Ahad, 8 Januari 2012

Saya Sayang ALLAH

Salam….

Ini adalah entri ketiga untuk Kempen SSA. Lama jugak tak update entri ni. Baru-baru ni aku ada menghadiri konvensyen di Rusia sempena perasmian Azam Russia. Azam Russia ni satu persatun Islamiah yang ditubuhkan oleh salah seorang pelajar medik di sini. Alhamdulillah, pada pendapat aku ianya sangat bagus la. Di konvensyen tu, kami di bahagikan kepada dua grup untuk slot pertama. Engineers-to-be bersama Prof. Dr. Alauddin, pengarah Institut Sains Angkasa, UKM dan doctors-to-be bersama Dr. Fauziah, pakar sakit puan KPJ Ampang Puteri. Slot pertama ni lebih menjurus ke arah kerjaya. Bagi slot kedua pula, ianya adalah lebih umum. Memang interesting sangat. Dengar pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh kedua-duanya sangat merangsangkan.

Ok. Semalam (7 Jan). aku ikut serta dalam program sepetang bersama Dr. Fauziah. Specially for muslimah only. Tajuk dia memang best la, From Zero to Hero: The OSEMness of Tarbiyah. Basically, apa yang disampaikan oleh Dr ialah mengenai tarbiyah. Tarbiyah ni berasal daripada perkataan arab. Huruf ‘RA' dan ‘BA’. Selepas ditasrifkan menjadi kata nama, jadilah terbiyah. Perkataan Rabb sendiri bermaksud TUHAN. So, kesimpulannya, tarbiyah ini ialah mendidik diri mentauhidkan Allah. Err, faham ke?

Secara asasnya, konsep tauhid ada dua. Tauhid uluhiyyah dan tauhid rubbubiyyah. Uluhiyyah itu berasal daripada perkataan Ila, yang bermaksud Tuhan juga. Tapi tauhid uluhiyyah ialah kita mengaku bahawa Allah itu adalah pencipta dan pemilik kita. Percaya atau tidak tauhid uluhiyyah dimilik oleh semua manusia tidak kira muslim atau kafir. Sebabnya, fitrah manusia itu sendiri ingin bertuhan. Sungguhpun dia mengakui dirinya tidak mempercayai tuhan, tapi bila ditimpa kesusahan, pertolongan yang dicari adalah Tuhan yang Esa. Deep down inside every human’s heart has it. Yang kedua pula, tauhid rubbubiyah. Rubbubiyyah berasal daripada perkataan Rabb. Tauhid ini ialah kita mengakui bahawa segala ketetapan, yang terjadi di atas dunia ni, takdir  adalah ketentuan dan kehendak Allah. Yang ini hanya dimiliki oleh mereka-mereka yang beriman dan mengakui keesaan Allah. Rasanya, benda ni dalam semua buku teks pendidikan agama islam sekolah menengah tingkatan tiga. Tak pasti sangat tapi dalam buku teks pemdidikan syariah islamiah tingkatan lima memang ada, kalau dalam buku teks pendidikan agama islam tingkatan lima atau empat, tak pasti pula. Senang kata, konsep tauhid ni dah lama diterapkan. Cuma tak diterapkan dalam diri. Back to topic, we want to have both or only one? Choose. It’s all in our hand. Ok? (^_^)

Tak tahulah, kalau apa yang disampaikan ini berat. Maaflah, tapi kita perlu tahu, tak nak kita just ikut orang. Faham tak, kawan-kawan?

InsyaAllah, next entri, aku akan elaborate pasal mukmin dan muslim. Nama macam sama tapi ertinya lain.

Back again to topic. Perasan tak dalam doa kita ada rabb dan ila? Contoh Ya Rabbana dan Allahumma. Kedua-duanya maksud yang sama kan? Tapi kebanyakkan doa kita berasaskan perkataan Rabb. Sebabnya, sambil kita doa, kita mengakui keesaan Allah. Its a good thing if we actually understand our prayers rather than just saying without understanding it. Kalau tak mampu nak berdoa dalam arab, doa dalam bahasa kita. Melayu ke cina ke english ke tamil ke russian ke any languages. Pencipta bahasa tu pun Allah. Takkan Dia tak faham. Tapi lagi bagus kalau mampu berbahasa arab sebab itu bahasa Jannah. Pada aku, belajar arab tak susah pun. Sangat mudah. Mungkin sebab dah lama belajar, tapi anybody anytime can learn it. Bila tahu bahasa arab tu, vocab kita boleh dapat hari-hari melalui Al-Quran dan Hadis. Bab grammar tu mungkin kena ada cikgu, tapi sekarang ni ada google. (ok.better ada cikgu.jangan memandai.sesat pulak nanti).

Maybe setakat ni, itu je la kot untuk entri ni. Kang banyak-banyak tak tersedut dek otak pulak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit daripada mengisi air sekaligus dalam baldi yang akhirnya ada sikit juga. (Peribahasa sendirian berhad…><)

 

p/s: Semakin kita dekatkan diri dengan Allah, kita akan tahu part mana diri kita perlu ubah dari segi pakaian dan tingkah laku. It’s because of our heart starting to understand it.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Let's hear it from you.