Ahad, 1 Mei 2011

Kem BTN

Salam

Akhirnya aq menyinggah gak kat blog ni. Asalnye malas je nak menulis pasal BTN. Tapi nak gak kongsi pasal BTN. Kem selama 5 hari kat BTN memang menyeronokkan kowt! Tak aq sangka aq boleh rate yang ini second kem yang aq suke. Well, all this while kalu cakap pasal kem, dalam kepala aq just ade aktiviti lasak dan aktiviti mencabar. Tak mainla ceramah, ke LDK belambak-lambak. Namun, kali ni, aq SUKE! Walaupun adelah timing dalam beberapa ceramah aq mengantuk, aq kuatkan semangat untuk tidor dan agak berjaya jugaklah. Dan hasilnya,aq rasa seungguhnya aq ni bukanlah anak Malaysia yang sejati. (T.T)

Kemuncak bagi kem ni, bagi aq lah kan… malam terakhir. Aktiviti sangat simple, buat logo berdasarkan barang yang telah diberikan kepada setiap kumpulan dengan 3 syarat utama;

1) Boleh bercakap tapi tak boleh bersuara

2) Boleh berjalan tapi tak boleh berdiri dengan dua tapak kaki

3) Boleh memberi tapi tak boleh meminta

Note: arahan di atas mempunyai maksud tersirat.

Setiap kumpulan pun mendapatlah bahan. Bahan yang pelik. Macam mane nak buat logo? Bila aq perhatikan kumpulan lain-lain, logo yang nak dibuat adalah bukan setiap kumpulan tetapi untuk kami semua ahli peserta. Kawan aq, mula la memberitahu kami walaupun susah. Alih-alih, dia pulak kena tarik. Aik?! Kenapa? Takpe, aq dah paham mesej dia. Aq pun mula bergerak ke kumpulan sebelah. Bagi barang kumpulan bahang aq, tapi tetiba plak fasi tarik aq. Haisy, panas dowh aq! Risau gak sebab membe aq tenga lost tu! Takpe, hope-hope diorang paham mesej last aq.

Bukan aq aje yang dah ditahan oleh fasi atas ‘kesilapan’ kami. Adelah dekat 20 orang. So, kami pun dudulk dengan abang fasi sorang ni. Dia pun memulakan bicaranya. Bicara yang penuh makna. Bicara yang membuatkan aq terasa sangat-sangat sedih. Bicara yang mengena tepat pada saat dan situasi. Bila dia tanya aq, adakah aq rase aq buat salah? Terus terang mula-mula terasa salah, tapi kan, mane ade! Aq tak buat salah ape pun! So, dia pun cerita ape objektif aktiviti itu dijalankan. Memang sangat mendalam maknanya dan kalau ada yang cakap faham konteks yang cuba disampaikan oleh brader tu hanya mereka yang betul-betul melaluinya dan betul-betul merasakan dalam hati. Sebab, apa yang diterangkan sumpah sangat sukar untuk difahami dengan hanya melihat dan mendengar. Setakat angguk dan mengiyakan tak cukup. Dah terkena baru boleh betul-betul rasa. Kalu aq nak ceritakan, susah. Serius susah. Sebabnya, kami yang diluar,lain pengalamannya dengan mereka yang berada di dalam. Mereka di dalam tak merasa apa yang kami rasakan di luar. Sangat-sangat berbeza dan tak mungkin akan difahami dengan mudah. Macam yang pernah aq cakap sebelum, tak cukup setakat member korang cakap “kalu akulah,……” sebab setakat cakap macam tu tanpa pengalaman, tak cukup. Percayalah cakap aq sebab suatu ketika dulu, aq suka menggunakan statement camtu dan aq dah merasakan akibat aq suka sangat gunakan ayat tu. Sekarang ni kalu kawan-kawan aq ade yang mengalami masalah, aq tak berani nak bagi komen apa-apa melainkan apa yang dialami tu pernah aq alami suatu ketika dulu.

Boleh kata malam kemuncak tu memang menyebabkan aq banyak berfikir dan boleh dikatakan kurang tidur jugakla. Tapikan, malam tu memang sangat enjoy. Hurm… macam-macam dah aq fikirkan untuk memulakan kehidupan baru aq. Tinggal kekuatan dalam aq je.

Kem BTN ni juga dah mengira usia fisiologi aq…. 45 tahun. Wakaka. Tua gila aq nieyh! Huhu. Takpe, lari 2km aq berjaya. 13 min 12 saat. Ngee~ Agak memberangsangkan buat aq yang sekarang ni bergantung pada main pingpong. Paling aktif pun bila main dengan Svetlana. (Dah dia suka kasi bola maut! Wah!) Hurm bak kata ‘coach’ tak berbayar aq, aq kena rajin sikit bergerak. Hehe. Memang sekarang ni tahap malas nak bergerak. Azam aq lepas ni nak banyak-banyak beriadah. Nak jadi fit.

Lepas BTN ni, selain azam aq nak banyak beriadah, aq jugak nak cari buku perlembagaan malaysia dan sentiasa up-to-date dengan berita semasa malaysia. Sesungguhnya terlalu banyak pasal malaysia yang aq tataw. Malunyer aq…..

Selepas kem BTN ni, aq rase kan, sememangnya kem wajar diwajibkan kepada semua rakyat malaysia. WAJIB. Sebab kem ni memang banyak input dan banyak intipati untuk bakal-bakal pemimpin negara. Jujur, ramai anak bangsa sekarang ni lebih membanggakan negara lain sedangkan apa yang dah terbentang di negara malaysia ni, sudah memadai cuma kemalasan yang tahap melampau menyebabkan kita rasa tak cukup. Cuba sekali dalam hidup, bandingkan kemakmuran yang ada di malaysia dengan negara yang kita sibok banggakan, macam US, UK, Korea, Jepun, German, Paris, dan lain-lainla… contoh paling dekat, negara jiran kita Indonesia dan Thailand, tak lupa Singapura dan Brunei. Cukupla…. Tengok betul-betul…. Sekarang ni ada kemungkinan besar kemakmuran yang ada sedang tergugat dek kerana kurangmya rasa bersyukur dengan apa yang terbentang dihadapan mata kita. Itu je aq nak cakap. Buat kawan-kawan yang baca sekarang ni, ambillah masa yang sekejap untuk compare. Jangan tengok apa yang indah kita tengok kat negara-negara pujaan kita. Sebab yang indah itulah menutup kecacatan. Seyes. Kita ada entah berapa banyak kaum dan kepercayaan dalam satu negara di bawah satu pimpinan. Fikirkanla…

 

 

 

 

p/s: Aduyai…dah mcm ahli politik pulak rase…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Let's hear it from you.