahkan, Kalau Dia bagi jalan susah, usaha lagi dan usaha. Sebab usaha tu menunjukkan siapa kita di mata Dia.

Well, buat masa sekarang ni, setakat ini aje yang aku ingin coretkan. Nanti di edisi lain akan aku coretkan lagi. Hehe.

 

 

Harap maklum. Aku bukan nak menggalakkan perkahwinan awal. Oh. Tidak sama sekali. Tapi aku nak berpesan, sekali hati tu dah ada main feeling-feeling ke jiwang-jiwang ke, janganlah dok layan je. Lain orang lain masanya untuk sampai ke detik itu. Allah dah tetapkan. Ada yang muda-muda lagi dah fikir. Ada orang dah setel semua baru fikir. Ada orang bila dah agak lanjut baru nak ambil tahu. Ada pula tu, tak ada langsung terfikir. Masa masing-masing tu ada. Ok? Hehehe.

 

 

p/s: Dua tahun lepas, bab ni, aku paling wat derk dan tak layan. Dulu sibuk cakap kat orang. Ha, amek kau.

Tiada ulasan

Komen