Carian

GOAL!!!

Salam.



Alhamdulillah... Menang jugak kelantan semalam.
Aq bukanla tertarik sangat tengok game bola. Aq lebih suka main. Hehehehe. Kalu dapat asak bola tu, fuh! aq rase seronok gila. Dulu-dulu time tengah brutal dulu, memang kuat aq main permainan budak laki. Cume Ummi dengan Baba je tak tahu. Macam mane nak tahu kalu aq duduk kat taska? Memang nakal gak aq ni. Sejak 6 bulan yang lalu aq dok spend time kat rumah tanpa sebarang aktiviti, aq mulalah tertarik dengan perlawanan bola, especially mase tengah FIFA tu. Aq dan T-rex tengok first game dengan penuh semangat. Kami bukan supporters mane-mane team. Enjoy tengok player tackle bola je. Bila gol je, kami jeritlah gol! Maban, as usual, amat susah tertarik dengan bola. Sampai aq dengan T-rex yang jadi coach dia. Hampeh punya adek! (Masih sayanglah!)

Aq taklah hebat mane buat ulasan pasal bola semalam tapi, first half game memang tak menarik langsung. Sungguh ku bilang. Second half baru nampak semangat sikit. Aq serius suka tengok second goal yang disumbat oleh Kelantan. Cantek punya! Straight bawak bola, then, GOAL!!!! Baba dah terlelap kepenatan, so aq nak jerit pun tak bolehlah. Setakat cakap "Yes!" Walaupun aq bukanlah oghe kelate, tapi aq memang sayangkan kampung Baba. Pasalnya, aq memang suka duk kat sane.


Bola sepak memang dah jadi kegemaran kami satu keluarga. Ummi dengan Ena setakat join je. Ade skali tu kami ramai-ramai pergi gelanggang futsal. Boys versus girls. Of course girls menang. Dah Maban, Budin dan Ah Chong kecik-kecik je lagi tu. Wakakaka... Best sangat main futsal. Walaupun 4 vs 4, still seronok bagi aku. Jangan terkejut, dulu-dulu T-rex main bola. Sampaikan ada satu pak cik ni memang suka sangat tengok dia punya aksi atas padang. Sekali dia tengok betul-betul, kan, budak perempuan la. Aq tak kenal pak cik mane, tapi pak cik tu cerita kat Baba. Ehm, memang sahlah, T-rexlah. Sape lagi budak perempuan kat kawasan perumahan kami main bola? Tambah-tambah dengan cap lidah ke belakang. Sah-sah T-rex. No argument. Aq dulu main gak, time kat Skss. Kena cabar dek budak laki. Hehehe. Mase tu memang tengah membara semangat main bola. Last sekali aq join main bola, time form 2. Tu pun sebab T-rex ajak aq.

Tiada ulasan

Komen