Sabtu, 24 Disember 2011

Kempen SSA

Salam

Amboi. Nak berkempen-kempen pulak dak ye? Bukan politik,ok? Sama sekali tidak melibatkan politik. Harap maklum. Kejap lagi nak terangkan maksud SSA tu. Sangat simple. Saja je letak nama gitu, kasi saspens. Err… saspens ke?

Orite. Mukadimah untuk hari ini. SSA adalah SAYA SAYANG ALLAH. Aku bukanlah reti mana nak berkempen. Tapi pada masa yang sama, aku nak mengajak kawan-kawan sekalian untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan bersama aku. Kita nak kan kebaikan dan keredhaan Allah, semata-mata untuk diri kita je ke? Bukan apa, nanti masa Hari Kebangkitan, segala silap yang ditanya, kita akan cari jalan juga nak tunding kat orang, nak orang tu yang salah sebab tak itula, tak inila dan macam-macam. Istilah ‘jaga tepi kain orang’ ada tempatnya. Memang kadang-kadang silap orang kita tak berani nak tegur sebab istilah di atas ni. Tapi, pernah tak kita terfikir, yang sebenarnya, satu hari nanti kita akan ditunding semula? Sebab benda yang simple lagi kecik ni? Elok timbangan Mizan kita bolehkan kita masuh syurga, tapi sebab yang sangat simple ni, kira cancellah masuk syurga. Nak? Aku pun tak adalah seberani mana nak tegur-tegur orang ni. Yep. Aku  tak nafikan nak menegur orang yang kita tak berapa kenal memang susah. Bukan tak kenal, kawan baik sendiri pun sama, as in ‘nak jaga hati’. Kemonlah, cikgu aku dulu pernah pesan kat badan pengawas sekolah, even kawan baik sendiri langgar peraturan sekolah, tegur and do the same as what you do to other students. At first maybe kawan tu dah tak nak kawan dah dengan kita, tapi, kalau dia memang betul-betul, kira BETUL punya kawan, dia akan fikirkan kenapa kita macam tu. Since aku dah ada belog yang tak sefeymes mana, insyaAllah, aku gunakan dia sebagai medium. Okeyh? –panjang pulak mukadimah-

Kempen ni bukanlah kempen rasmi mana pun. Saja letak perkataan kempen sebab aku sedang mengajak…..bukan ke sama dengan maksud kempen? (BM saya hanya di atas kertas peperiksaan). Seperti yang aku dah eksplen kat atas, aku nak mengajak kawan-kawan berubah ke arah kebaikan bersama aku.

Mula-mula aku nak ajak semua orang untuk berfikir.

Allah dan Rasul. Cuba setiap malam sebelum tidur, kita fikir, dalam satu hari tu berapa banyak kita ingat kat Allah. Berapa banyak kita zikir kat Dia? Same goes to Rasul. Selawat ke tak kita ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W?  Dan banyak persoalan lain. (Akan di update sikit-sikit). Sometimes, ada benda kita kena buat dengan keadaan terpaksa. Bukan kena paksa dengan orang lain, diri sendiri. Push diri kita. Mula-mula akan rasa itu la, ini la. But up to one time, kita tak boleh tinggalkan amalan baik tu. Kalau tertinggal, rasa semacam je. Or satu hari tu memang macam the worst day everla. Hepi ke sedih, ingatlah Allah. Sihat ke sakit, ingatlah Allah. Lapar ke kenyang, ingatlah Allah. Tanamkan dalam hati tu, Allah. Dia bukan suruh kita 24jam ingat kat Dia tapi SENTIASA. Berbeza ok. Nak eksplen aku tak pandai. Tapi ada aku terjumpa di laman-laman web pasal benda ni. Allah yang ciptakan kita, Dia tahu kelemahan dan kelebihan kita. Senang kata, lebihkan Dia. Dalam setiap apa urusan. Anything yang kita buat dalam seharian, fikir…. Will Allah satisfies? (Curi lirik Maher Zain). Tak ada salah nya kita ingat benda lain TAPI, utamakan Allah. Err. Macam komplikated je penerangan ni……(T.T)’

Ok. Untuk tak menambahkan pening semua orang. Janganlah paksa otak tu fahamkan benda ni. Perlahan-lahan. InsyaAllah, by time akan faham la tu. Tak guna kalau kita faham agama dengan akal semata-mata tanpa hati kita dan perbuatan kita. Dan tak guna juga kalau kita tahu buat tapi tak faham apa-apa. Kena seimbang. Supaya kalau ada orang tanyak , insyaAllah boleh dijawab.

Setakat ni itu je. Banyak lagi nak tulis. Tapi, Entri kali ni macam memeningkan sikit. Tak nak sumbat semua apa yang terbuku dalam akal dan hati ni terus tanpa hanti. Take times. By times pun, bukanlah semata-mata aku akan post pasal SSA je. Kalu-kalu aku nak luahkan perasaan, tak salah. (Ngee~)

 

 

p/s: Nak citer pasal kawin lagi….tapi dah tak ada modal. hoho. n plus, ramai yg ingt aku nak kawin. =.=’ (just kidding)

Saya mestilah Muslim dari sudut ibadah dengan menghadirkan hati saya dalam setiap ibadah saya, dan saya mestilah tamak untuk beribadah. (Petikan buku Ma za yakni – Fathi Yakan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Let's hear it from you.