Selasa, 8 November 2011

Perspektif yang berbeza

Salam…

Selamat hari raya aidiladha kepada semua yang menyambutnya, tak kira di mana sahaja anda berada, selatan ke timur ke barat ke utara. Asalkan sama-sama anda meluangkan masa untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sempena hari yang mulia ini.(n.n)

Berdasarkan tajuk yang tertera di atas, aku ingin menulis tentang perspektif yang berbeza. Ini mungkin hasil perbincangan antara aku dengan seorang kawan semasa berada di St. Petersburg. (Orang yang sama je…lain tempat je). Seronok sebenarnya bila sekurang-kurangnya dalam sehari kita cuba fikirkan tentang kehidupan kita ni. At least kita memikirkan tentang diri kita dan siapa kita ini. Tak salah asalkan membawa kebaikan kepada diri kita. Kan, kawan-kawan? (Lama dah tak guna tagline comel ni~haih)

Kawan ini menceritakan tentang kisah tiga titik hitam. Mungkin ada di antara kita yang pernah dengar atau baca cerita ni. Even ceritanya pendek pun, maksudnya dalam. Alkisah bermula dengan seorang cikgu yang masuk ke dalam kelas dan membuat tiga titik hitam di papan putih. Kemudian, dia bertanya kepada anak muridnya, apakah yang mereka nampak di atas papan putih itu. Seraya, semuanya menjawab tiga titik hitam. Kalau dalam kelas tu ada 40 orang pelajar, semuanya mempunyai jawapan yang sama. Aku nak tahu, apa yang ada dalam gambaran kawan-kawan? Kepada yang ada jawapan selain daripada tiga titik hitam, baguslah. Kepada yang masih hanya nampak tiga titik hitam, cuba tengok betul-betul dan fikirkan betul-betul apa yang sebenarnya terbentang atas papan putih tu…..

Fikirkan…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Teruskan berfikir…..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan berhenti berfikir….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buka pandangan anda luas-luas…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perspektif anda sampai di mana?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masih tak nampak lagi?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Okay. Macam mana? Dah dapat dah jawapan lain selain daripada tiga titik hitam? Cuba tengok gambar kat bawah ni. (Ilusi untuk papan putih bersama tiga titik hitam)

3dots

Still, masih nampak tiga titik hitam? Tak mengapa. Kadang-kadang memang tak terjangkau fikiran kita nak fikirkan benda-benda di luar perspektif kita. Bukan salah sesiapa dan bukan salah diri sendiri. Aku pun pada asalnya hanya nampak tiga titik ni juga. Tak nampak dah benda lain, even aku cuba juga tengok apa yang wujud kat atas papan putih tu….haih~

Well, cuba kita fikirkan, punyala luas papan putih tu, tapi mata kita tertumpu pada tiga titik hitan tu juga, betul tak? Tengok. Setakat tiga titik hitam aje, kita dah jadi hilang tumpuan pada papan putih yang kaler memang sah-sah putih dan bahagian yang berwarna putih itu lebih banyak daripada yang hitam. Betul tak? Kenapa eh? Sebab yang hitam itu lebih nampak bezanya, kan? Begitulah kita seharian dalam kehidupan kita. Ibaratnya, titik hitam itu sebagai sifat atau perilaku sesiapa saje, kawan-kawan atau sahabat handai mahupun keluarga sendiri, yang kita tak suka ataupun yang buruk. Kita lebih nak melihat kepada silap dan salahnya orang lain. Betul tak? Sedangkan masih banyak tentang hamba Allah itu yang kita tak ketahui, masih banyak rahsia dirinya yang kita tak tahu.

Pernah, aku terbaca status seorang kawan, (kawan lain pulak ye) menulis : Kita senantiasa mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, sedangkan diri kita tidaklah sempurna mana, sedangkan diri kita masih lagi berbuat salah dan silap. Berhentilah mencari keburukan orang lain dan carilah kebaikan mereka.

Aku setuju sangat dengan status kawan aku ni. Aku mengaku kadangkala aku juga tak lari daripada melihat lebih kepada kesilapan dan kesalahan atau keburukan orang lain. Sebab, aku hanya hamba Allah yang masih lagi mencari jalan pulang, yang masih lagi perlukan bimbingan. Memang kita semua takkan lari daripada untuk melihat keburukan orang lain sebab itu adalah salah satu usaha Iblis untuk memecah belahkan kita. Iblis membuatkan kita mementingkan ego dan emosi kita berbanding iman dan kewarasan kita. Almaklumlah, kehidupan ini penuh cabaran dan dugaan. Bak kata kawan aku yang sorang ni, boleh je Allah jadikan kita tanpa perasaan, boleh je Dia jadikan kehidupan kita tanpa sebarang dugaan dan ujian, tetapi, Dia jadikan semua ini untuk melihat ketaatan dan keyakinan hamba-hambaNya. Bersyukurlah kita atas segala nikmat kurniaan-Nya. (^_^)

Pesanan kali ini, buat diri sendiri dan kawan-kawan,

Luaskan perspektif pemikiran anda, teruskan berlayar dan mencari keredhaan-Nya, jangan mudah putus asa dan ingat, Allah menyayangi mereka yang sentiasa mengingati-Nya~

Kawan ini pernah berkata,

“Manusia yang paling kuat ialah yang mampu menahan nafsu dan amarahnya….”
(Seriesly, ini hadis riwatyat siapa, aku tak ingat… mintak maaf banyak!)

 

 

p/s: haih~pandai je aku menaip dengan laju

 

1 ulasan:

  1. ush..macam idea blog aku je ni
    http://kucaricintaitu.blogspot.com/2011/04/kertas-putih.html

    BalasPadam

Let's hear it from you.