Khamis, 9 Disember 2010

Kasihnya Teman

Cerita yang direka adalah dan sememangnya rekaan semata-mata dan sememangnya tiada kaitan walau sedikit pun dengan siapa-siapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada. Harap maklum!

* * * * * * * * * * * *

Ade 3 orang kawan baik, Wardah, Nadiah dan Shahirah. Walaupun depa ni lain-lain perangai, lain-lain pemikiran, depa sangat rapat. Nak dijadikan cerita, ade dua kawan baik yang memang tak suka tengok depa bertiga, Muna dan Tina. Depa sume ni baru form 5. Sekolah kat SMK Pokok Renek.

Wardah @ Dah– jenis yang suka buat benda pelik, tapi sangat penyayang.

Nadiah @ Diah– pemalu dan tak banyak cakap.

Shahirah @ Shera – agak tomboy tapi jiwa still ayu beb!

Muna dan Tina – watak jahatlah dalam cite ni

Zack – bf Shahirah, tapi mata keranjang… hampeh

 

Meh aq mulakan cite ini. (Tajuk asal cite ni NOSTALGIA ~ at the end sambung)

Shera sokmo bawak biskut Tiger sebab jimat kos. Kalu Diah pulak, dia bawak je ape yang mak dia bekalkan. Dah lagi senang, kawan-kawan dah ade makanan, makan je. Asal masuk perut. One day, Shera bawak biskut Tiger macam biasa dan Diah bawak cucur sekali dengan sos cili.

“Eh, Dah ape pasal kau cicah biskut Tiger tu dengan sos cili tu?”

Diah terkejut beruk tengok Dah. Dah ketawa tengok muka Diah n Shera yang pelik tu. Selamba badak je pulak tu dia telan biskut Tiger dan sos. Bukan sekeping aje yang dia makan, banyak jugak. Sedap pulak.

“Wei,  trylah sekeping. Seyes sedap. Diah, lepas ni hari-harilah kau mintak mak kau buat cucur. Tak pun bawak sos hari-hari”

Diah n Shera pun cube makan. Memang sedap pun. Tengah-tengah depa enjoy makan, Zack melintasi depan depa. Apa lagi, Diah dan Dah menyakat Shera habis-habisanlah. Sian Shera malu tak tahu mane nak sorok muke. Walaupun Shera ni nampak ganas dengan rambut pendek dia, cakap kasar, tapi dia masih budak perempuan. Entah macam mane boleh plak sangkut dengan Zack tu. Mula-mula dulu Dah tak suke, tapi demi Shera, dia menerima. Diah memang dari awal tak penah nak komen ke ape-ape.

Dari jauh, Muna n Tina, shortform MT, bengang tengok depa bertiga. (memang tak paham ape masalah depa berdua ni). Depa dok bisik-bisik bikin plot nak menjahanamkan persahabatn orang bertiga tu. Dah siap plot, ketawa terkekeh lah. (mesti plot entah pape)

 

“Dah, Shera, korang balik dulu, kay? Ade orang nak jumpa aku sekarang ni. Dia kate urgent.”

“Jap, Diah. Siapa yang urgent sangat nak jumpa kau?” Dah sangat amek berat pasal Diah, sebab Diah ni memang salu kena kelentong. Salu masuk perangkap orang.

“Entah, Muna bagitau tadi. Dia kate ade kena-mengena dengan kelab.”

“Okay. Make sure kau jaga diri. Ayah aku dah sampai, tak boleh nak teman kau.” Dah memberi pesanan kepada Diah.

“Diah, aku pun tak dapat nak teman kau. Mak aku suh balik awal hari ni. Sorilah.”

“It’s ok. Aku gerak dulu. Bye!”

