Khamis, 29 Disember 2011

Jom kita sama-sama meriahkan

Salam.

Sambungan Kempen SSA. Untuk entri yang pertama boleh rujuk disini. Kempen SSA. Tak ada apa sangatlah pun sebenarnya. Sekadar nak sama-sama mengajak kawan-kawan buat kebaikan. (ok.ada kesilapan tatabahasa sikit…sila abaikan)

Kali ni masih lagi nak bercerita pasal Pencipta kita yang Agung tu. (^.^). Sedar tak betapa romantisnya Dia pada kita semua sebagai makhluknya yang kecik lagi kadang-kadang tak sedar diri ni? Dia bagi kita NYAWA. Satu benda yang tidak ada sesiapa pun dapat berikan kepada sesiapa. Takkan ada wujudnya keadaan mati hidup semula melainkan dengan izin-Nya. Sungguhpun Nabi Musa ada mukjizat sedemikian, itu adalah atas kehendak-Nya jugak. Kita tidur tu, bukan kita sedar mana pun. Entah-entah esok dah selamat kembali ke pangkuan-Nya pun. Bukan kita tahu, kan?

Sebagaimana pun kita ego dengan Dia, kadang-kadang belakangkan Dia, abaikan Dia, tak pedulikan Dia dan apa-apa yang seangkatan dengannya, Dia masih bagi kita hidup. Sebab pe? Dia sayangkan kita. Tak tipu. Kalau kita lah kan, acapkali jadi macam tu kat kita, malas dah kita nak layan orang tu kan? Buat tak peduli lah kat dia tu. Tapi Allah tak. Dia baik sesangat. SESANGATNYA BAIK. Even kita repeat salah dan dosa yang sama kat Dia, kita minta ampun, InsyaAllah diampunkan. Dia tu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Teringat satu ayat dalam Surah Ar-Rahman. “Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Pernah tak terfikir, kenapa ayat ni dalam surah ni berulang kali disebut-sebutkan? Cuba hayati maksud ayat tu. Dalam tak sedar ada saatnya kita sebegini. Lupa dan alpa. Leka dengan nikmat duniawi ni. Yup. Tak dinafikan, setiap manusia takkan terlepas. Hanya yang mampu menjaga diri kita adalah IMAN kita. Bukanlah kecantikan kita, bukanlah kekuatan kita, bukanlah kesihatan kita. Tak tipu. Secantik mana pun kita, tak ada guna tanpa iman yang kuat. Sekuat mana pun kita, tak guna tanpa iman yang teguh. Sesihat mana pun kita, tak guna tanpa iman yang cekal. Pernah baca kisah seorang wanita yang berpurdah di US yang tak dirogol? Sungguh unik sebenarnya kisah dia. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Dengan iman yang cekal, kuat dan teguh, wanita itu berjalan seorang diri di malam hari di satu lorong yang sunyi dengan seorang lelaki yang sedang duduk di tepi lorong tersebut. Dia seorang wanita, dari segi fizikalnya, tidak segagah lelaki, tapi dia ada iman yang kuat seperti lelaki. Hebat tak?

Sekadar renungan bersama. (diri ni pun sama je)

Ok. Iman tu ada tiga perkara, hati, badan dan mulut. Kata lain, mengaku dalam hati, melakukan segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang dan mengakui dengan mulut iaitu syahadah. Hati kita yakin dan pasti kepada-Nya, badan kita melakukan segala ibadah kepada-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya dan mulut kita mengucapkan keyakinan yang kita akui dalam hati dan dengan perbuatan kita. Even solat pun memerlukan tiga perkara ni. Niat bukan sekadar di mulut tapi bersama hati. Gerak geri dalam solat disertakan sekali dengan ucapan di mulut dan juga penghayatan dalam hati. Pernah terjumpa ada seorang ni cakap yang doa yang terbesar ialah solat. Yup. Betul. Kalau diteliti dan dihayati setiap satu bacaan dan perbuatan kita, itulah perbicaraan kita dengan Yang Maha Esa.

Teringat pula ada satu hadith yang mafhumnya berbunyi, disampaikan oleh Aisyah r.a, Rasulullah bercakap dengan kami dan kami bercakap dengannya. Apabila sampai waktu solat, sepertinya bagina tidak mengenali kami dan kami tidak mengenali baginda.

Banyak lagi hadith mengenai ibadah yang khusyuk. Nak mencapai khusyuk tu bukanlah sesuatu yang mudah. Sebab tu khusyuk itu bukan rukun solat. (Jangan lupa bilangan rukun solat lak, 13. Nombor sial bagi orang kafir. Nanti akan diceritakan ye.) Tapi tak mustahil untuk kita kecapi khusyuk tu. Tak tipu. Ada kisah seorang sahabat yang dipanah kakinya ketika sedang solat, sedikit pun tak merasa sakit. Memang khusyuk betul la tu. Sungguh. Kuatnya iman sahabat ni. Kagum.

Kesimpulan yang mudah untuk entri kali ini ialah, tanya iman kita setiap hari. Tanya hati kita, tanya tubuh badan kita dan tanya mulut kita. Berapa banyak hati ini terlalai, berapa banyak badan ini melakukan dosa, berapa banyak mulut ini berkata sia-sia? Soal lah diri kita. Tak lama mana pun nak buat. Sekejap sangat. Dan tak membazir dan merugikan pun kita buat macam tu. Kan? (><)b

 

 

p/s: InsyaAllah entri akan datang berkisarkan perkahwinan.ok.jangan excited~sape yang excited skarang ni?=.=’

Saya mestilah Muslim dari sudut ibadah dengan melakukan ibadat dengan khusyuk dan merasakan panas-panas hubungan dengan Allah. (Petikan buku Ma za yakni – Fathi Yakan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Let's hear it from you.