Carian

Sukar untuk dipercayai!

Salam.
Wah, dah dekat sebulan aq tak menjenguk blog nieyh.
Entah ape kabor pun aq tak tahu.
Kesibukan smakin lame smakin bertmbah.
Tu pasal amat payah untuk aq luangkan mase.
Hah, sekarang ni pun takde mase, tapi rindu pulak same blog ni.

Sedor tak sedor dah dekat 3 bulan aq dok kat MIAT yang ternyata jauh terperok dalam hutan.
Kalo mau jalan-jalan, takde transport pun.
Tambah pulak aq ni jenis manusia yg malas nak balik umah, biarlah rumah tu dekat je pun.
Bukan pe, kalo dok kat umah, sah aq tak buat assignment aq.
Mane taknye, kalo televisyen yang ade mcm2 rancangan best2.
Yang tak best pun boleh jadi best kot.


* * * * * * *

Hari tu balik raye, sempat la juga balik ke Pahang (kampung Ummi)
Jumpa Aki, sedara mara yg dah lame tak jumpa.
Seperti biase tahun ini tak balik Kelantan.
Dah Tok Ayah ade di KL, buat ape balik?
Tak, bukan sebab tulah. Tapi sebab Tok Ayah pun dah tua. Tak boleh travel jauh2 ni.
Last year balik pe Kelantan. Walaupun sekejap nak mati, tetap balik.
Tapi tahun lepas best sikit pasal kitorang pergi hampir rumah sume worih.
Dari status sepupu sampaila tiga pupu. Di Kota, Gaung, ntah mane ntah lagi.
Tapi seriusly, aq rindu sangat raye kat Kelantan.
Pasal kalo balik Kelantan, duet raye masuk banyak (hehehe)
Satu lagi, meriah raye kat sana lame. Best sangat sangat!
Maybe tahun family aq balik kot Kelantan. Nak ziarah kubur Tok Mek.
Wah, sedihnye. Kalo panjang umur, kalo ade rezeki, aq dah takde di Malaysia!


* * * * * * *

Dah dekat 3 bulan aq belajar bahasa baru, Rusia. Hahahaha. Makin hari makin seronok belajar bahasa ni.
Bukan pe, kat kelas aq, satu hari takde sarkas, taksah.
Mesti ade je yang jadi bahan ketawa kelas. Sampai aq pun jadi.
Aq tak kesah pun lagipun kami sama-sama belajar.
Cakap pasal belajarla kan. Adela beberapa perkara yg menyebabkan aq agak stress (suke menipu... aqla tu)
Walaupun kami 33 hamba ALLAH ni just belajar 5 subjek, tapi cukupla untuk serabutkan otak kami.
Aq penah diberi pesan oleh seorg senior kat Samhul dulu, buruk mane cikgu tu, cikgu tetap cikgu.
Mase kat KKJ lagila, mase time tazkirah malam-malam, salu dok pesan sesama kawan,

"Macam mane pun buruknye cikgu tuh kite tengok, dia tetap orang yang menyampaikan ilmu kat kita. Tak kisahla kalau dia non-muslims ke tak pakai tudung macam kita, dia tetap cikgu"

Tu common to be said. Kami adelah dalam 4 ke 5 orang cikgu non-muslims. Sume baik-baik.
Kalo bukan kawan-kawan pesan, cikgu kat dalam kelas sokmo kabor gini,

"Kamu kena ingat, berkat cikgu tu penting untuk belajar. Walaupun cikgu tu tak marah kamu tidur dalam kelas, tapi kamu kena ingat hati dia tetap terguris. Kat sekolah ni, cikgulah ibu bapa kamu."

Asal cikgu-cikgu kabor gitu, mahu menangis aq. Mane taknye, aq pun sokmo gak ngantuk.
Tapi everyday aq ambil inisiatif untuk tunjukkan kat cikgu yang ape yang cikgu ajar dalam kelas tak sia-sia.
Bile dok menuntut kat MIAT ni, aq salu ingatkan diri aq pasal tu. Aq cube untuk tidak menyakitkan hati cikgu. Aq cube gak untuk tidak menilai cikgu aq. Bukan sebab dia non-muslims. Tapi atas sebab strictnya kat students. Memang strict, strict gila! Kalah cikgu BI aq kat KKJ dulu. Kalau dulu aq punyelah takut kat cikgu BI aq, takut lagi aq kat cikgu ni. Seriusly strictnya teramat sangat. Tapi sebab aq pikir, ape yang dia buat adelah untuk kebaikan kami sume. Bukan untuk dia. Dia salu pesan cenggini,

"You study for you." tak pun "Learn by heart"

Aq cube untuk tidak cakap dia kejam... (dah ramai juga cakap dia kejam). Aq masih mencari point yang baik untuk ajak kawan-kawan (bukan sume cakap die kejam, tapi adelah jugak) aq supaye tak cakap dia kejam. Tapi susah wo. Bukan senang tau. Wah, sekarang ni memangla aq rindu kat KKJ tu!

Tiada ulasan

Komen