Laju Diah meninggalkan Dah dan Shera. Sekelip mate aje dia dah hilang. Dah dan Shera jalan bersama-sama ke pagar sekolah. Bila Dah nampak motor ayah dia, dia terus meninggalkan Shera sorang-sorang kat depan pagar sekolah. Tinggallah Shera sorang-sorang. Tengah dia jalan sendirian tu, dia main sepak-sepak batu. Sekali tersalah sepak, jatuh tersadung. Malu jugaklah sebab masih kat depan pagar sekolah. Dengan muka tak malu, Shera bangun. Tiba-tiba dia nampak Zack dan Diah kat tepi kantin sekolah. Berduaan. Dia nampak Zack tarik tangan Diah. Diah pulak macam tengah cakap sesuatu kat Zack. Shera jadi bingung. Jeng-jeng, MT suda sampai.

“Kau tengok Shera, diam-diam belakang kau, Diah tu salu jumpa Zack senyap-senyap,” Muna mula menghasut Shera.

“Betul tu Shera. Patutlah tadi laju je tinggalkan kau. Rupa-rupanya nak pergi rampas pakwe kau,” Tina menyambung.

“Boleh tak korang diam?! Menyebok je” Shera terus meninggalkan MT. Walaupun kena ‘sound’ dengan Shera, depa tak kesah. Yang pasti, lepas ni Diah dan Shera akan ada perang besar. Sememangnye depa gembira.

 

Esoknye, memang Shera tak bertegur sapa dengan Diah. Diah pelik tapi dia takut nak tanya sebab bila Shera tengah hangin, memang macam singa. Dah pulak pening tengok Shera.

“Shera, kau kenapa?” Diah beranikan diri tanya Shera.

“Semalam yang kau cepat sangat nak jumpa orang, kau jumpa Zack, kan? Kenapa kau jumpa dia?”

“Aku tak tahu pun yang nak jumpa aku dia. Seyes. Tahu-tahu dia ade kat situ.”

“Jangan nak tipu aku, Diah. Kalu kau suka kat Zack, cakap. Semalam aku tepon Zack. Dia kate kau yang nak jumpa dia. Kau luahkan perasaan kat dia. Betul tak?”

“Taklah. Dia yang luahkan perasaan kat aku. Dia kate dia nak clash dengan kau.”

“Diah, aku kenal Zack tu, kay. Dia tak penah tipu aku”

“Kejap!!!” Dah mencelah tiba-tiba.

“Shera, kau kenal Zack tu sekejap je. Tak lama macam mane kau kenal kitorang. Kenapa kau tak boleh nak percayakan Diah? Semalam dia dah bagitahu aku pasal benda ni. Kau lebih cayekan mamat kaki kelentong tu ke? Shera, ingatlah sikit. Diah ni kawan kau. Dia kan memang salu kena macam ni.”

“Aku sayangkan Zack tu, mestilah aku percayakan dia. Bukan aku tak caye Diah tapi aku tak sangka belakang aku Diah boleh tikam aku macam ni”

“Shera!” Diah separuh menjerit bila Shera cakap begitu. Terus Diah menangis. Tak sangke pulak Shera tak percayakan dia. Shera terus tinggalkan depa berdua. Dah tak tahu nak buat apa. Dari jauh MT tengah seronok celebrate kejayaan depa. Gembira tak terkata. Sekarang depa nak pisahkan Dah dan Diah pulak. (phd melampau sangat dah ni….)

 

Lepas dua hari dari kejadian, dengar berita Diah masuk hospital. Dia ade sakit buah pinggang. Dan sangat memerlukan penderma. Keluarga Diah memang susah. Kos nak bedah pun belum tentu mampu bayar. Dahlah Diah tu anak sulung. Dah kesian tengok Diah yang sakit. Doktor kate, Diah punya sakit memang dah tahap kronik sebab tu nakkan penderma. Dah cuba bagitahu Shera pasal Diah tapi Shera memang degil. Dia tak nak pergi tengok Diah. (kemaruk cinta sangatla ni). Jalan terakhir, Dah pergi rumah Shera. Kali ni dia nak tarik Shera pergi hospital. Macam mane sekalipun kena bawak Shera.

“Dah, aku dah kate tak nak, tak naklah!'” Shera tetap berkeras.

“Shera, kau buanglah marah kau yang tak bertujuan tu. Diah tu kawan kita. Dia sakit sekarang ni. Kau tak sayang ke kat Diah?”

“Buat ape aku nak sayang kawan yang tikam belakang aku, Dah?”

“Kau memang dah melampau Shera. Meh aku tunjukkan kat kau siapa Zack tu. Percaya sangat kononnye kat dia,” Dah menarik tangan Shera ke taman permainan.

Kat situ, depa nampak Zack dengan MT. Depa tengah celebrate sesuatu. Zack seronok ketawa dengan MT. Entah apa yang diaorang borakkan sampai dah macam beruk ketawa. Shera hairan tengok kemesraan MT dengan Zack. Seingat dia, Zack penah cakap yang dia tak suka MT. Tapi, sekarang ni? Shera terus pergi ke Zack dan PANG!!!! sebijik ‘body glove’ kat muka Zack. Nasib baik Shera teringatkan Diah, dia tak jadi nak ‘membelasah’ MT. Laju dia berlari ke seberang jalan. Dah yang terkejut tengok Shera bagi ‘tanda’ kat Zack, kejar Shera dari belakang.

Shera memang tak pandang belakang langsung. Dah pulak panggil-panggil Shera. Boleh pulak Shera berhenti kat tengah-tengah jalan. Dia tak perasan ade sebijik lori yang mendekati dia. Dah laju lari menolak Shera ke tepi jalan. Dan dalam sekelip mata, HONN!!!! Dah terbaring di atas jalan dengan darah yang banyak mengalir keluar. Shera terus mengangkat Dah.

“Shera, kau dah nampak kan Zack tu macam mane?”

“Tolong! Tolong!”

“Shera, aku tak akan lama dah ni,”

“Dah, jangan merepek Dah. Sempat. TOLONG!!!”

“Shera… ameklah buah pinggang aku untuk Diah. Family aku bole tolong. Please, ni je yang aku mintak dari kau. Jangan pernah gaduh-gaduh lagi.”

Akhirnya Dah menghembuskan nafanya yang terakhir di atas pengkuan sahabat kesayangannya. Susah Shera nak percaya apa yang baru berlaku depan mata dia. Air mata mengalir deras di pipinya. Terasa semuanya salah dia. Kalau dia dengar cakap Dah dari awal, kemalangan tu mungkin tak akan jadi. Dah mungkin masih hidup lagi.

 

Sudah 10 tahun berlalu. Pelajar-pelajar SMKPR tahun 1997 buat reunion di sebuah hotel mewah. Ramai yang dah berubah. Ramai juga yang dah kahwin. Diah dan Shera masih lagi kawan baik. Semenjak pemergian Dah, diorang jadi akrab macam belangkas. Bila sampai di majlis reunion, mereka jadi sedih sebab teringatkan Dah. Tambah sedih bila nampak sos cili. Teringat Dah makan sos cili dengan biskut Tiger. Pelik-pelik Dah, melekat di hati.

 

* * * * * * * * * *

 

Dah abesh!!!! So, sebarang komen dialu-alukan. HEHEHEHE…

 

Sebenarnye cerita ini dibikin sempena pertandingan persembahan pade tahun 2007 sempena majlis tingkatan 4 yg dinamakan MUSICAL (sorila nme pjg tak ingat lak). Ade sikit telah diubahla sanyer. Tapi jalan cerita memang begini. Berkat usaha kawan-kawan di SAM10, kami dpt johan, anugerah pelakon terbaik, anugerah pelakon tambahan terbaik. (agaknye kalo ade anugerah direktor dan penulis skrip terbaik pun ok gak…. wah gilo perasan!)

Cerita ini dibikin atas dasar nak mengingatkan kawan-kawan bahawasanya, sememangnya kawan sangat penting dlm hidup kita ni. Bukan ape, mcm ape yang Shera buat kat Diah sememangya tak patutla. Percaya pd kawan anda, k? Especially bestfwen.

Sape-sape ade nak tokok tambah pengajaran ataupun pesanan…. amat-amat dialu-alukan lagi dipersilakan…. hehehehe…